Ruby Elite Club
2 Pagi
Lufian memandang sepi gelas berisi minuman beralkohol di tangannya. Hari ini dia sekali lagi membohong Daniella konon-kononnya dia punya kerja yang penting di pejabat. Jadi malam ini sekali lagi dia tidak akan pulang ke rumah agam Lodovico.
Sejak peristiwa Daniella hampir mati demi menyelamatkannya, Lufian mula berasa tidak senang hati malah tawar hati hendak berdampingan dengan wanita lain. Wanita yang langsung tidak punya hubungan dengannya. Rasa bersalah dan berdosa terhadap Daniella sentiasa menghantuinya.
Pada mulanya, dia beranggapan yang ini hanyalah perasaannya semata-mata. Mungkin selepas dia mengalihkan fikirannya dengan kerja pejabat, fikirannya akan kembali seperti sedia kala selepas beberapa tempoh. Tapi tanggapannya ternyata silap.
Jadi hari ini, dia memutuskan untuk menguji dirinya sendiri. Adakah dia benar-benar telah berubah ataupun semua ini hanyalah permainan minda dan perasaannya sahaja? Hanya Hakimi sahaja yang tahu lokasinya pada ketika ini. Pembantu peribadinya itu juga sebenarnya ada bersamanya di sini. Hanya sekadar peneman. Tapi rasanya Hakimi hanya menantinya di kereta.
"Lufian... dah lama I tak nampak you..."
Lana, skandal Lufian muncul dari ruang tari. Entah dengan siapa wanita itu sebelum ini. Lufian meneguk minumannya sekali gus sebelum meletakkannya pada atas meja.
"Sorry. I sibuk dengan urusan company." Balas Lufian. Tangan Lana ditarik rapat ke arahnya sebelum dikucup sekali. Sesudah itu, tubuh langsing Lana langsung ditarik ke arahnya kemudian diletakkan tepat di atas ribanya.
"I rindukan you... rindukan sentuhan you..." rengek Lana sebelum merebahkan diri perlahan-lahan ke arah Lufian.
Lufian menelan air liur. Rasa ghairah mula meningkat secara perlahan-lahan. Tangannya melingkar ke arah tengkuk Lana sebelum bertindak menarik gadis itu rapat ke wajahnya. Tangan Lana pula dibiarkan meliar ke seluruh tubuhnya.
"Let us get a room." Lufian menolak lembut tubuh Lana. Wajah Lana dibelai. Namun pelik. Tidak muncul sebarang rasa teruja seperti biasanya. Tapi, Lufian masih tidak berpuas hati.
Lufian dan Lana masing-masing beredar dari kelab malam tersebut. Langkah diatur ke hotel mewah yang terletak hanya di sebelah Ruby Elite Club.
"Bodoh." Komen Hakimi. Hatinya mendongkol geram memandang Lufian yang ternyata masih belum berubah. Sudah hampir setengah tahun majikannya yang satu ini berkahwin dengan Daniella. Tapi nampaknya Lufian masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berubah.
Sebelum ini dia sempat memuji Lufian dalam diam. Itu pun kerana Lufian nampaknya sudah lama tidak ke kelab malam dan tidur bersama perempuan lain. Sangkanya Lufian sudah berubah seperti yang diharapkan Athena dahulu. Tapi malam ini sangkaannya selama ini meleset dan hancur berkecai.
"Ni kalau Daniella tahu... habis semuanya." Komennya lagi sebelum meraup wajah. Saat kelibat Lufian dan Lana sudah hilang disebalik pintu masuk hotel, Hakimi terus merebahkan diri bersama kerusi pemandu. Lufian selalunya kalau sudah beraksi seperti ini, alamatnya memang pukul 5 pagilah mereka akan pulang ke rumah.
Namun begitu, kira-kira 10 minit kemudian, Hakimi tersentak bila cermin kereta diketuk dari luar. Dia mengalihkan tangan dari matanya dengan pantas. Batang tubuh Lufian yang terpacak di sebalik pintu kereta dipandang dengan penuh rasa hairan.
"Dah?" tegur Hakmi sebaik sahaja Lufian menerobos masuk ke tempat duduk pemandu. Cepatnya?
Lufian dilihatnya hanya mengeluh berat. Baju pun tidak dibutang sepenuhnya hingga ke atas. Dibiar terdedah pada bahagian dada. Macam sengaja pula hendak menayang dada berototnya.
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Roman d'amour"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...