Bilik mesyuarat di Sun Annex berubah dingin sebaik sahaja Hilmi memaparkan beberapa gambar individu yang dipercayai Daniel. Gambar tersebut berjaya diperoleh hasil intipan orang dalamnya di dalam Serpent.
"Damn it." Kedengaran bait bicara tersebut dari bibir Athena.
"It's him?" Ezra bersandar pada kerusinya kemudian berpeluk tubuh. Anggukkan lemah Athena serta wajah kelam Lufian menjawab persoalan mereka.
"Kita akan selamatkan Daniel dulu. Lepas tu, Emerald dan Lunar akan ambil alih. Kami akan musnahkan semua secara serentak. Red Cobra dan Ingrid bukanlah kumpulan yang besar macam dulu-dulu. Mereka pun sekarang bernaung dengan Serpent. Bergantung dengan kumpulan tu untuk bangkitkan kembali kumpulan mereka." Hilmi membuka mulut. Dia akan menyatakan cadangannya untuk mendapatkan Daniel secara selamat.
"I assume you gonna need my power. Am I right?" Athena menyusun sepuluh jarinya sebelum menongkat kedua siku di atas meja.
"Saya perlukan beberapa orang daripada Lodovico untuk ikut saya dalam usaha melepaskan tebusan. Daniel adalah keutamaan saya sekarang ni memandangkan dia abang kepada Daniella dan saya telah diugut oleh mama saya supaya selamatkan dia walau apapun yang terjadi." Ezra mencelah. Lufian mengangkat pandangan lalu memandangnya.
"Aunty Die?" soal Lufian. Ezra hanya mengangguk kemudian ketawa kecil.
"Kau tahulah mama tu. Kalau aku gagal katanya, dia sendiri akan turun padang. Aku kalau boleh nak elakkan mama daripada dedahkan diri terlalu kerap. Kejadian baru-baru ni pun dah mula menimbulkan masalah dekat kawasan kami." Luah Ezra.
"Masalah?" ulang Lufian. Ezra mengangguk.
"Khabar angin dah mula tersebar kononnya Lunar Samurai Warrior dah muncul kembali. Walhal, gelaran tu adalah milik bekas don Lunar yang dah lama meninggal. Puan Diezel hanya mewarisi samurai tu dan kebetulan, amat mahir menggunakan samurai tu." Hilmi menerangkan perkara yang sebenar kepada mereka memandangkan hanya mereka yang berkaitan sahaja di ruangan bilik ini. Pengiring mereka pula ada berkawal di luar bilik mesyuarat.
"Khabar angin tu menyebabkan kumpulan mafia dan gangster dekat kawasan kami mula tak senang duduk. Semua sibuk mencari siapa pemegang samurai tu. Papa sekarang tengah kurung mama dekat hotel. She cannot step outside without him." Tersengih Ezra bila mengenangkan Diezel dan Ian.
"Should I arrange for a long-range guard? Saya ada beberapa orang yang pakar dalam hal tu." Cadang Athena dengan tiba-tiba.
"I appreciate it, Puan Athena. Tapi buat masa ni kami masih boleh uruskan perihal keselamatan mama dan yang lain-lain. Tapi, saya akan tuntut tawaran tu kalau keadaan dah terdesak." Ezra betul-betul senang bila Athena memberikan tawaran tersebut. Lagipun, Diezel dan Ian bukannya orang lain. Mereka kan bakal besan Athena juga?
Mereka meneruskan perjumpaan hari itu dengan menyusun strategi serangan. Langkah pertama adalah menyerang semua sumber ekonomi musuh mereka iaitu kelab malam, pangkalan jeti tempat pengangkutan dadah, dan seterusnya gudang senjata mereka.
Langkah kedua, Ezra akan mengetuai kumpulan mereka untuk menyelamatkan Daniel di dalam bilik kurungan Serpent dengan bantuan orang dalam Lunar. Selesai sahaja tugasan Ezra untuk menyelamatkan Daniel barulah Hilmi, Khalif, dan Hakimi akan mengetuai kumpulan masing-masing untuk melakukan serangan kepada pusat utama Serpent. Serangan yang akan melumpuhkan serta menjatuhkan kumpulan tersebut.
"Ezra akan stay dekat sini untuk jadi wakil Emerald. Kes senjata kimia ni dikendalikan oleh dia dalam organisasi kami. Jadi, saya nak minta keizinan daripada Lodovico untuk benarkan dia turut serta dalam penghasilan penawar tu. Lebih cepat penawar tu siap, maka lebih cepatlah operasi kita ni boleh dijalankan." Khalif, pewaris Kean serta salah seorang daripada komander dalam Emerald bersuara bagi pihak Emerald.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...