"That is reckless, kakak. Papa faham kakak cuma nak bantu Daniella. Tapi ini bahaya! Papa tak setuju!"
Suara keras Ian bergema. Dia memandang Aylin dengan pandangan tajam. Tangannya disilangkan di dada sambil bersandar pada kerusi. Kenapalah Aylin perlu mewarisi sikap cuai dan suka bertindak bahaya seperti Diezel?
Diezel dikerling sekilas. Mereka saling berbalas pandangan sebelum akhirnya Diezel hanya tersengih. Dia tahu apa yang sedang difikirkan Ian.
Peristiwa Diezel menyerah diri untuk menjadi tawanan Zander kembali bermain di ruangan minda. Dia tahu saat itu Diezel hanya ingin menyelamatkannya daripada menjadi mangsa Zander. Sekarang, Aylin pula yang mahu melakukan perkara yang hampir sama!
Sebentar tadi Aylin memberikan cadangan untuk mengumpan Danishall. Memandangkan fizikal dan ketinggian Aylin dan Daniella sama, Aylin mengutarakan cadangan untuk menyamar menjadi Daniella.
Tindakan drastik ini hendak diambil Aylin gara-gara peristiwa pagi tadi. Terdapat cubaan memecah masuk ke dalam lobi hotel oleh beberapa individu. Cubaan tersebut berjaya dibatalkan oleh Cassian, Alex, dan Ian. Sekali lagi, mereka mendapat laporan yang Danishall adalah salah seorang daripada individu tersebut.
"Lagi lambat kita bertindak lagi bahaya semua ni untuk Daniella, papa. Kakak tahu papa pun boleh terfikir kan? Kalau kakak menyamar jadi Daniella, kakak boleh bertahan selama yang mungkin sampailah bantuan tiba. Cuba kalau Danishall berjaya tangkap Daniella? Daniella tak sekuat kakak atau mama. Atau kita semua." Aylin mencapai kedua tangan papanya. Dia juga takut dan risau dengan kerja gila yang bakal dilakukannya.
"Tambahan pula, Danishall adalah pendera Daniella. Kalau Daniella ada dekat tangan dia, papa rasa apa yang Danishall akan buat?"
Ian mengeluh berat. Diezel hanya mendiamkan diri. Dia meramas perlahan lengan suaminya, sekadar hendak mengurangkan emosi Ian agar tidak terlalu marah.
"Kakak anak papa dan mama! Kalau jadi apa-apa dekat kakak?! Kakak ingat papa takkan rasa bersalah ke? Seumur hidup papa dan mama akan tanggung rasa bersalah kalau kakak cedera nanti!"
"Danishall pernah cuba rogol Daniella, papa. Her own biological brother! He tried to raped her the night before she was sent to Lodovico! Niella cerita sendiri pasal ni dekat kakak. Kalau Danishall dapat Daniella, tak mustahil dia cuba nak selesaikan apa yang dia nak buat malam tu!"
Pendedahan ini nyata mengejutkan Ian dan Daniella. Siapa sangka rupanya ada punca di sebalik tindakan nekad Danishall hendak menculik Daniella? Ini rupanya.
"Kakak tak bergurau ke?" Diezel akhirnya bersuara. Ian sudah memandang tajam ke arahnya namun pandangannya tetap ke arah Aylin.
"Kakak tak ada masa nak bergurau pasal ni, mama. Sebab tulah kakak nak tolong dia. Papa, let me do this. Let us trap them." Aylin sekali lagi mencuba nasib untuk memujuk papanya.
"And then let my own daughter to be raped by that monster?" Sembur Ian. Dia akhirnya berdiri dari tempat duduknya dan mula melangkah ke pintu.
"No, thanks, kakak. Papa takkan setuju."
Diezel menghembus nafas sebelum turut sama bangkit dan menahan lengan suaminya.
"Then let me do this. Wife boleh handle semua ni."
Kali ini tubuh Ian mengeras. Wajah isterinya dipandang tajam tanpa mengerlipkan mata. Nafasnya turun naik untuk menahan rasa marah yang mula berkumpul di dada.
"Leave us, kakak!" Arah Ian sambil menunjuk ke arah pintu.
Kali ini Aylin terus menurut tanpa banyak bunyi. Seumur hidupnya, belum pernah lagi dia melihat papanya semarah itu dengan mama. Pernah ke? Rasanya tidak pernah lagi dia melihat situasi seperti itu di antara mama dan papanya.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...