Bab 16

18 2 0
                                    


"Adam!"

"Ya, puan muda?" Sahut Adam dari mejanya. Dia mengangkat kepala seketika dari timbunan fail di hadapan.

"Lufian tu kan... dia jalankan bisnes apa? Syarikat dia syarikat apa?"

Daniella menyoal dengan wajah polosnya. Sehingga kini, dia hanya tahu yang Lufian mempunyai empayar perniagaannya yang tersendiri. Menurut Adam tempoh hari, suaminya juga sudah beberapa kali mendapat anugerah tokoh usahawan.

Adam tersenyum.

"Kenapa puan tak cuba cari nama Tuan Muda dekat internet? Cari nama syarikat Lufian. Mania Construction Holdings." duga Adam.

"Haahlah! Bengap. Okey okey. Saya cari sekarang!" Daniella sempat mengetuk kepalanya dengan hujung pen sebelum menghadap skrin komputer di hadapan.

"Ohooo... Syarikat pembinaan rupanya. Wahh! Mall besar ni pun dia yang bina? Hebat!" Tidak putus-putus Daniella mengagumi pencapaian suaminya. Erti kata lain, suaminya adalah...

"Suami saya salah seorang jutawan negara?"

Daniella mengulang bait perkataan yang dilihatnya dalam senarai carian. Adam yang dikerlingnya sekilas mengangguk.

"Yes. Dia salah seorang jutawan. Untuk pengetahuan Puan Muda, bisnes Tuan Muda Lufian dan Tuan Muda Hades tu adalah bisnes yang sah di sisi undang-undang. Jadi, Puan Muda tak perlu risau akan masa depan puan dengan Lufian. Mereka berdua takkan warisi kumpulan ni secara terus. Sebaliknya, hanya Cassian sahaja yang akan menjadi pewaris kumpulan ni nanti."

Terangguk-angguk kepala Daniella. Dia meneruskan cariannya. Alang-alang dia sedang mengorek cerita berkenaan suaminya di internet, lebih baik dia puaskan hati. Tapi, lain pula yang ditemuinya. Sekarang, matanya dihidangkan pula gambar-gambar skandal lama Lufian bersama wanita lain. Dahulu dia memang tahu Lufian adalah seorang lelaki yang sangat liar. Tapi, siapa sangka? Hatinya tetap saja merasa sakit meskipun dia tahu ini adalah masa lalu Lufian.

Kebisuan Daniella saat itu menimbulkan rasa kurang senang pada hati Adam. Dia dengan perlahan-lahan bangkit dari mejanya sebelum berjalan dengan senyap ke belakang Daniella.

Matanya hampir terbeliak bila melihat paparan skrin komputer Daniella. Sebentar tadi Daniella baru sahaja melihat video Lufian yang kantoi bercumbuan di kelab malam! Dia masih ingat kejadian itu! Ia memang sudah lama berlaku. Tapi, ini mungkin adalah kali pertama Daniella melihatnya!

Sekarang pula Daniella baru sahaja membuka artikel terbaru mengenai Lufian. Juga berita tentang skandal terbaru Lufian. Tajuk utama artikel itu membuatkan Daniella terus sahaja menutup kasar komputer ribanya.

"Jutawan Muda, Lufian L bakal mendirikan rumahtangga dengan model terkenal tanah air!"

"Puan! Ni mesti berita palsu je. Puan Muda!!"

Adam cuba mengejar langkah Daniella hingga ke luar pejabat mereka. Mereka secara kebetulan terserempak dengan Cassian. Berdasarkan raut wajah Daniella, Cassian sudah dapat meneka apa yang menjadi punca di sebalik tangisan Daniella saat itu.

"That rumors?" Teka Cassian.

"Syusshhh!!" Adam meletakkan telunjuknya pada bibir. Meminta Cassian untuk tidak memancing emosi Daniella. Dia sekali lagi cuba untuk merapati Daniella. Cuba untuk menenangkan Daniella. Menyesal pula dia menyuruh Daniella membuat carian mengenai Lufian di internet tadi!

"Leave me alone! Penipu! Semua orang penipu!" Jerit Daniella sekuat hati sebelum berlari ke arah Astria Annex. Jeritan Daniella sebentar tadi berjaya menarik perhatian Athena dan Dearil dari pejabat masing-masing.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now