Bab 6

59 3 0
                                    

Bunyi derapan kaki mengejutkan Daniella dari tidur yang lena. Sangkanya itu adalah Lufian memandangkan sekarang ini dia telah diarahkan oleh Lufian untuk tinggal bersamanya sahaja di Nixe Annex. Tambahan pula, bahunya yang terkena tembakan kelmarin pun masih lagi terasa sakitnya. Erti kata lain, lukanya mungkin masih lagi segar di dalam.

"I'm sorry, honey. Mama dah kejutkan kamu ke?"

Berdasarkan bait bicara wanita anggun di hadapannya, dapat disimpulkan Daniella bahawa itu adalah Athena. Mama kepada Lufian, suaminya.

"Pu... Puan Athena! Maafkan saya sebab masih tidur sedangkan puan dah sampai dekat sini."

Wajah ceria Athena berubah kusam seketika. Daniella yang perasan akan perubahan itu terus menunduk. Sangkanya Athena akan mula memarahinya seperti lazimnya di rumah agam Castel. Babanya selalu menghukumnya setiap kali dia terlambat bangun!

Satu jentikan mendarat tepat di cuping telinganya. Tidak sakit. Tapi Daniella tetap tersentak kerana gagal mempersiapkan diri.

"Awak bukan dekat rumah Castel lagi, Daniella. Mama yakin Luf pun dan banyak kali ingatkan awak kan? Di sini, awak tak perlu takut lagi. Semua orang sayangkan awak di tempat ni. Mama, papa, dan mama yakin Lufian pun sama walaupun dia takkan pernah mengaku."

Daniella menyentuh telinganya. Setiap tingkah Athena yang ralit mengemaskan bilik tidur Lufian yang sedikit berselerak dengan dokumen kerja diperhatikan Daniella.

"Err... Puan? Biarlah saya kemaskan semua ni nanti. Tak apa. Saya boleh buat."

"Racun tu dah rosakkan pendengaran awak ke, sayang?"

Daniella mengerutkan dahi. Dia hanya menggelengkan kepala sambil mengerdipkan mata beberapa kali.

"Habis tu? Kenapa asyik panggil mama sebagai puan? Tak dengar ke mama bahasakan diri sebagai 'mama'? Mama bukan majikan kamu. Awak dah kahwin anak lelaki mama. Jadi sekarang, saya adalah mama awak juga. Begitu juga dengan Dearil. Suami mama. Nanti panggil dia sebagai papa. Jangan nak memandai pula panggil dia Tuan Dearil nanti. Ingat tu? Mama tak nak kamu ulang kesilapan tu lagi ya?"

Daniella terdiam. Sangkanya Athena hendak memarahinya dengan teruk. Sangkanya Athena akan melenting, memukul, dan menumpahkan darahnya.

Sebenarnya, dia pernah mendengar khabar angin mengenai De'Lorcan Lodovico. Ada desas desus yang menyatakan yang keluarga mereka semuanya berdarah dingin, berhati beku, dan tidak berhati perut. Tapi, sepanjang dia berada di rumah ini... tidak pernah walau sekalipun dia melihat tingkah laku yang memenuhi setiap khabar angin yang didengarinya. Malah, ia sangatlah berlawanan dengan khabar angin tersebut.

"Saya hairan."

"Hairan?" Athena bercekak pinggang sebelum berdiri tepat di sisi Daniella. Gadis di hadapannya mengangguk dengan wajah yang polos. Sempat juga dia menilik anak mata gadis itu. Benar apa yang dikatakan Lufian awal pagi tadi. Kedua iris mata Daniella berlainan warna. Unik. Cantik.

"Sebelum ni, saya dengar yang... keluarga ni... kejam. Jahat. Tak berhati perut."

Athena terus mengangkat kening. Khabar angin yang sudah lapuk pada pendengarannya. Ini bukan kali pertama khabar angin itu lalu pada telinganya. Tapi, hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh Daniella berkenaan hal itu. Takutkah dia?

"Jadi? Apa pendapat awak pasal tu?"

Daniella langsung menggeleng.

"Saya rasa mereka tersilap. Tak mungkin semua tu betul. Buktinya... semua orang dekat sini layan saya dengan baik. Hakimi, Olivia, Adam, Orland, Lufian, dan mama. Tak pernah walau sekalipun saya rasa terancam dekat sini."

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now