2.00 Pagi
Aylin terjaga dari tidur seperti biasa. Tepat pukul 2 pagi. Tidak lebih dan tidak juga kurang. Aylin lekas-lekas menyentuh wajah. Penuh dengan peluh dingin. Telefon pintarnya dicapai dengan lemah. Nombor telefon Aura didail.
"Kak? Kau okey?"
"Kau tipu. Kau kata... kalau aku ada luar kawasan Lunar, aku boleh pulih dari semua ni." Aylin bersuara dengan perlahan. Di hujung talian, Aura terus melepaskan keluhan.
"Benda berkaitan psikologi perlukan masa, kak. Kau baru semalaman dekat sana. Bagi diri kau masa. Jangan paksa diri. Ni, kau okey ke? Kau jangan buat aku risau, kak."
Lama Aylin mendiamkan diri. Sekadar menarik nafas dan akhirnya bersandar pada birai katil. Dia kemudiannya meramas kasar kepala untuk menahan tangis.
"Aku tutup call. Aku nak buat panggilan video pula. Aku dah ada dekat bilik mama dan papa."
Panggilan tertutup. Notifikasi panggilan video daripada Aura muncul beberapa saat kemudian. Sebaik sahaja Aylin menggesek ikon hijau, wajah kedua ibu bapanya serta Aura terpampang di skrin.
"Kakak? Anak mama?" Suara lembut Diezel di hujung talian memicu rasa pilu di hati Aylin. Saat itu juga dia menangis. Namun mulutnya ditekup dengan pantas bagi mengelakkan orang luar mendengar.
"Kakak tak suka semua ni. Kakak penat." Luah Aylin.
Peristiwa ketika dia menggantikan Daniella sebagai tebusan sebenarnya meninggalkan satu kesan trauma yang mendalam dan agak teruk baginya. Beberapa hari selepas kes itu, Aylin mula terjaga dalam keadaan panik sekitar jam 2 pagi. Jam dan waktu yang sama peristiwa itu mengambil tempat.
Salah satu cara Diezel dan Ian membantu Aylin adalah dengan membawa Aylin untuk tidur bersama mereka. Aylin masih lagi mengalami mimpi ngeri yang sama, tapi dia tidaklah terlalu terkesan.
Selain itu, Aylin juga mula fobia dengan semua benda yang berwarna merah pekat yang menyerupai darah. Daging merah juga tidak boleh lalu di hadapan matanya. Kalau tidak, Aylin mesti akan muntah dengan teruk dan pengsan tidak sedarkan diri.
Diezel dan Helen sudah membawa Aylin untuk mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi. Aylin disahkan menghidapi PTSD. Beberapa sesi kaunseling sudah dijalankan namun buat masa ini, hasilnya tetap sama.
"Nak balik ke? Papa boleh jemput kakak sekarang." Ian bersuara. Aylin mengangkat kepala. Wajah ahli keluarganya dipandang sambil tersenyum lemah.
"Kakak nak cuba dulu pulihkan diri dekat sini. Boleh? Nanti kakak sendiri yang... eh? Kejap. Ezra nak masuk video call." Ayat Aylin terhenti bila terlihat notifikasi daripada Ezra. Selepas menekan sesuatu, barulah Ezra muncul dalam skrin bersama mereka.
"Kau kenapa tak call aku? Aku ada dekat sini je kan? Kau okey ke tak? Aku boleh pergi sana temankan kau." Ezra bersuara dari hujung talian.
"Abang Ez pergilah sana. Tolong tengokkan kakak ya? Pastikan dia dapat tidur balik. Mama dan papa serahkan pada Ez." Diezel lekas-lekas memberikan arahan kepada Ezra. Ezra mengangguk. Menerusi paparan skrinnya, mereka sempat melihat Ezra menukar pakaian sebelum mematikan panggilan video.
"Makanan macam mana?" Aura membuka mulut. Aylin mengangkat kening. Makanan?
"Okey je. Hari ni tak ada makanan yang berunsurkan daging." Jawab Aylin.
Perhatiannya terganggu beberapa minit kemudian bila kedengaran bunyi ketukan di pintu. Aylin bangkit dari katil perlahan-lahan. Wajah Ezra terpacul di sebalik pintu. Aylin kembali ke katil terlebih dahulu. Meninggalkan Ezra sendiri.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...