Matahari sudah meninggi di atas kepala. Namun Daniella masih enggan berganjak dari taman bunga. Dia sebaliknya hanya berteduh di bawah pokok yang rendang dan berdaun lebat. Sebentar tadi sudah ada seseorang yang menghamparkan tikar di bawah pokok itu bila dia menyatakan keinginan untuk berehat di sana.
Hati Daniella terdetik sesuatu. Sehingga ke hari, dia tidak pernah lagi melihat kelibat individu yang bergelar suaminya. Bila ditanya pembantu rumah di Astria, mereka juga menyatakan hal yang sama. Lufian tidak pernah lagi datang ke situ selepas Daniella mula terjaga dari koma.
Daniella ingin sekali melihat seperti apakah raut wajah suaminya? Menurut mereka, Lufian itu sangat kacak orangnya. Rambutnya pun panjang hingga ke paras bahu. Sebab itulah hampir setiap hari Daniella memerhatikan setiap lelaki yang lalu lalang di luar rumahnya. Mengharap agar ada kelibat Lufian yang menepati ciri-ciri tersebut.
"Lufian... dia bencikan saya ke?"
Persoalan yang timbul dari mulut Daniella menarik perhatian pengawal yang ditugaskan Hakimi. Pembantu rumah merangkap pembantu khas Daniella, Olivia pula tersenyum lemah.
"Taklah, puan. Mana ada. Mustahillah dia bencikan puan pula." Kata Olivia.
Daniella menggeleng. Kedua lututnya ditarik rapat hingga ke dada.
"Tak. Saya yakin dia bencikan saya. Dia dah dipaksa untuk kahwin dengan saya. Saya tahu. Castel musuh Lodovico kan? Mesti dia bencikan saya sebab saya anak baba. Tapi takpe. Saya faham. Saya takkan paksa Lufian untuk jadi suami saya. Dia... bebas untuk buat apa yang dia nak. Dapat tinggal dekat sini pun dah lebih dari cukup. Asalkan... saya tak pulang ke rumah Castel lagi." Luah Daniella. Dia tersenyum. Senyum yang penuh dengan seribu makna. Ada kesedihan, ada kelegaan, dan ada juga rasa terkilan di situ.
Sedang Daniella asyik melayan perasaan, Olivia tersentak bila telefon pintar milik Daniella yang tersimpan kemas di kocek seluarnya tiba-tiba berdering. Nama Daniel yang terpapar membuatkan Olivia tersenyum sebelum menekan punat hijau.
"Daniel telefon, puan." Ujar Oliva sambil menghulurkan telefon tersebut.
Wajah Daniella berubah riang.
"Lufian dan Athena mana?! Mereka dah balik ke rumah ke?"
Soalan Daniel mematikan senyuman Daniella. Kenapa pula abangnya menyentuh perihal Lufian dan Athena secara tiba-tiba?
"Manalah adik tahu. Kejap lagi adik tanya orang. Kenapa"
"Baba dan Danishall dah rancang nak bunuh suami adik dan mama mertua adik hari ni! Cepat tanya sesiapa je mana mereka ada sekarang ni! Bagitahu pengawal dekat sana supaya pergi ke tempat tu secepat mungkin! Sementara tu abang akan cuba cari tahu apa yang mereka dah rancangkan sebenarnya. Abang call nanti!"
Daniella terdiam. Dia bangkit dari tempat duduknya.
"Siapa yang tahu mana suami saya dan Athena sekarang ni?"
"Kalau tak silap, Hakimi ada bagitahu yang mereka ada urusan penting dekat Hotel Marlin. Kenapa, puan? Abang puan kata apa tadi?"
"Abang bagitahu yang baba dan Abang Danishall nak bunuh mereka hari ni. Dearil? Dearil mana?" Daniella mula panik. Risau kalau mereka lambat untuk pergi menyelamatkan Lufian dan Athena.
"Semua orang tak ada, puan. Bos Dearil awal-awal lagi keluar." Jawab Adam, pengawal peribadinya yang telah ditugaskan oleh Hakimi.
"Habis tu, siapa lagi yang ada jawatan tertinggi dekat sini selain mereka?" soal Daniella. Semua mata tertuju ke arahnya serta-merta.
"Saya? Takkanlah..." Daniella menggaru kepala dengan kasar.
"Memang puanlah majikan kami yang ada sekarang ni dekat sini. Puan kan isteri Lufian?" Adam berkata dengan serius. Kini rasa panik Daniella bertambah-tambah. Apa yang perlu dia lakukan? Apa yang perlu dia putuskan untuk menyelamatkan keluarga ini? Dia tidak mahu kehilangan orang-orang yang telah menyelamatkannya!
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...