Bab 13

51 3 0
                                        

Bagaikan baru terjaga dari mimpi ngeri, Daniella bangkit dari pembaringannya dalam keadaan tercungap-cungap. Dia panik seketika bila menyedari yang dia terjaga di bilik yang agak asing dari biliknya di Astria.

Tapi bila memorinya kembali satu-persatu, dia termalu sendiri. Nasib baik empunya bilik tidak ada di sini. Kalau tidak, mesti dia akan menjadi bahan sindiran.

"Ha-ahlah... aku tertidur masa bercerita dengan Lufian."

Daniella merenung jam digital yang terletak kemas di sisi katil Lufian. Angka 10 membuatkannya mengeluh panjang. Inilah padahnya kalau tidur selepas subuh. Daniella menguap sekali lagi sebelum bangkit dari katil. Sempat juga dia memandang memo yang ditinggalkan oleh Lufian. Jejaka itu menyatakan yang dia ada di bilik bacaan bersama Adam dan Hakimi.

Cadar tilam dan juga selimut dirapikan kembali sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air Lufian. Dia hendak mencuci muka dan memberus gigi. Kalau tidak silap, Lufian masih menyimpan alatan mandiannya di sini.

"On the second thought... why not kita mandi je? Let's see. Knowing Luf, dia mesti masih simpan barang-barang aku dekat sini."

Daniella bergegas ke bilik pakaian Lufian. Tepat seperti yang dijangkanya. Semua pakaiannya masih tersimpan kemas di satu sudut khas. Mujurlah Lufian tidak mendengar arahannya tempoh hari saat dia mengarahkan Lufian membakar sahaja semua barang-barangnya yang tertinggal di bilik ini.

"Okey. Masa untuk mandi!"

Kira-kira 20 minit kemudian, pintu bilik Lufian dibuka oleh seseorang dari luar. Seorang jejaka yang hanya memakai tuala pada pinggangnya melangkah masuk dengan selamba.

"Luf! Oii! Kau tengah mandi ke? Aku nak masuk ni! Nak pinjam alat mandian kau kejap!"

Cassian Lodovico, adik bongsu kepada Lufian menyelinap masuk ke dalam bilik Lufian tanpa menyedari yang bilik abangnya sebenarnya sudah menjadi kawasan larangan baginya. Cassian baru sahaja pulang ke rumah agam ini kira-kira jam 2 pagi tadi. Dia masuk ke kediaman Lufian pun secara sembunyi-sembunyi. Dia menggunakan skilnya sebagai pembunuh upahan untuk menyelinap masuk tanpa disedari oleh sesiapa pun.

"Luf, aku pinjam..."

"Huaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Lufian!!!! Tolong!! Lufiannnnn!!!!!! Lufian tolong saya!!!!"

Daniella menjerit semahu-mahunya bila ada lelaki asing yang memasuki bilik air saat dia masih berendam di dalam tab mandi! Baik Daniella dan Cassian, kedua-duanya menjadi panik dan tidak tentu arah.

"Wuarrggghhh!! Kau siapa?! Kenapa kau jerit!! Oii!!!" Cassian cuba untuk mendekati Daniella dengan niat hendak memintanya untuk berhenti menjerit. Namun dia tidak sedar yang tindakannya hanya membuat Daniella bertambah panik dan takut!

"Jangan dekat!!" Jerit Daniella sambil berusaha melindungi tubuhnya yang terdedah daripada pandangan Cassian. Dia sempat mengumpulkan buih sabun di dalam tab mandi untuk meliputi seluruh tubuhnya.

"Cassian!!!!!!!!!!!!!" Keadaan bertambah gamat bila jerkahan Lufian bergema di telinga mereka. Daniella lega manakala Cassian pula kecut perut! Mana pernah dia mendengar abangnya semarah itu?

Lufian muncul dari belakang kemudian terus sahaja melayangkan satu tumbukan tepat pada wajahnya. Rasanya Lufian telah menggunakan seluruh tenaganya bila melihat Cassian berada di dalam bilik mandi yang sedang digunakan oleh isterinya.

Dada Lufian berombak kencang. Cassian pengsan tidak sedarkan diri begitu sahaja penangan buku lima Lufian. Sempat ditendang bahagian betis Cassian sebelum dia bertindak mengheret adiknya keluar dari bilik mandi.

"Kenapa?! Puan Muda okey? Cass... Cassian masuk dalam tu masa Puan Muda mandi?!" Adam bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku. Habis tu macam mana dengan Daniella tadi?

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now