Sun Annex
(11.00 Pagi)
Athena berdiri di hadapan bersama Lufian dan Dearil. Daniella pula berada tidak jauh daripada barisan pemimpin utama kumpulan Lodovico. Dia diapit oleh Adam dan seorang lagi pengawal. Lufian awal-awal lagi tidak mengizinkannya untuk berada di barisan hadapan atas faktor keselamatan.
Kata Lufian, selagi dia tidak tahu siapa yang datang bersama rombongan itu, dia tidak akan merisikokan Daniella dalam perjumpaan itu. Cassian pula awal-awal lagi menolak untuk muncul di barisan hadapan untuk menyambut tetamu. Alasannya, dia lebih suka berada di sebalik tabir.
"Ramainya." Komen Daniella apabila semua tetamu mereka melangkah keluar dari kenderaan masing-masing. Daniella hanya mengenali Hilmi selaku Don Lunar. Wakil daripada Emerald pula, hanya Ezra dan seorang lagi jejaka yang sebaya mereka yang ada bersama.
"Semua lelaki ke?" soal Daniella sekali lagi sebelum memandang Adam sekilas. Adam turut sama memanjangkan leher untuk meninjau.
"Ada seorang lagi dekat kereta. Saya tak dapat nak pastikan sama ada dia lelaki atau perempuan." Balas Adam. Daniella hanya mengangguk. Dia mengerling jam tangan sebelum mendekati Lufian di barisan hadapan.
"Excuse me for a while." Kata Lufian bila bahunya dicuit Daniella dari tepi.
"Yes, sayang?" Lufian berkata tanpa segan silu. Daniella yang hendak mengatakan sesuatu pun sempat terkedu. Berani betul suaminya memanggilnya dengan panggilan itu masa-masa macam ni?
"Nak proceed lunch dulu atau meeting?" Daniella berbisik di telinga suaminya. Lufian menegakkan tubuh sebelum mengutarakan soalan yang sama kepada mamanya.
"I would like to proceed with the meeting. Tapi, rasanya lebih baik kita makan tengah hari dulu? Don't worry. Semuanya disediakan oleh my new house manager merangkap my daughter in-law."
Daniella menunduk hormat kepada semua orang bila dirinya sudah diperkenalkan secara rasmi kepada para tetamu mereka. Hilmi kelihatan tersenyum sahaja bila pandangan mereka bersatu.
"Apa khabar, Daniella? Your family at Lunar Palace send their regards. Semua kata yang mereka rindukan awak." Kata Hilmi sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Daniella.
"Aww... rindulah saya dengan mereka kalau encik dah cakap macam tu. Aunty dan uncle sihat?"
Hilmi mengangguk.
"Mereka sihat je. Oh, ya! Sebelum saya lupa. Anak angkat saya datang hari ni. Saya sengaja bawa dia. Katanya nak jalan-jalan. Jangan risau. She won't bring any harm."
"Oh! You got an adoptive daughter?" Athena mengangkat sebelah kening. Setahunya Don Lunar tidak punya keluarga lain. Jadi berita mengenai anak angkat ini agak menghairankanya.
"I know. Saya tak nampak macam tu kan? Tapi saya dah anggap dia macam anak sendiri. She is resting in my car with one of my men. Mabuk kereta. Tak biasa lagi dengan perjalanan jauh. Okey! Now shall we proceed?"
Daniella baru ingin meneka. Siapa agaknya anak buah Hilmi. Tapi dia terpaksa melupakan niatnya bila Hilmi meminta mereka untuk meneruskan acara.
"One of my man will stay with her so that she is free to move everywhere in this mansion. Hmm..." Athena berkata sebelum meliarkan pandangan. Cuba untuk mencari siapa yang boleh diarahkan untuk menjaga anak buah Hilmi di sini.
"Saya stay dengan dia." Hakimi menawarkan diri untuk menjimatkan masa mereka. Athena dan yang lain-lain terus sahaja mengangguk setuju.
"Saya ke mini ballroom dulu ya? See you guys later." Usai meminta diri daripada para ketua, Daniella berpaling ke belakang. Sempat juga dia dan Ezra berbalas lambaian tangan sebelum dia dan Adam bergegas ke mini ballroom yang terdapat di tingkat pertama Sun Annex.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romantizm"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...