Bab 29

48 4 0
                                    

"Sini rupanya kau. Puas aku cari." Lufian melabuhkan punggung di sisi Cassian. Cassian hanya memandangnya sekilas dengan pandangan kosong. Sesudah itu dia kembali merenung jauh ke hadapan. Tepat pada lokasi Nixe Annex.

"Dia dah makan?" Cassian menyoal.

"Dah." Jawab Lufian sepatah.

"Tidur?"

"Tadi dia masuk bilik terus. Ezra kata jam 2 macam tu dia akan datang tengok Aylin. Kau jangan risau."

Lufian mengeluh untuk sekian kalinya. Kedinginan antara Aylin dan Cassian membuatkan mereka buntu. Mana pernah Aylin tidak melayan Cassian seperti biasa? Selalunya, mulut Aylin sentiasa becok dan lantang mengusik Cassian. Bukankah mereka pergi keluar bersama hari ini?

"Apa sebenarnya yang jadi hari ni? Apa yang kau dah cakap dekat Aylin? Orang lain... lepas keluar temujanji selalunya tambah ceria. Tapi kau berdua tak. Makin hancur pula aku tengok."

Cassian langsung menggosok kepala. Sungguh! Kedinginan Aylin terhadapnya benar-benar menyeksakan! Dia rindukan bebelan gadis itu!

"Aku... aku buat silap hari ni." Cassian mula bersuara.

"Aylin kena serangan panik masa aku nak kerjakan lelaki yang cuba nak ganggu dia. Aku first time nampak dia macam tu. Aku tersilap cakap."

Lufian mengangkat sebelah kening. Dia ada mendengar laporan mengenai lelaki yang dimaksudkan oleh Cassian dan dia sudahpun meminta orang-orang mereka untuk mengendalikannya.

"Okey. Apa benda yang kau cakap sampai dia terasa hati macam tu sekali?"

"Aku... aku nak dia fikir balik pasal hubungan kami berdua. Aku nak dia tahu yang kalau dia nak aku tinggalkan dia, aku takkan ambil hati."

"Hah?!!" Suara Lufian bergema kuat. Semua yang ada di sekeliling mereka terus menoleh kerana hairan.

"Kejap. Bagi aku masa untuk proses dulu." Lufian bangkit dari pangkin kaki lima kediaman Cassian. Lufian mengurut dagu sambil mula bermundar-mandir. Selepas beberapa ketika, barulah dia kembali berdiri tepat di hadapan Cassian.

"Berdasarkan pemahaman akulah. Kau sekarang ni beranggapan yang... masalah kesihatan Aylin tu berpunca dari kau? Sebab tu kau cadangkan untuk bawa dia berpisah. Macam tu?" Kata Lufian, untuk meminta kepastian daripada Cassian. Sebaik sahaja Cassian menganggukkan kepala, Lufian lantas meraup kasar mukanya.

"Kau kenapa bodoh sangat? Aku tahulah ni cinta pertama kau! Tapi aku tak tahu pula kau selembab ni! Eh, bengap! Aylin tu sekarang perlukan sokongan kau, tahu tak? Kau rasa kenapa dia datang dekat sini?! Hah? Semata-mata nak jumpa isteri aku je ke?"

Cassian mengangguk sekali lagi. Kali ini matanya dikerdipkan beberapa kali. Bukan memang itukah tujuan Aylin? Daniella yang memaksanya untuk ke sini kan?

"Aylin buat surprise untuk kau dan Daniella! Dia datang sini tanpa pengetahuan isteri aku! Isteri aku bagitahu semalam semuanya. Aylin datang sini pun selepas paksa Hilmi untuk bawa dia. Kau masih tak faham ke, Cass? Aylin perlukan kau. Aylin rindukan kau. Dia sanggup datang jauh-jauh dekat sini demi kau." Bebel Lufian lagi.

"Tapi kau buat apa?! Kau bawa dia putus? Kau tak terfikir ke apa perasaan dia sekarang ni? Dia mesti tengah hancur dan kecewa, Cass! Arghh kau ni memanglah!"

Lufian memandang Cassian dengan rasa geram mencanak tinggi ke langit. Dia sudah malas hendak berkata-kata. Risau kalau dia menggunakan tangannya sendiri untuk mencekik leher adiknya. Sebaliknya dia bergegas kembali ke kediamannya sambil mengumpulkan beberapa pengawal untuk ikut bersamanya.

"Ada apa, Tuan Muda?" ketua pengawal kediaman Nixe bergegas mendapatkan Lufian sebaik sahaja majikan mereka itu tiba.

"Aku nak kau tingkatkan kawalan sekeliling rumah ni terutama sekali luar jendela bilik Aylin. Kawasan dapur pun aku nak ada yang jaga, pastikan Aylin tak menghampiri benda-benda tajam. Faham?"

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now