Hakimi diseru ke bilik kerja Athena tepat pukul 9 pagi. Sangkanya Athena mungkin punya tugasan baharu untuknya. Akan tetapi, kehadiran Daniel iaitu salah seorang daripada abang Daniella membuatkan Hakimi mengeluarkan senjatanya secara spontan.
'Salah seorang daripada pendera Puan Daniella!' Fikirnya sambil mengacukan pistol.
"Tunggu dulu, Hakim. He's clean." Athena lekas-lekas mengangkat tangan untuk menenangkan Hakimi. Dia faham kenapa Hakimi mengeluarkan reaksi sedemikian rupa. Hakimilah orang yang telah menjemput Daniella di rumah agam Castel. Jadi sedikit sebanyak Hakimi sudah melihat sendiri layanan keluarga itu terhadap Daniella.
"Maksud puan? Saya tak boleh percayakan dia. Dia salah seorang daripada keluarga Puan Muda juga!" Hakimi membentak. Namun dia tetap menyimpan kembali senjatanya di tempat asal.
"Aku lega bila dapat tahu adik aku dilayan dengan baik dekat sini. Terima kasih sebab kotakan janji kau." Daniel mula membuka mulut.
Hakimi terpinga. Athena pula hanya tersenyum sumbing. Dia tahu Hakimi pasti bingung dengan situasi ketika ini. Kenapa Daniel boleh berada di sini? Mesti itu persoalan yang bermain di mindanya.
'Huh!' Hakimi mendengus. Namun dia tetap melabuhkan punggung di atas sofa tepat di hadapan Daniel. Hanya meja kopi yang memisahkan mereka.
"Daniel datang sini untuk jumpa Daniella. Sekaligus nak bagitahu kejadian sebenar yang menimpa adiknya."
Hakimi hanya memasang telinga. Penerangan Orland sebentar tadi membuatkan dia geli hati. Dengan panahan mata yang tidak lekang daripada Daniel, dia bersuara,
"Jarang aku jumpa pelaku yang datang mengaku salah dia sendiri macam ni."
Daniel tersenyum. Dia faham. Dia tidak salahkan Hakimi. Sesiapa pun pasti akan mengatakan hal yang sama. Sebab itulah dia datang ke sini hari ini. Dia hendak meleraikan simpulan serta menegakkan keadilan buat adiknya. Walaupun dia abang Daniella, dia sedar yang dia tidak mampu melakukannya sendiri. Dia perlukan bantuan Lodovico.
"Adik aku memang didera sejak kecil lagi. For as long as I can remember. Aku tak pasti kenapa. Tapi apa yang pasti, baba mesti akan kaitkan dengan mendiang mama. Seolah-olah adik bersalah terhadap kematian mama."
Daniel mengeluh. Pangkal hidung diurut perlahan. Hatinya sakit bila mengingat kembali nasib yang menimpa Daniella dahulu.
"Habis tu, takkan tak ada sesiapa pun yang cuba untuk bantu dia? Kau? Apa fungsi kau dekat sana? Kenapa kau pun nak ikut bencikan dia?" Hakimi menumpahkan semua persoalannya. Lebih kepada rasa geram sebenarnya.
"Tak! Aku aku tak pernah bencikan dia. Aku sayangkan dia. Adik muka dia sama dengan muka mama. Kau tak faham. Aku dah banyak kali bantu dia dalam diam. Aku belikan makanan barang keperluan curi-curi bawa dia jalan keluar."
"Tapi, ada satu masa ni kegiatan aku terbongkar. Baba dapat tahu. Kau nak tahu siapa yang jadi mangsa? Adik aku. Baba pukul adik separuh mati. Baba kurung adik dekat stor berhari-hari lamanya tanpa sebarang makanan dan minuman! Hanya disebabkan aku bantu dan jaga dia tanpa pengetahuan dia!"
Daniel terus mengangkat kepala. Wajahnya merona merah. Matanya berkaca-kaca. Jelas memancarkan kesedihan yang selama ini ditahan. Jangankan Hakimi, Athena dan Orland sendiri pun tergamam.
"Kalau kau di tempat aku, apa yang kau akan buat?" Daniel mengutarakan soalan itu sebelum mengesat air mata yang cuba keluar.
Mereka berdiam selama beberapa saat sebelum Daniel berbicara kembali.
"Mula dari saat tu aku tak pernah lagi jumpa dia. Aku tak pernah lagi belikan dia makanan atau barang keperluan lain. Aku hanya mampu jaga dia dari jauh. Sebab tu aku datang dekat sini hari ni. I'm asking help from De'Lorcan Lodovico. Tolong lindungi Daniella, adik perempuan aku. Firstly, jangan biar dia mendapat nasib yang sama seperti di rumah agam kami. Kedua, adik pandai membaca. Tapi dia tak pernah pergi sekolah. Saya dengan rendah diri minta supaya adik saya tak diperlekehkan sekiranya dia gagal memenuhi prestasi keluarga ni. Ketiga dan terakhir sekali"

YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...