SAAT tiba di tanah lapang, Raees meliar mata memandang keadaan yang riuh melihat Ustazah Safiyyah dan Ratna sedang berlumba kuda bersama. Turut bersama Johan dan Fuad. Masing-masing bersorak sakan.
Selepas itu, Imtiyaz dan anak-anak yatim Qudratul Hasanah diajar untuk bermain kuda dan memanah. Ditunjuk ajar oleh Ustazah Safiyyah, Ratna, Johan, Fuad dan turut serta Encik Roshdi.
"Abang! Tu Kak Puteri!" Riya menyiku lengan abangnya. Dia segera memandang ke arah Qastury yang duduk di pondok sambil mengunyah buah mangga muda yang siap dipotong. Gadis itu bersama anak-anak yatim yang kecil turut sibuk sama.
Qastury pandai melayani kanak-kanak sejak tinggal di sini.
"Pergilah teman"
"Apa pula? Mana boleh" dia memandang adiknya yang pendek. Riya memeluk lengan abangnya erat. Gadis itu tersengih padanya dengan bibir dijuih.
Eleh! Dalam hati sedangkan mahu!
"Riya temanlah! Lagipun budak-budak ada. Apa nak dirisaunya? Kalau Imtiyaz tahu pun, tak salah sebab dia bakal isteri abang" sudah terbayang-bayang jikalau Raees dan Qastury disatukan. Pasti sepadan!
"Tak ada istilah bakal isteri dalam hidup abang pada dia" Raees menyilang tangan ke dada. Dia menunduk sedikit untuk berbisik perlahan pada adiknya. Riya berkerut dahi mendongak memandang si abang.
"Habistu? Abang tak nak ke kahwin dengan dia kalau dah dalam hati tu dah kata suka?"
"Nak! Tapi bukan bakal isteri. Bakal bidadari Ainul Mardiah abang" Raees mula malu-malu dan merasakan ingin melompat. Riya mula tertawa menahan rasa geli dengan kata-kata manis abangnya.
Wow! Another level!
"Wah! Tak nak kalah! Pandai ye sekarang? Kena bagitahu umi ni..." Riya mula berura-ura untuk mendapatkan Puan Rohaya yang sedang memerhati dari jauh. Pantas Raees menekup mulut adiknya yang mahu menjerit memanggil uminya.
Riuh mereka berdua mendapat perhatian Puan Rohaya yang sedari tadi berdiri. Dia menoleh memandang dua anaknya yang sedang bergelut sama. Berkerut dahinya memandang dua beradik itu.
"Raees? Riya?" wanita itu mendapatkan mereka. Raees dan Riya berdiri tegak hormat kepada Puan Rohaya yang sudah berada di hadapannya. Mereka menunduk sedikit dengan senyuman.
"Umi" kata mereka serentak. Puan Rohaya menyilang tangan ke dada memandang wajah abang dan adik itu. Seakan ada sesuatu. Bukan dia tak nampak daripada tadi sibuk mereka bergurau cuma diabaikan sahaja.
"Bergelut kat belakang ni dah kenapa? Dekat rumah nak bergurau, sini pun nak bergurau. Malu kat Imtiyaz" dia menegur. Raees dan Riya pamer sengih sahaja.
"Biasalah umi adik beradik kan? Umi! Qastury tu okay ke?" Raees bertanya sambil memuncung bibir menunjuk ke arah Qastury yang sibuk menyuap anak-anak yatim itu dengan buah mangga. Puan Rohaya memandang ke arah yang dituju anaknya.
"Bosanlah tak boleh join. Umi suruh duduk je tepi. Itu dia teringin nak mangga muda. Walid yang suruh Fuad kait tadi untuk dia. Mengidam la tu..." dia mengukir senyum kecil. Dari kejauhan dia memerhati gadis muda itu sibuk tertawa dengan anak-anak Qudratul Hasanah.
Senang dia melihat Qastury sekarang. Lain benar daripada gadis itu muncul di sini sehingga kini. Alhamdulillah... didikan Qudratul Hasanah berjaya meresap di dalam hati dan jiwa itu.
Dahi berkerut sebaik teringatkan soalan Raees. Pantas dia menoleh memandang anak bujangnya yang seorang ini. Daripada tadi sibuk juga memandang gadis itu. Sedar akan umi, pantas memgalihkan pandangan.
"Raees? Jangan macam-macam..." dia mengingatkan. Bukan apa, tidaklah dia mahu Raees bermain cinta sia-sia pula.
"Apa? Raees tak buat apa la" Puan Rohaya berdiri tegak dengan wajah serius merenung anaknya. Mata Raees bergetar saat ditenung umi yang sudah persis polis gayanya.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...