Lufian membelah jalan raya bagaikan orang gila. Sudah habis kawasan kumpulan mereka dicarinya. Namun bayangan Daniella tetap gagal dikesan. Dia tidak bersalah! Kali ini dia betul-betul tidak bersalah! Sudah masuk 24 jam Daniella menghilang.
Berita yang tersebar mengenai perkahwinannya bersama model terkenal itu adalah berita palsu semata-mata! Hakimi sudahpun mengambil tindakan undang-undang berkenaan hal itu sebaik sahaja ia mula tersebar. Akan tetapi, semuanya sudah terlambat.
Berita itu sampai ke pengetahuan Daniella lebih pantas daripada yang dijangkakannya. Dia hanya sempat memaklumkan ibu bapanya, Cassian dan Hakimi sahaja. Kalaulah dia mencari Daniella terlebih dahulu, mungkin semua ini tidak akan berlaku!
Air mata yang mengalir diseka pantas. Raut wajah Daniella menari-nari di ruangan mindanya. Di mana lagi harus dia mencari Daniella?
"Come back, sayang. Please. I need you!" Rintih Lufian sebelum menyeka kasar air matanya yang masih berdegil hendak keluar.
"Daniella. Aku tak nak hilang kau balik. Kenapa semuanya hancur balik? Aku cintakan kau seorang je dalam dunia ni. Tolonglah percayakan aku."
Lufian meluah seorang diri dalam kereta. Matanya ditoleh ke kiri dan kanan. Cuba mengesan kalau-kalau ada kelibat Daniella di tepi jalan. Hari sudah lewat malam. Kelmarin dia hanya menghabiskan masa untuk merayau mencari Daniella. Makan dan minumnya sudah tidak teratur kerana fokusnya hanya satu. Cari Daniella sampai dapat!
.
.
.
Keesokan pagi, Lufian terjaga dari lena bila telefonnya tiba-tiba berdering. Mindanya masih dalam keadaan mamai saat itu. Semalam dia berhenti di satu pusat bandar. Oleh kerana terlalu penat, dia hanya memarkir kereta di belakang bangunan kedai kemudian terus melelapkan mata di situ.
"Kau kat mana, bang?" suara Cassian kedengaran di telinganya. Lufian hanya mengeluh. Dia menekap telefon di telinga sebelum menaikkan kembali kerusinya.
Matanya digosok perlahan sebelum mula menganalisa lokasi sebenarnya. Dia tahu tempat ini. Dia pernah ke sini atas urusan kerja dan kalau tidak silap... ini pusat bandar ini adalah kawasan rakan kongsi mereka juga. Lunar.
"Lunar." Jawab Lufian.
"Hah?!" Cassian bagaikan tersentak dihujung talian.
"Aku ada dalam kawasan Lunar. Kenapa?"
"Eloklah tu! Cari sister kat sana. Aku dapat info yang dia ada dekat situ. Dalam jagaan bekas ketua mafia terkenal. Claude Ian Mocha dan isteri dia. Hanna Diezel."
Mata Lufian bersinar serta-merta. Dia kenal kedua individu itu. Terutama sekali Ian. Individu itu merupakan salah seorang ketua mafia yang sangat disegani ketika zaman kegemilangannya dahulu.
"Macam mana dia boleh ada dengan mereka pula?" Lufian menyoal kembali sambil menggosok kepala.
"Aku pun kurang pasti. Macam nilah. Kau pergi jumpa mereka terus dekat Lunar Palace. Aku rasa kau tak perlu bantuan dari kumpulan kita sebab mereka pun bukannya anggota mafia yang aktif. Cuma aku nak kau berjaga-jaga. Don't mess up with the wives of Ian and Alex. Mereka tu khabarnya lagi menyeramkan dari suami mafia mereka dulu. Mereka terlatih tau dalam bidang combat dan weapon handling. Blackbelt master. Diezel tu pula, pengguna samurai Lunar. Bukan calang-calang orangnya. No matter what you do, don't make them mad."
Pesanan yang diberi Cassian membuatkan Lufian risau. Haraplah dia berjaya mendapatkan kembali Daniella dari mereka!
"First thing first, aku kena bersihkan diri dan tukar pakaian dulu. Takkan nak jumpa orang dalam keadaan macam ni?" Lufian menghidu bau badannya sendiri sebelum beredar untuk mencari shopping mall terdekat.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...