6.00 Pagi
Awal pagi lagi Daniella menapak keluar dari Astria Annex. Ini adalah kali pertama dia berpeluang menapak keluar dan melihat sendiri bangunan yang telah dikhaskan buatnya sebagai salah seorang daripada anggota keluarga baharu Lodovico.
Sebelum ini dia hanya mampu berkurung di dalam atas faktor kesihatan. Malam tadi Dr. Bernard sudah mengesahkan yang dia sudah sembuh dari semua kecederaannya sepenuhnya.
Kepalanya sesekali terteleng ke kiri kemudian ke kanan kerana cuba memikirkan betapa kaya dan megahnya keluarga ini. Dia yang baru sahaja masuk ke keluarga ini pun sudah tinggal di bangunan sebesar ini. Kalau hendak dibandingkan dengan stor kecil yang menjadi tempatnya membesar dahulu, ibarat langit dan bumi bezanya.
Bangunan khas untuk pekerja yang terletak tidak jauh dari Astria juga dikerling sekilas. Bangunan pekerja juga apa kurangnya? Hampir-hampir kelihatan seperti pangsapuri kecil!
Entah berapa luas agaknya rumah agam Lodovico ini. Apa yang pasti, rumah agam Castel memang tidak mampu menandingi rumah agam Lodovico.
"Puan Daniella?! Puan buat apa dekat luar pagi-pagi macam ni? Puan okey ke? Ada sakit dekat mana-mana?" Hakimi berlari dari pos kawalannya tidak jauh dari bangunan Astria.
Pada mulanya dia menyangka kelibat Daniella mungkin adalah salah seorang daripada pembantu bangunan Astria. Tapi bila langkahnya semakin dekat, terkejut juga dia bila menyedari yang itu adalah isteri kepada majikannya.
"Selamat pagi, Hakimi. Saya okey. Saja nak ambil angin. Dah lama sangat terperuk dekat dalam rumah. Err kenapa? Tak boleh ke? Maafkan saya!" Daniella lekas-lekas menunduk.
Hatinya gelisah serta-merta. Adakah Lodovico juga menghalangnya untuk keluar dari rumah sama seperti babanya?
Hati Hakimi remuk serta-merta. Dia baru sahaja menyedari keterlanjuran katanya. Dia lupa yang sebelum ini Daniella telah dikurung dalam bilik stor di rumah lamanya. Mereka sama sekali tidak mengizinkan Daniella untuk melangkah keluar! Mesti Daniella berfikir yang mereka di rumah agam Lodovico ini juga akan mengenakan perintah berkurung yang sama.
"Ampunkan saya, puan! Saya tak maksudkan macam tu. Puan janganlah fikir yang kami akan kurung puan macam dekat keluarga neraka puan tu!" Hakimi menunduk sepantas kilat di hadapan Daniella.
Terkedu Daniella buat seketika. Bukan macam tu? Jadi maksudnya di sini dia boleh keluar dari rumah sesuka hati? Dia boleh tengok taman kecil dekat depan tu?
"Boleh ke?"
"Hah?" Hakimi membalas sambil kembali menegakkan tubuh. Keliru dengan pertanyaan Daniella.
"Boleh apa, puan?" ulang Hakimi sambil menggaru kepala.
"Err maksud saya saya boleh keluar ke? Saya sebenarnya nak juga jalan dekat taman depan tu. Kalau tak silap, tak jauh dari sini pun ada kolam ikan hiasan kan? Tempat tu kawasan larangan ke? Boleh tak saya err pergi dekat situ? Saya takkan minta untuk keluar dari rumah agam ni! Jangan risau! Saya cuma nak jalan-jalan dekat situ je. Boleh?" pinta Daniella sambil menyusun sepuluh jari di hadapan Hakimi.
Tanpa sedari mata Hakimi mula bertakung manik jernih. Sekali lagi hati lelakinya tersayat bila mendengar setiap permintaan kecil Daniella. Butakah Lufian? Lufian sudah punya permata di sini. Namun bosnya itu tetap saja pergi mengejar kaca murahan di luar sana!
"Puan kenapa nak minta kebenaran dari saya? Saya cuma orang kanan Tuan Lufian. Pekerja kepada keluarga De'Lorcan Lodovico. Puan pula adalah isteri kepada Tuan Lufian, sekali gus anak menantu kepada keluarga ni. Puan berhak atas semua yang ada dekat kediaman ni. Tidak ada yang menjadi larangan bagi puan. Kalau puan nak ke taman dan kolam ikan tu, dipersilakan, puan."

YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Lãng mạn"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...