TELEFON digenggam erat dilekap pada telinganya. Air mata tidak henti-henti mengalir sedari tadi itu diseka dengan sedu sedan.
“Mummy... Puteri nak daddy... bawalah daddy balik... ” Qastury mula merengek. Rintihan anaknya itu membuatkan Puan Intan bertambah sedih. Dia yang duduk di bangku hospital sambil menunggu keputusan pengesahan kematian suaminya itu mengesat air mata.
“Tak boleh Puteri... daddy tak boleh balik Malaysia... sebab... ” Puan Intan kelu kata. Bukan dia sahaja remuk hati bila dapat tahu jenazah suaminya tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia.
“Sebab Pakcik Qudsi meninggal di tempat yang sangat dicemburui oleh umat Islam. Kematian ayah awak tu mulia, Qastury” Raees yang memang daripada tadi mendengar perbualan anak beranak itu mencelah saat Puan Intan yang dihujung talian terdiam.
Qastury memandang Raees yang mengambil tempat di satu sofa di ruang tamu. Dia pantas menyeka air matanya. Tidak mahu Raees melihat wajah sembabnya dek air mata.
Raees meminta telefon milik Puan Rohaya itu daripada tangannya. Segera dia memberikan. Raees berdehem dan mengukir senyuman kecil.
“Asalamualaikum makcik. Ni Raees” mendengarkan suara anak bujang Encik Roshdi dan Puan Rohaya dia menarik nafas panjang.
“Waalaikumsalam. Raees” dia menjawab lemah. Di sisinya tidak henti-henti Mak Lila cuba menenangkan.
“Saya harap makcik sabar... kuat ye? Saya nak tanya, dah maklumkan kematian pakcik pada pihak muasasah?” Raees bertanya lembut. Puan Intan mengangguk.
“Dah. Makcik dah buat report polis sekali. Ini dekat hospital” Raees mengangguk faham. Qastury memandang wajah Raees yang tenang berbicara bersama ibunya.
Saat merasakan dirinya dipandang, dia bertentang mata dengan mata Qastury lama. Senyuman kecil diukirkan buat gadis itu yang sudah hilang kudrat dan jiwanya.
Ya Allah... kau kuatkanlah diri gadis ini agar tabah menghadapi segala ujian hidupnya.
“Nanti makcik sediakan dokumen yang kena serahkan ke Konsulat Malaysia kat Jeddah untuk dapatkan keizinan pengebumian. Dapat je surat kebenaran dari Konsulat Malaysia, makcik pergi hospital semula untuk tuntut jenazah. Sekarang ni makcik balik dulu sediakan apa patut. Diorang kat sana ada terangkan kan?” Raees bertanya.
“Ada tapi makcik buntu sangat...”
“Nanti saya bagi list apa dokumen kena sediakan. Sekarang ni makcik balik dulu sebab proses surat kematian tu boleh makan dua hingga empat jam juga. Nanti diorang akan bawa jenazah ke tanah perkuburan lepas makcik tuntut jenazah ye? Sekarang ni makcik balik dulu” jelas Raees. Puan Intan mengangguk.
Qastury masih kekal memandang Raees. Air matanya mengalir memandang wajah itu. Mengapa Raees baik dengannya? Baik dengan ahli keluarganya?
Disaat orang lain membiarkan dia terkapai-kapai, Raees sekeluarga baik melayaninya. Orang sehina dia tidak patut dilayani sebaik ini.
“Terima kasih Raees. Puteri mana?” dia memandang wajah itu yang duduk di sofa sedikit jauh dengannya.
“Ada ni”
“Ye mummy?” Qastury bersuara saat Raees mendekatkan telefon kepadanya. Mendengarkan suara Puan Intan jiwa meronta mahu memeluk wanita itu seeratnya saat tiba di Malaysia nanti.
“Jaga diri ye? Elok-elok kat sana. Dengar cakap umi walid, Raees sekali. Nanti mummy balik bawa Puteri balik rumah kita ye? Mummy sayang Puteri...” air mata Qastury kembali mengalir deras.
“Mummy balik cepat... Puteri nak mummy...”
“Insya Allah... lepas semuanya selesai mummy balik dengan Mak Lila. Mummy cuba balik awal dalam lusa, Insya Allah. Apa-apa nanti mummy dengan Mak Lila call Rohaya” jelas Puan Intan. Qastury mengangguk.
YOU ARE READING
BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA
Romance06| BIAR WAKTU MENENTUKAN KITA MUHAMMAD ARJUNA RAEES | PUTERI NUR QASTURY "sabar yang terbaik akan datang pada hujung waktu jadinya jangan terkejar" Hidup kucar-kacir kerana tidak meletakkan Tuhan itu satu-satunya yang pertama dalam hidup. Begitul...