Bab 2

37 5 0
                                    

Hakimi memandang gadis di hadapannya dengan penuh tanda tanya. Tidak perlu lagi dia meneruskan siasatan. Info yang diperoleh Athena memang benar belaka. Orang gila pun boleh nampak yang gadis di hadapannya adalah seorang mangsa dera!

Dengan wajah yang pucat, hujung bibir yang pecah, dan kaki kanan yang hanya diseret perlahan dan bukannya diguna untuk melangkah seperti biasanya. Hakimi dapat menyimpulkan sesuatu berdasarkan pertemuan pertamanya dengan gadis itu. Dalam keluarga ini, gadis yang kini adalah isteri kepada Lufian, dilayan dan dibesarkan tidak selayaknya seperti manusia.

"Kenapa dengan dia?" Hakimi mengeluarkan aura dingin tanpa dipinta. Rasa bersalah pula bila dia menuduh gadis itu licik dan jahat seperti bapanya semalam.

Anne, pengasuh merangkap pembantu rumah yang mengendalikan Daniella tersentak. Soalan yang ingin dielakkan keluar jua dari mulut wakil Lodovico.

"Err... "

"Saya jatuh, encik. Takpe." Daniella lekas-lekas mencelah. Tidak mahu menimbulkan ketegangan. Kalau boleh, dia mahu pergi dari rumah ini secepat mungkin.

Hakimi mendengus. Daniella dipandang tajam dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Jom. Beg puan bagi sini."

Hakimi menarik beg yang dipegang Daniella. Tanpa menghiraukan Anne, dia memimpin Daniella keluar dari perkarangan rumah itu menuju terus ke keretanya.

"Puan. Saya nak puan jujur. Ada barang berharga puan ke dalam beg ni?"

Daniella terkedu. Barang? Barang apa? Semua yang ada dalam beg itu bukan miliknya. Semuanya baru disediakan semalam oleh Anne dan babanya.

Daniella kemudiannya menggeleng perlahan. Jawapan yang diberi Daniella membuatkan Hakimi tersengih dan tersenyum sinis.

"Then, we'll cut your relationship from this hell once and for all." Serentak itu, Hakimi membaling beg pakaian tersebut jauh ke halaman rumah.

Pembantu rumah agam Castel yang memerhati tercengang. Tidak menyangka yang Hakimi berani bertindak sedemikian rupa. Rasa terhina dan tercabar pun ada juga.

"Silakan, puan."

Daniella dibantu untuk mengambil tempat di sebelah pemandu. Tali pinggang keselamatan dipasangkan sebelum dia berlalu ke tempat pemandu.

Sebelum Hakimi memandu pergi, dia menurunkan tingkap kemudian memandang figura seorang lelaki di tingkat atas rumah. David. Sah. Memang David bencikan gadis di sisinya ketika ini.

"Thanks, piece of shit! She will be treated like a queen at our place!" Laung Hakimi sebelum memberikan tabik hormat dan terus memandu pergi.

Kira-kira 10 minit kemudian, Hakimi bersuara untuk memecahkan keheningan.

"Err... Puan okey?"

Diam.

"Puan tak payahlah segan dengan saya. Saya ni orang kanan suami puan. Kita akan pulang ke rumah agam terus ya? Jumpa mak mertua puan dulu. Dia yang arahkan saya untuk jemput puan hari ni."

Masih diam.

Oleh kerana berasa pelik, Hakimi memutuskan untuk mencuri pandang ke sisi. Matanya membulat sebaik sahaja menyedari yang Daniella rupanya sudah terlentok ke sisi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Puan? Puan! Shit!"

Hakimi panik. Dia menahan kepala Daniella agar tidak terhentak pada cermin kereta. Sementara itu, dia dengan pantas mendail nombor doktor peribadi keluarga De' Lorcan Lodovico.

"Doktor, saya dalam perjalanan ke sana sekarang! Saya bawa isteri Lufian. Dia baru je pengsan tak sedarkan diri." Terang Hakimi sebaik sahaja panggilannya disambut oleh Dr. Bernard.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now