Cassian mengerutkan dahi. Dari tempat persembunyiannya, dia dapat melihat dengan jelas kelibat Daniella di luar kawasan hotel. Dahinya sudah berkerut-kerut. Sambil mengeluarkan telefon pintar untuk menghubungi Lufian, dia sekali lagi memastikan yang itu adalah Daniella menerusi teropongnya.
"Mata, check. Rambut, check. Daniella je yang ada ciri-ciri tu dekat sini. Tapi apa benda dia nak buat dekat sini tengah malam macam ni?! Kau ingat kau pakai pelitup muka macam tu, orang takkan kenal kau ke? Hisy... Lufian ni pun tak nak angkat telefon!"
Sedang Cassian asyik berdebat dengan diri sendiri, matanya terbuntang luas bila sebuah van hitam tiba-tiba menghampiri Daniella. Beberapa figura individu bersama Danishall muncul lalu menarik Daniella semuanya berlaku dengan pantas.
"Daniella!!!!" jerit Cassian dengan panik dan cemas sebelum berlari keluar dari tempat persembunyiannya. Dia cuba mengejar dan berlari sepantas mungkin namun kereta yang membawa Daniella sudahpun berada jauh di hadapan.
"Tak guna!!!" bentak Cassian. Beberapa pengawal hotel cuba untuk menahannya untuk mendapatkan maklumat namun Cassian langsung tidak mengendahkan mereka. Dia memasuki lif khas untuk ke penthouse.
"Lufian!!!" Cassian menjerit memanggil Lufian sebaik sahaja dia selesai memasukkan kod pintu utama. Rumah yang tadinya hanya malap kini disinari dengan lampu yang terang. Aura dan Lufian melangkah keluar dalam keadaan mamai.
"Daniella! Kenapa kau biarkan Daniella keluar?! Danishall dah tangkap dia! Jom ikut aku sekarang!" Cassian betul-betul panik. Geram dan marah kerana Lufian sedap-sedap tidur walhal isterinya pula sudah menyelinap keluar tanpa pengetahuan dirinya!
"Kau merepek apa ni? Siapa yang tangkap siapa?" rungut Lufian sebelum kelibat Daniella memunculkan diri di sebalik tubuh Lufian.
"Cass... apa ni? Saya dekat sinilah..." gumam Daniella. Dia menyandarkan tubuh pada tubuh Lufian. Mereka merenung Cassian dengan pandangan pelik.
"Tak. Tak mungkin aku silap. Rambut dia... mata dia... sama dengan kau, sister! Baju! Dia pakai dress yang kau pakai masa... kau lari dari rumah agam hari tu!" Cassian terduduk di sofa. Memandang Daniella dari atas hingga ke bawah lalu mengingat kembali gadis yang telah diculik tadi.
"Dress? Dress kelabu tu?" Daniella melepaskan pegangan Lufian. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Cassian.
Saat itu, hampir semua adik-beradik Aylin sudah melangkah keluar dari bilik tidur masing-masing. Keriuhan yang dicipta oleh Cassian membuatkan mata semua orang menjadi segar. Xandra berdiri di samping Aura, manakala Claude dan Leon pula sudah mengambil tempat duduk di ruang tamu.
Luna yang selalu tidur bersama Aylin hanya muncul beberapa saat kemudian. Dia berdiri kaku di luar pintu bilik Aylin tanpa disedari sesiapa pun. Di tangan kanannya ada seikat rambut panjang yang sudah diikat dengan reben merah. Tangan kirinya pula ada dua jenis kanta lekap berwarna coklat cair dan kelabu.
"Baju tu... hari tu Aylin tolong cucikan. Luf, saya tak sedap hatilah..." Daniella meluahkan rasa gelisahnya.
Baru saja Lufian berniat untuk memeriksa bilik Aylin, dia dan yang lain-lain terkejut melihat Luna. Apa lagi saat pandangan mata mereka tertancap ke arah ikatan rambut panjang serta kanta lekap yang ada digenggamannya.
"Kakak... kakak mana, bang? Ini apa? Kakak hilang. Dia tak ada dekat bilik." Luna mula menangis sambil memandang Aura dan Lufian yang meluru di hadapannya. Walaupun masih kurang jelas, Luna sedar yang kemungkinan besar... gadis yang disangka Daniella oleh Cassian adalah, Aylin!
"Xandra! Mama dan papa mana?!" Aura menyoal dengan panik. Xandra berlari ke belakang, kemudian kembali ke hadapan. Wajahnya juga mula panik dan keliru.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...