CHAPTER 14

39 1 0
                                    

          BAWANG dipotong halus untuk menyediakan masakan tengah hari sebentar lagi. Qastury tekun melakukan kerja bersama Zaleha yang sedang mencuci ayam.

Sesekali dia melihat gadis itu yang tekun bekerja. Senyumannya terukir saat mencuci tangan dan mengelap tangannya sehingga kering pada tuala kecil.

“Orang tu dah tak akan ada dah kat sini dah lepasni... tak adalah nak masak sama-sama lagi” Qastury menoleh memandang Zaleha yang mula mahu berdrama. Bibir menguntum senyum menyudahkan potongannya.

“Nanti kalau aku free aku singgahlah sini”

“Kalaulah kat Qudratul Hasanah ni boleh bekalkan telefon, dah lama saya boleh contact awak kalau awak dah tak ada kat sini. Masalahnya tak boleh... Imtiyaz ni dikira anak yatim juga” Qastury menyandarkan pinggangnya pada kabinet. Tangan disilang ke dada usai dicuci.

“Kenapa umi walid tak bagi? Korang dah besar kot”

“Sebelum ni pernah. Tapi ada yang buat onar. Contact jantan luar yang dia kenal online. Siap keluar senyap-senyap lagi. Apa lagi? Kena dengan umi walid. Nak gunakan gajet, minta bonda sebab bonda yang pegang. Kalau nak guna sangat, buatlah alasan nak keluar kejap dari Qudratul Hasanah ke... telefon akan diberi balik” jelas Zaleha. Agak tertekan juga dengan peraturan Qudratul Hasanah ni.

“Lagipun umi walid tak nak Imtiyaz ni lalai sebab gajet. Sebab tu nak guna ada masanya. Kalau awak nampak kami guna phone lepastu kami tak guna tu, sebab kami ada masa kami. Stress juga sebab sekarang kan phone tu dah jadi benda penting. Walaupun kami semua ni tak ada mak ayah tapi nak jugalah merasa sosial tu sikit” adu Zaleha lagi. Qastury mengangguk faham.

Kesian juga. Dia yang pada awalnya macam orang gila tiada gajet pun dah rasa kurang inikan pula Imtiyaz. Sudah besar panjang pun masih dikawal Encik Roshdi dan Puan Rohaya ketat sekali.

Tapi baginya tidak patut. Umur seperti mereka memerlukan kebebasan juga. Tapi disebabkan seorang, semua kena.

“Kau kan rapat dengan umi walid. Cuba kau cakap pasal ni. Kami pun nak bebas juga” seorang menyampuk saat mendengarkan perbualan mereka berdua. Mula tiga orang mendatang dekat ke arah Qastury dan Zaleha.

Qastury mengemam bibir. Semua mata mengharapkan sesuatu daripadanya. Bukan dia tidak tahu ada manusia yang cemburu dia seolah mendapat keistimewaan di Qudratul Hasanah.

Tinggal dia teratak umi walid, diberi pinjam telefon sesuka jati dan sebagainya. Sedangkan mereka? Tidak adillah begitu.

“Cubalah kau cakap pasal ni, Puteri. Apa orang kata? Anak emas selalu diutamakan?” kata seorang Imtiyaz muslimat dengan nada perli. Qastury sekadar tersenyum sahaja.

“Tengoklah....”

“Tak bolehlah tengok aje! Kami pun nak juga rasa apa yang kau dapat. Bukan kami tak tahu keistimewaan apa yang keluarga walid bagi. Dari walid sehingga Riya, semua kau dapat!” pantas mereka menoleh memandang Wana yang bersuara lantang bersandar di pintu.

Qastury memincing mata memandang gadis itu. Memang daripada awal banyak benar benda tidak puas hati di dalam hati gadis itu kepadanya.

“Apa kau pandang macam tu?” Julia pula bersuara pekik. Dia menjeling Qastury yang masih berlagak tenang. Gadis itu mara melangkah mendekati Wana dan Julia yang masih berasap di sana.

“Ada mata. Pandanglah!” jawab Qastury. Dia menyilang tangan ke dada merenung mata Wana yang masih iri hati dengannya. Entah syaitan mana yang merasuk gadis itu sehingga hati busuk sebegini.

Langsung dia tidak gentar menghadap Wana dan Julia saat ini. Gadis berdua seperti mereka ini harus diajar. Diajar sebaiknya!

“Kau makin lama duduk sini makin samseng kan? Apa ingat kau duduk dekat teratak umi walid, kau boleh tunjuk besar kepala ke?” tepi kepala Qastury ditunjal kasar. Besar mata gadis itu dengan tindakan Wana kepadanya.

BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA Where stories live. Discover now