"Adik!"
Adam berlari ke arah Daniella sebaik sahaja figura wanita itu muncul di hadapannya. Meja kerjanya ditinggalkan begitu sahaja.
"Adam. Maafkan aku sebab lari macam tu je hari tu. Gara-gara aku kau yang terpaksa pikul tanggungjawab aku dekat sini. Maaf ya?" Daniella berkata sambil memonyokkan bibir. Sedih dan terharu melihat Adam yang berkaca-kaca matanya.
Adam hanya menggeleng. Dia mengesat mata dengan hujung bajunya.
"Saya okeylah, puan. Apa yang penting, puan selamat." Adam lekas-lekas menukar nama panggilan Daniella sebaik sahaja Lufian muncul dari belakang Daniella.
"Sayang, kau nak buat kerja terus ke? Rehatlah dulu. Jomlah balik dekat Nixe."
"Tak nak. Saya nak balik Astria."
Adam tercengang. Bukankah mereka berdua sudah berbaik semula? Kenapa Daniella masih enggan pulang ke Nixe bersama Lufian?
"Sayang. Please. No more teasing me. Kau tahu kan yang aku masih trauma kehilangan kau dekat rumah besar ni?"
'Eh? Teasing?' Hati kecil Adam berbisik lagi. Bila dia kembali menoleh ke arah Daniella, sengihan lebar terukir di wajah wanita itu. Tahulah Adam yang Daniella memang sedang mengusik Lufian.
"You naughty wife!" Lufian langsung mengangkat Daniella di atas bahunya. Jeritan kecil sempat terlepas dari mulut Daniella sebelum diikuti dengan tawa mengekek. Semua yang terlihat mereka juga turut ketawa.
"Lepas! Adam! Tolong saya!" Laung Daniella dari jauh sambil berusaha menghulurkan tangan ke arah Adam. Di sebalik tingkahnya, Daniella sebenarnya sedang galak ketawa. Begitu juga dengan Lufian.
Malahan, Lufian juga sempat memukul punggung isterinya untuk memintanya bertenang dan tidak meronta. Tingkah Daniella dan Lufian saat itu seakan menghidupkan kembali rumah agam mereka yang menjadi suram semenjak dia melarikan diri tempoh hari.
"Take your time!" Adam berkata sambil melambaikan tangan.
Perhatian Adam yang tertumpu ke arah kedua majikannya terganggu serta-merta bila Cassian muncul dengan aura yang dingin tidak jauh dari pejabat Daniella. Cassian mungkin sedang menyelubungi tubuh dengan hud jaket, tapi semua orang masih boleh mengecamnya.
"Kau... okey?" Adam menyoal takut-takut saat Cassian melintas di hadapannya bersama topi keledarnya.
"Aku nak masuk rehat. Aku tak nak orang kacau aku." Hanya itu respon Cassian.
"Cassian kenapa dan Aylin siapa? Jenama jaket tu ke apa?" Adam berkata sendiri sejurus selepas Cassian hilang dari pandangan. Sebentar tadi dia melihat nama Aylin pada lengan jaket Cassian.
"You sure you don't miss me? Sebab aku dekat sini rindu sangat-sangat dekat kau..."
Suara Aylin di hujung talian membuatkan Cassian serba tidak kena. Kalau dia mengaku yang dia rindu, mesti galak Aylin mentertawakannya! Bukannya dia tidak kenal gaya Aylin macam mana! Selepas bercinta selama hampir sebulan, meskipun berjauhan Cassian sudah cukup masak dengan hati budi serta personaliti Aylin.
"Boleh buka topik lain tak? Kau ni asal aku call je cakap pasal rindu." Cassian berusaha mengubah topik. Dia yang sedang bersenam bersama Lufian saat itu mengeluh.
"Alaaa kau ni! Orang baru nak lepaskan rindu. Dah hampir seminggu kan kau kerja. Aku ni dahlah risaukan kau, kau pula buat tak endah je dekat aku."
Dumbbell yang dipegang terus diserahkan pada Lufian. Abangnya hanya tersengih. Mungkin raut wajahnya saat itu jelas menyatakan yang Aylin sedang mengusiknya di hujung talian.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...