PREGNANCY test dilihat selepas dia gunakan. Langsung dia tidak percaya bila mana doktor mengatakan dia sedang mengandung. Oleh itu, dia membeli alat pengesan hamil. Nak pula, Rayza mahu bukti yang kukuh sebelum lelaki itu boleh bertanggungjawab padanya.
Dia ragu-ragu dengan Rayza sebenarnya. Harapnya lelaki itu bertanggungjawab atas apa yang mereka sedang lakukan.
Keluhan dilepaskan bila mana tanda dua garis biru jelas di alat tersebut. Dia merengus kecil sebelum dicampak kasar alat itu ke arah tong sampah selepas menangkap gambar lalu dihantar kepada Rayza.
Kaki dihayun keluar daripada tandas. Tubuh direbahkan di atas katil dengan nafas dihembus lelah keluh. Siling bilik ditenung sambil berfikir.
“Mummy daddy tak boleh tahu” dia bermonolog sendiri. Bahaya kalau orang tuanya tahu apa yang terjadi kepada anak mereka ini. Silap-silap? Mungkin kena halau.
Yelah, anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sudah menjadi buah ditebuk tupai. Ibu bapa mana yang akan redha menerima? Mungkin ada tapi tidak semua.
Telefon dibuka melihat mesej yang dihantar kepada Rayza tadi. Satu tick. Mungkin lelaki itu sedang sibuk kerana Rayza mempunyai hotel yang harus dijaga dibawah tanggungjawabnya. Hotel keluarganya.
“Puteri!” dia mengangkat kepala memandang pintu yang tertutup dengan seribu kerutan tatkala mendengar namanya dilaung oleh Puan Intan.
“Puteri!” dia mendengus kecil lalu duduk bersila di atas katil. Apa mummy ni? Menjerit-jerit bagai!
“Ye mummy? Apa dia?” dia turut melaung. Saat Mak Lila menguak pintu biliknya, dia menjeling wanita itu. Masih tidak berpuas hati dengan Mak Lila yang menjadi pelapor kepada mummy.
“Mummy jerit jerit tu dah kenapa, Mak Lila?”
“Pak long Puteri satu keluarga datang. Pergilah turun jumpa. Mak Lila kemas bilik Puteri dulu ye?” dia berkata dengan senyuman. Qastury mengguling mata menyampah lalu melangkah kaki turun daripada katil.
Saat dia memintas Mak Lila, dia memandang wanita tua itu dengan pandangan tajam. Dia berundur dan berdiri menghadap wanita itu yang masih tercegat di hadapan pintu biliknya.
“Mak Lila. Puteri nak tegur sikit. Tolong jangan menyibuk hal orang boleh? Ubah sikit perangai! Muntah pun nak bagitahu orang!” dia menjeling lalu melangkah turun ke tingkat bawah.
Mak Lila sekadar menggeleng sahaja. Dia masuk ke dalam bilik anak dara itu yang teratur sahaja namun anak dara Encik Qudsi ini agak sensitif orangnya.
Tidak boleh ada habuk sedikitpun. Perlu kemas dan teratur.
- RAEES QASTURY -
Tangan disalam penuh hormat. Mereka melambai kepada keluarga itu penuh ramah kecuali dirinya. Mummy dan daddy masih lagi berbual meskipun mahu pulang ke rumah.
“Bye Puteri! Nanti Adam datang lagi!” Qastury pamer senyum kelat melambai ke arah Adam yang merupakan sepupunya. Dalam hati rasa geli kerana dia langsung tidak suka akan sepupunya yang satu itu.
Adam seorang lelaki yang sebayanya namun sayangnya menghidapi sindrom down. Perangainya terlalu kanak-kanak. Dia dari dulu lagi memang tidak sukakan Adam. Nak bermain dekat jauh sekali.
“Senyumlah ikhlas sikit! Apa kata Pak long... mak long kalau Puteri buat muka macam tu?” Puan Intan menegur. Qastury mendengus kecil seraya melebarkan senyumannya.
“Okay Adam! Nanti Adam datanglah lagi ye?” dia melaung mesra dengan niat memerli ibunya. Sempat dia menjeling wanita itu sambil menyambung lagi melambai kepada Adam.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...