Bab 18

21 3 0
                                    

Aylin memandang tingkah Daniella dengan penuh rasa senang. Tapi pada masa yang sama, terdetik rasa sedih di benaknya. Bukan main gembira lagi Daniella ketika ini di arked permainan bersama Luna! Ketara sangat yang ini adalah kali pertama Daniella bergembira seperti ini.

"Nasib baik bapa dia dah mampus."

Ezra dan Elza berpaling ke arah Aylin serentak bila terdengar bait bicara yang terbit dari bibirnya. Mereka sempat mengangkat kening sebelum menggeleng. Masing-masing rasa pelik dengannya.

"Bapa je. Satu orang masih terlepas. Danishall. Abang sulung mereka. Aku dengar Lodovico sedang giat kesan dia sekarang. Daniel, abang kedua Daniella pun tengah kesan dia juga."

Aylin mengetuk dagu sebaik sahaja selesai mendengar penerangan Ezra. Baru dia hendak memberikan komen, Elza dengan pantas menyambung bicara adiknya.

"Ancaman utama Daniella adalah Danishall. Bukan Lufian. Dan bukan juga Lodovico. Kita kena hati-hati kalau nak libatkan diri dengan masalah keluarga mereka ni."

"Kenapa pula?" Aylin yang tidak tahu-menahu akan kes ini menyoal.

Pandangan matanya kekal ke arah Daniella dan Luna yang sibuk bermain di claw machine. Biar mereka sibuk di berbincang di sini tapi pandangan dan perhatian mereka tetap tidak teralih daripada mereka berdua.

"Ada rekod yang aku pernah baca. Castel ada develop formula kimia beracun yang hendak dijadikan sebagai senjata. Castel dah ada bawah pengawasan Emerald dari dulu lagi gara-gara info tu."

"Penawarnya pula hanya berkesan dengan darah keluarga Castel sahaja." Sambung Ezra lagi.

"Maksudnya, untuk kita... racun tu boleh membunuh. Macam tu?" soal Aylin.

Aylin berpaling seketika memandang abang sepupunya, Ezra. Sepupunya mengangguk sebelum kedengaran satu suara menyampuk dari belakang.

"Daniel kata macam tulah. Aku dah pernah kena racun tu. Penawar yang abang bagi hari tu berkesan. Mama Athena kata, mereka masih jalankan kajian tentang penawar tu. Mereka cuba hasilkan penawar yang boleh digunakan untuk semua orang."

Tahu-tahu saja, Daniella dan Luna sudahpun ada di belakang mereka. Malah sempat pula memberikan respon mengenai topik perbincangan mereka saat itu.

"Lodovico?" Elza mengangkat sebelah kening. Info yang ini dia sendiri baru tahu.

Daniella menganguk perlahan. Dia meliarkan pandangan sebelum menghampiri Aylin dan sepupu kembarnya. Apa yang dia bakal ceritakan adalah lebih kepada rahsia.

"Abang Daniel dah bekerjasama dengan Lodovico untuk bebaskan aku dari Castel. Dia yang berikan semua dokumen berkaitan racun dan penawar tu. Ni, rahsia tau. Aku tak bagitahu Lodovico pun lagi sebab abang aku kata dia masih tak pasti benda ni betul atau tak. Kemungkinan besar, Danishall akan jual formula racun tu kepada musuh utama Lodovico. Serpent. Dah dua bulan abang aku buat siasatan untuk pastikan hal ni. Sampai sekarang aku masih tak dapat info dari dia. Aku tunggu dia datang jumpa aku sebab dia dah janji. Dia akan datang jumpa aku seminggu yang lepas. Tapi... dia tak muncul. Aku risau."

Maklumat yang dikongsi Daniella membuatkan mereka panik seketika. Rasanya, topik ini harus dibincangkan di tempat yang lebih tertutup.

"Cerita ni, kita sambung dekat penthouse atau tempat yang privasi je. Bahaya kalau orang lain dengar. Okey, Daniella? Lepas ni kau ceritakan semua dekat kita orang. Aku dan yang lain-lain akan cari cara untuk kesan kedudukan abang kau." Ezra bersuara sambil menepuk bahu Daniella. Sedikit sebanyak dia faham yang Daniella sedang risaukan keselamatan Daniel. Satu-satunya darah dagingnya yang menyayangi dan menghargainya.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now