CHAPTER 17

31 1 0
                                    

DIBAWA langkah ke kamar mandi usai subuh tiba. Esok dia sudah boleh pulang ke tanah airnya. Awal dari kebiasaan tarikh. Alhamdulillah perjalanan umrahnya berjalan lancar.

Puan Intan terbatuk-batuk kecil. Tekaknya sakit. Dia memandang wajah di cermin. Wajahnya sembab sekali akibat menangis satu malam. Dia tiada langsung kudrat. Badannya pun sakit-sakit dan dia tidak berapa sihat.

Wajah dicuci menggunakan air. Air wudhuk diambil setelah itu. Entah kenapa subuh ini sungguh sayu dan sedih. Langkah dibawa mengambil sejadah dan telekungnya.

Dibentang sejadah itu menghadap kiblat usai menyarungkan kain telekung pada tubuh. Dia memandang kosong ruang hadapan usai berdiri menghadap kiblat. Selalunya dia menjadi makmum buat suaminya namun kini dia solat bersendirian.

"Abang... Intan rindu..." dia bermonolog kecil. Air matanya mengalir perlahan. Digenggam kain telekung yang berada di sisinya kuat. Air mata diseka saat laju mengalir.

"Allah... mengapa Kau ambil suamiku... aku rindu... " dia merintih kecil. Segera dia beristighfar perlahan sambil mengurut dadanya. Lafaz bismillah dibaca setelah memandang ke bawah untuk bersedia menunaikan solat subuh.

"Allahu Akhbar..." lafaz takbir diangkat.

- RAEES QASTURY -

Qastury duduk bersahaja di tepi sungai sambil memandang Imtiyaz muslimat yang sakan bermandi-manda bersama anak-anak yatim perempuan Qudratul Hasanah.

Di sini, diasingkan kawasan bermandi-manda buat para muslimin dan muslimat. Kalau muslimin di hadapan, muslimat nan jauh di belakang. Tidak akan ada yang akan melihat kerana masing-masing sudah dididik untuk menjaga batas antara satu sama lain.

Siapa yang melanggar perintah akan dikenakan hukuman. Di sini tidak susah. Ikut sahaja arahan dan peraturan sahaja. Insya Allah tenang duduk di Qudratul Hasanah.

"Puteri! Marilah masuk sekali!" namanya diseru oleh Ayu yang berada di dalam air. Dia menggeleng dengan senyuman manis.

"Tak apa... sejuklah!" dia baru sahaja merendam kaki sudah rasa sejuknya hingga ke tulang. Masing-masing memuncung lalu mendekati gadis itu. Zaleha memegang tangan Qastury dan diusap kecil.

"Jomlah! Esok awak dah nak balik dah... tak jumpa dah kami kat sini lagi" Zaleha memujuk. Qastury memandang yang lain yang turut memujuknya. Tawa meletus melihat wajah itu.

Tidak dia tahu yang sebenarnya antara mereka yang kini berempat, Qastury paling tua umurnya. Masing-masing baru sahaja berumur 22 tahun dan 23 tahun.

Alhamdulillah... kalau dulu dia berdua dengan Zaleha, kini ada Ayu dan Habibah bersamanya. Gadis-gadis ini yang berminat benar mahu berkawan dengannya lebih rapat. Dengan Imtiyaz yang lain juga baik sahaja layanan mereka kepadanya. Lebih baik dan mesra dari sebelum ini.

"Aku tak bawa bajulah! Tak apalah aku duduk sini je. Risau aku tak tahan sejuk air pula nanti" katanya. Masing-masing mengangguk sahaja. Permukaan perut Qastury itu diusap kecil.

Tidak terlalu besar. Seolah buncit kecil sahaja. Memang tak akan ada yang tahu gadis itu sedang mengandung.

"Moga anak ni sihat bila membesar nanti. Kuat macam kau" Habibah berkata. Qastury tersenyum dan mengangguk.

"Insya Allah..." dia tertawa. Mereka kembali ke tengah sungai untuk bermandi-manda. Selepas sahaja bersarapan, mereka terus merancang secara berjemaah untuk bermandi sungai memandangkan semua tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan.

Dapat sahaja keizinan daripada umi dan bonda, pantas masing-masing bergerak ke sungai. Imtiyaz muslimin pula ada aktiviti lain bersama Ustaz Uthman dan Ustaz Johan.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now