Bab 9

22 3 0
                                    

Lufian... sebaik sahaja dia mendapat tahu yang Daniella sudah pergi dari rumah agam selepas peristiwa pada malam itu, dia tidak menunggu orang-orang Lodovico untuk muncul membawanya ke bilik hukuman. Malah dia dengan rela hati menyerah diri ke sana.

"I made a mistake. I hurt her feeling. I betrayed her. I deserved this." Gumam Lufian kepada Hakimi sepanjang perjalanan ke bilik hukuman. Hakimi terdiam. Melihat kepada raut wajah Lufian, dia cuba untuk berfikir dengan rasional sebentar. Dia cuba menyusun kronologi kejadian dari awal sehingga akhir.

Apabila dia sudah mendapat jawapannya, dia dengan pantas menahan Lufian daripada terus melangkah masuk ke dalam bilik hukuman. Athena sudah bersedia di dalam. Kalau Lufian melangkah masuk, bermakna dia tidak akan dapat keluar lagi sehinggalah hukumannya selesai.

"Luf... kau... kau... Lana kan? Lana angkara semua ni? Dia ada kaitan ke dengan Serpent?" Hakimi menyoal dengan cemas. Matanya di arah tajam ke arah Lufian. Bila Lufian hanya tersenyum sayu, tahulah Hakimi yang mereka sudah tersilap sangka. Memang Lufian ada tidur dengan Lana! Tapi ada tujuannya di sebalik itu.

"Lana... dia anak perempuan dari keluarga besar Serpent."

Pengakuan Lufian benar-benar mengejutkan Hakimi. Jadi rupanya selama ini skandal Lufian adalah salah seorang daripada Serpent?!

"Kau bodoh! Kau dah tahu perempuan tu anak musuh kita, tapi kau masih berskandal dengan dia?! Tengok apa yang jadi sekarang ni?"

Hakimi menarik kasar leher baju Lufian.

"Jadi, Lana yang paksa kau tidur dengan dia semalam? Supaya serangan tu dihentikan? Betul kan? Sebab aku rasa pelik masa tu. Serpent hanya menanti dekat luar. Macam tengah menunggu arahan seseorang."

Perlahan-lahan Lufian mengangguk. Biarlah. Nasi sudah menjadi bubur. Tambahan pula, dia sendiri masih merasa jijik dengan tubuhnya selepas apa yang dilakukannya dengan Lana.

"Argghh! Boleh gila aku macam ni! Jangan masuk! Masih sempat lagi kalau kita nak lari! Cepat!" Hakimi sudah bersiap sedia hendak membawa Lufian pergi dari tempat itu. Kalau betul apa yang dikatakan Lufian, maka Lufian juga adalah mangsa keadaan. Lanalah punca semuanya ini berlaku.

"Tak. Maafkan aku. Aku faham kau risaukan aku. Tapi, aku yang nak jalani hukuman ni. Aku tak tahu macam mana nak hilangkan rasa bersalah aku dekat Daniella. Aku cintakan dia, Hakim. Tapi aku dah lukakan hati dia. Dia dah tinggalkan aku. Aku tak nak teruskan hidup aku kalau tak ada dia. Kalau... kalau jadi apa-apa dekat aku... Tolong jaga Daniella baik-baik. Uruskan pemilikkan harta aku semua. Sebab semuanya aku akan wariskan kepada Daniella."

Lufian menyerahkan dompetnya kepada Hakimi. Di dalam sudah ada kad dan beberapa wang tunai.

"Berikan semua ni pada Daniella. Kalau dia tak terima, kau gunakan je untuk bantu beli apa je yang dia nak. Jangan biarkan dia murung lama-lama. Jangan biarkan dia tak makan dalam sehari." Bersama segaris senyuman, Lufian melepaskan pegangan Hakimi kemudian terus melangkah masuk ke dalam.

"Lufian!"

Hakimi menjerit. Cuba untuk membuka pintu dan merayu kepada Athena agar melepaskan Lufian. Tapi usahanya semua sia-sia. Bunyi seretan rantai serta alat-alat seksaan didalam sudah mula kedengaran di telinga Hakimi. Tidak mahu dia bayangkan apa bentuk hukuman yang bakal dikenakan Athena.

"Tak. Sekarang bukan masanya untuk kau bersedih dekat sini. Kau kena cari cara untuk tolong Lufian! Cari sesuatu yang boleh buktikan yang Lufian tidak bersalah!" Hakimi bermonolog kepada diri sendiri. Mindanya kusut. Bercelaru. Dia risaukan Lufian!

"Lufian! Kau kena bertahan! Aku... aku akan selesaikan semua ni untuk kau! Aku akan bawa Daniella pulang ke sini!!" Jerit Hakimi sekali lagi.

Dengan itu, Hakimi membuang pandangan ke arah pintu bilik hukuman untuk sekian kalinya sebelum terus berlari keluar. Lokasi pertamanya adalah rumah Lufian. Dia berharap agar bukti yang dicari masih ada di situ.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now