CHAPTER 30

111 7 0
                                    

          QASTURY termenung jauh sambil menyandarkan tubuh pada kepala katil. Dia sudah mandi membersihkan diri dan terus berehat di bilik. Kesihatannya tidak pulih sepenuhnya dan dia perlu berehat secukupnya.

“Umi tak sangka, Puteri. Sanggup dia buat Puteri macam ni?” kata Puan Rohaya kesal. Patut sahaja daripada awal dia tidak berapa sedap hati bila Qastury bersama Rayza.

“Puteri sangka dia dah berubah. Rupanya semua tu tipu. Baik ada makna. Dia ambil kesempatan atas kebaikan Puteri sedangkan Puteri tolong dia waktu syarikat dia hampir muflis” kata Qastury kesal. Padan sahaja Rayza suka menekannya berkaitan harta yang dia miliki.

Termasuk rumah arwah kedua ibu bapanya. Nasib sahaja dia tidak termakan untuk menjual rumah itu.

“Apa lagi dia buat pada Puteri selain pukul Puteri?” tanya Puan Rohaya dengan rasa sedih.

“Dia buat maksiat dalam rumah kami. Dia bawa scandal dia balik tidur rumah, umi...” jawab Qastury dengan air mata yang mengalir. Puan Rohaya memejam mata beristighfar kecil.

“Ya Allah... astaghfirullah...” dia memeluk tubuh Qastury erat menyalurkan kekuatan. Gadis itu menangis teresak di dalam pelukannya.

“Puteri rasa jijik sebab kahwin dengan lelaki yang rogol Puteri... Puteri jijik umi...”

“Tak sayang... tak... berhenti kata macam tu. Puteri selamat kat sini. Tinggal dengan umi ye sayang? Umi jaga Puteri. Ye nak?” kata Puan Rohaya memujuk. Dia mengucup tepi kepala Qastury menyalurkan kasih sayang kepada anak yatim ini.

Ya Allah... berilah kekuatan kepada anak ini...

- RAEES QASTURY -

Dia menyalami tangan Mak Lila lama. Senyuman diukirkan buat wanita itu yang sudah tinggal dua hari di Qudratul Hasanah bersamanya.

“Mak Lila minta maaf sebab tak boleh lama dengan Puteri. Ada hal di kampung” katanya serba salah. Qastury mengangguk faham.

“Tak apa Mak Lila. Terima kasih tau. Puteri sayang Mak Lila” kata Qastury sebelum memeluk tubuh wanita itu.

Dia terus berjabat tangan dengan Umairah yang berdiri di sisi wanita itu. Gadis itu mengenggam tangannya erat.

“Awak jaga diri Puteri. Jaga kandungan awak” kata Umairah sambil mengusap permukaan perut Qastury yang sudah sarat. Tidak lama sahaja lagi pasti lahir anak comel ini.

“Insya Allah. Awak pun, Umairah. Tengokkan Mak Lila ye kalau awak free” Umairah mengangguk.

Dia menghantar pandangan dan lambaian kepada kedua orang itu yang sudah masuk ke dalam peluk kereta. Rasa sebak menyelubungi dirinya.

Raees yang berada di sisi walid memandang sahaja gadis itu. Sudah dua hari Qastury di sini, dia tidak lagi berbual panjang bersama gadis itu lagi.

Rasa janggal dan kekok.

Usai kereta itu pergi meninggalkan Qudratul Hasanah, Qastury berdiri menghadap Encik Hamdan dan Husna yang turut juga mahu pulang.

“Pakcik maklumkan saya tentang keadaan Rayza ye? Kalau dia cari saya, suruh dia call saya. Saya nak settlekan rumah tangga kami secepatnya. Dan cakap juga, kalau berani nak buat report atas kecederaan dia, silakan. Saya ada bukti yang boleh buat dia meringkuk ke dalam” kata Qastury tegas. Encik Hamdan mengangguk faham.

Keluarga Encik Roshdi sekadar mendengar sahaja apa arahan yang diperkatakan Qastury saat ini kepada pekerjanya.

“Sepanjang saya tiada, pakcik jagalah syarikat. Saya akan tinggal sini sampai saya bersalin. Boleh ye?”

“Untuk kamu semua boleh, Puteri. Janji kamu sihat. Jangan risau pasal syarikat. Pakcik boleh jaga” kata Encik Hamdan. Qastury tersenyum. Dia mengeluarkan beberapa keping not duit lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

“Eh! Tak payahlah Puteri! Banyak sangat ni!” kata Encik Hamdan menolak. Qastury menggeleng dan tetap menghulur.

“Ambil pakcik. Pakcik dah banyak tolong saya” kata Qastury. Dia juga ada menghulur duit kepada Mak Lila dan Umairah juga. Meskipun mereka berdua menolak, dia tetap memberi.

Rasa bersalah tidak membalas hutang budi orang yang sanggup membantunya.

“Tak payah, nak...” Qastury menghela nafas kecil dan mengambil tangan Husna dan meletakkan duit tersebut.

“Husna simpan tau. Untuk ayah” kata Qastury membuat bahasa isyarat. Gadis itu mengangguk dengan senyuman.

Gaya dan percakapan budi bahasa Qastury itu amat menyentuh Encik Roshdi sekeluarga. Bersyukur Qastury yang dahulu sudah menjadi Qastury yang baharu.

Lebih manis, cerdik dan solehah.

- RAEES QASTURY -

“Puteri!” Zaleha memeluk tubuh Qastury. Rasa gembira bila dapat bertemu semula rakan baiknya dahulu.

Satu Qudratul Hasanah amat terkejut dengan apa yang mereka dengari dan menimpa Qastury.

“Rindu aku ke?” tanya Qastury sebaik melabuhkan punggung di katil. Dia langsung tidak keluar daripada bilik penginapan yang disediakan khas buatnya ini.

Dia akan tetap solat di bilik dan makanan akan dihidangkan untuknya di sini atas arahan umi. Kata umi, mahu dia berehat cukup-cukup.

“Rindu! Gila tak rindu awak? Saya simpati apa yang jadi kat awak, Puteri. Awak sabar ye?” kata Zaleha. Qastury sekadar tersenyum sahaja.

Mereka berdua berbual berkongsi cerita sepanjang mereka tidak bersua muka bersama. Hampir satu jam Zaleha di situ sehinggalah dia terasa mahu pulang.

Qastury menghantar Zaleha sehingga ke pintu utama. Dia memandang gadis itu melangkah turun ke bawah. Kata Zaleha, dia ada kerja yang perlu dilakukan.

“Nanti kita borak lagi. Apa-apa awak nak minta tolong awak bagitahu saya. Nanti saya tolong awak” kata Zaleha menawarkan diri. Qastury mengangguk dengan senyuman.

“Insya Allah... terima kasih, Zaleha” kata Qastury penuh mesra. Zaleha segera meminta diri untuk beredar pergi.

Sebaik dia mahu menutup pintu rumah, Qastury terpandangkan Raees yang mendekati rumahnya. Dia terkaku dan tergamam memandang lelaki itu yang sedang merenungnya.

“Asalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan awak, Qastury?” tanya Raees. Jantung Qastury mulai berdetak laju.

Pelbagai rasa mula menerjah diri. Entah rasa suka, rindu atau sedih saat ini dia tidak tahu. Dalam kepala memikirkan masih ada lagikah dirinya di dalam hati lelaki itu?

“W...waalaikumsalam” jawabnya dengan perlahan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now