Bab 23

16 3 0
                                    

Selang dua hari kemudian...

"Jaga diri baik-baik tau? Jangan buat benda yang berbahaya. Lepas tu, jangan lupakan aku. Nanti, kalau aku tak sibuk dengan kerja aku dekat rumah agam... aku janji aku datang cari kau." Belum cukup sesi luahan Daniella di penthouse tadi, disambungnya lagi di garaj VIP Lunar Palace.

Tubuh Aylin bagaikan tidak mahu dilepaskan dari pelukan. Lufian serta ahli keluarga Aylin masing-masing tersenyum hiba.

"Sudahlah tu, sayang. Bukannya takkan jumpa Aylin ni lagi dah. Nanti pun sayang boleh jumpa Aylin balik. Okey?" Pujuk Lufian sambil meleraikan pelukan Daniella perlahan-lahan.

Daniella akhirnya mengangguk. Sesudah itu, dia beralih pula kepada Diezel. Wanita itu kini memiliki tempat yang istimewa di dalam hatinya. Mungkin kerana Diezel telah menjadi pengantara antara mendiang mamanya tempoh hari.

"Daniella sayang.... Jangan sedih-sedih. Kami semua ada je dekat sini. Kalau rindu, bawa suami kamu datang sini. Kalau suami kamu sibuk, cari aunty cepat-cepat. Nanti aunty boleh jemput kamu dekat sana. Okey?"

Diezel memujuk dengan suara yang perlahan. Sisa air mata Daniella dikesat.

"Kenapa saya rasa berat hati nak tinggalkan kamu semua, aunty? Rasa macam... semua yang ada dekat sini ni keluarga kandung saya. Aunty dan uncle layan saya tak ubah macam anak sendiri." Luah Daniella.

"Then be our daughter. You have home here from now on. Kalau rasa nak pulang, pulanglah ke sini." Wajah Daniella dielus lembut. Diezel mengangkat kepala. Tidak jauh dari mereka kelihatan roh Marian memunculkan diri sekali lagi. Diezel melemparkan senyum. Dia mengangguk, membenarkan Marian untuk menggunakan tubuhnya buat kali terakhir.

"Mommy little ladybug. Mommy akan selalu jaga kamu dari jauh. Kamu dan abang kamu... is my pride and joy." Marian menggunakan tubuh Diezel sebagai medium untuk memeluk Daniella buat kali terakhir.

Daniella tergamam namun pada masa yang sama seakan baru teringat sesuatu.

"Aunty? Macam mana aunty boleh tahu nama saya? Abang pernah panggil saya dengan nama tu dulu." Kata Daniella. Dia membalas pelukan Diezel sambil memandang Ian yang hanya tersenyum kelat di sisi Diezel.

"Say something now, Daniella. Your mom is still inside. Your aunty holding her for now." Ian berbisik dengan suara yang perlahan.

Daniella tergamam. Mama? Mamanya?

"Mommy! Adik rindukan mommy! Adik rindukan mommy!!!!" tangis Daniella semahu-mahunya. Marian mengetap bibir. Hiba dengan tangisan anak gadisnya.

"Mommy pun rindukan adik. Mommy minta maaf sebab gagal lindungi adik. Mommy... mommy dah cuba untuk bawa adik dan abang adik lari. Tapi... tak apalah. Benda dah lepas."

Marian mengeratkan pelukan kemudian mengucup perlahan dahi Daniella. Kali ini, dia beralih memandang Lufian. Lufian yang jelas masih bingung kerana tidak tahu-menahu akan kebolehan Diezel. Iaitu First Born Curse.

"Lufian Lodovico. Saya serahkan Daniella kepada awak. Saya percaya yang awak takkan ulang kesilapan lama awak. Lady bug mommy ni takutkan gelap. Dia takkan boleh tidur lena dalam gelap kalau tak ada teman. Dia ada alahan dengan buah mangga. Selain daripada tu, Daniella ni memang suka merajuk. Harap awak boleh bertoleransi dengan dia."

Lufian mengangguk perlahan. Kedua iris mata Diezel ditenung. Dia tersilap pandang atau... iris Diezel berubah sama persis iris mata isterinya? Sejak bila? Sedang dia asyik memikirkan perihal mata Diezel, wanita itu sekali lagi berbicara dengannya. Namun kali ini, bukan secara lisan melainkan terus kepada mindanya.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now