"Adik? Tak tidur lagi ke atau baru je bangun?"
Daniel menyapa adiknya yang termenung menghadap skrin televisyen. Entahlah sama ada fokusnya memang ada di skrin televisyen ataupun fikirannya sudah menerawang jauh. Walhal, jam sudah menunjukkan angka 5.00 pagi.
Daniella kekal membisu. Begitulah dia sejak beberapa hari yang lalu. Kelmarin Hakimi ada datang menjenguk Daniella. Rakaman kamera litar tertutup dari rumah Lufian sudah dipertontonkan kepada Daniella. Kebenaran disebalik peristiwa malam itu sudahpun dirungkai.
Akan tetapi, Daniella kekal membisu dan enggan memberikan sebarang reaksi. Bagaikan patung yang tidak bernyawa. Jangankan Daniel, Hakimi dan Adam juga gagal menarik perhatiannya untuk mengutarakan waima sepatah perkataan sekalipun.
"Adik. Daniel. Saya nak sampaikan pesanan daripada Lufian. Hakimi ada kirimkan rakaman suara Lufian. Tolong, dik. Dengar je. Kami tak minta banyak. Ini mungkin pesanan terakhir daripada Lufian. Saya tak nak, hanya disebabkan adik bencikan Lufian... adik terlepas pesanan ni."
Adam tiba-tiba muncul dari biliknya. Pesanan Hakimi baru sahaja diterimanya beberapa minit yang lalu. Adam sudah mendengarnya terlebih dahulu untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk disampaikan kepada Daniella mahupun tidak.
Seperti biasa. Daniella hanya diam tanpa berkutik. Terpaksalah Daniel yang memberikan isyarat kepadanya untuk memasangkan rakaman tersebut dengan bunyi yang kuat. Biar Daniella dapat mendengar setiap butir bicara Lufian.
"Daniella, my wife. Aku tak dapat... bagi alasan lain lagi. Aku tak nak menipu lagi. Memang betul... aku pernah buat semua benda terkutuk tu... di belakang kau. Tapi, sumpah... sejak aku sedar yang aku cintakan kau... aku dah berhenti buat semua tu. Aku dah tak sanggup sentuh perempuan lain... selain daripada kau. Gadis yang aku cintai. Aku bukan lelaki yang baik. Aku jahat. Aku tak paksa kau kembali pada aku. Tapi, izinkan aku untuk menyatakan rasa cinta aku. Aku... rindukan suara kau, senyuman kau, dan juga mata cantik kau. Maafkan aku, Daniella. Maafkan aku, sebab terlambat berubah dan mencintai kau...."
Rakaman suara tersebut senyap selama beberapa saat sebelum kedengaran bait bicara terakhir Lufian. Sebelum itu hanya bunyi dalam bilik isolasi sahaja yang kedengaran.
"Kalau aku boleh putar masa... aku... tak nak buat semua tu. Aku... takkan khianati dia..."
"Lufian kenapa?" Akhirnya Daniella mula bersuara.
Adam menelan air liur. Dia baru teringat. Daniella tidak mengetahui langsung perihal hukuman yang sedang dijalankan oleh Lufian. Adam menunduk. Cuba memikirkan apa ayat yang sesuai diberi pada Daniella.
"Adam. Saya tanya ni. Lufian kenapa? Kenapa... dia ada dekat bilik isolasi?!"
Kali ini Adam betul-betul terkejut. Macam mana Daniella boleh tahu yang Lufian sedang dikurung di bilik isolasi? Walhal dia belum pun sempat memulakan cerita.
"Macam mana awak tahu?" Adam cuba meminta kepastian. Takkanlah Daniella punya deria keenam pula?
"Saya pernah dengar bunyi tu masa selamatkan awak dekat bilik isolasi! Adam, cakaplah cepat! Apa... apa yang dah jadi dekat Lufian?! Siapa yang kurung dia dekat situ?"
Adam menelan air liur. Suara Daniella yang kedengaran meninggi membuatkan dia takut untuk meneruskan bicara.
"Athena."
Daniella tersandar. Tidak perlu lagi Adam memberikan penerangan. Dia sudah tahu apa yang menimpa Lufian pada saat itu. Dia masih ingat apa yang dikatakan Athena tempoh hari! Lodovico tidak membenarkan pengkhianatan dalam keluarga mereka! Jadi, Lufian... Lufian mesti sedang dihukum oleh Athena!
![](https://img.wattpad.com/cover/343022592-288-k469546.jpg)
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...