ROTI yang dibuatnya semalam diletakkan di atas pinggan di atas meja. Dia yang sudah siap dengan bertelekung itu memandang ke arah pintu bilik bawah yang terbuka.
Raees agak sedikit terkejut melihat gadis itu yang sudah bersiap untuk menyertai qiamullail pagi ini. Songkok di kepala diperbetulkan.
“Awal bangun” dia menuang air kosong yang berada di dalam jug ke dalam cawan. Qastury yang duduk di atas kerusi memandang seketika lelaki itu.
“Hidup di Manzil Qudratul Hasanah tak sama macam hidup dekat bandar. Dekat sini ada peratuan. Kenalah ikut” kata Qastury dengan nada perli tanpa sedikitpun memandang Raees. Lelaki itu menahan senyum.
Wah! Ada yang pandai nak cari gaduh dengannya.
“Perli eh? Manzil tu apa?” sengaja dia menguji. Qastury tidak mahu melayankan. Saat ternampak Riya turun ke bawah, segera dia bangun mendapatkan gadis itu. Lengan Riya dipeluk erat.
Berkerut dahi gadis itu sebelum memandang Raees dan Qastury silih ganti. Apa yang dibualnya mereka tadi dia pun tidak tahu. Pasti Raees cari pasal dengan gadis ini tadi.
“Jom Riya”
“Haa ye. Jom” dia segera mengekori Qastury yang sudah menarik tangannya. Raees memandang mereka berdua dengan senyuman. Baru sahaja dia mahu melangkah, dapat dia melihat ibu bapanya yang sedang menuruni tangga.
“Umi... walid” dia menyapa.
“Riya mana?” Encik Roshdi bertanya sambil memperbetulkan kopiah di kepalanya. Raees memasukkan tangan ke dalam poket baju melayunya. Amat segak dan kemas dikenakan sekali bersama kain pelikat.
“Dah keluar dengan Qastury”
“Qastury” Puan Rohaya mengangguk sambil menahan senyum. Jeling-jeling sahaja kepada anaknya sebelum dibawa langkah keluar daripada rumah.
Dia sekadar diam sahaja. Sudah tahu umi suka benar mengusiknya. Biar sahajalah. Kalau dia bersuara, lagi Puan Rohaya suka menambah.
- RAEES QASTURY -
Riya sibuk membuat latihan di bukunya sambil mulut terkumat kamit cuba mengingati apa yang dia sedang pelajari. Raees keluar daripada biliknya. Mata meliar memandang segenap ruang tamu sambil mendekati adiknya.
“Riya. Umi walid mana?” punggung dilabuh di kerusi selepas mengambil roti sosej yang berada di atas meja. Dibuka bungkusannya lalu dimasukkan ke dalam mulut.
“Mana lagi? Jengah anak anak yang lain la” dia menjawab sambil menulis. Bibir dikemam memandang ke arah tangga pula.
“Qastury?”
“Ada kat bilik tengah berehat. Tadi dia muntah-muntah. Morning sickness la kot” lagi Riya menjawab. Tangan tiba-tiba berhenti menulis. Kepala segera menoleh memandang si abang dengan seribu kerutan.
“Qastury?” dia bertanya dengan hairan. Raees mengangguk. Roti disambung kunyah. Ada salah ke soalannya tadi?
“Hm. Qastury. Kenapa?”
“Tapi semua panggil Kak Puteri. Amboi abang? Something je ni?” Riya mengusik. Raees menjentik dahi adiknya itu saat Riya mula nak sangkal menyangkal. Memuncung si adik sambil mengosok dahinya yang sedang sakit.
Dah kata kalau soal bab menyangkal ni bagi Nur Ayuni Riyana sahaja!
“Memandai je! Belajarlah!” Raees menarik pipi adiknya dengan tawa mengusik. Riya membaling bantal kusyen kearah Raees yang sedang tertawa kemenangan. Rasa geram dia bila tak habis-habis dia sahaja yang asyik diusik!
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...