Bab 22

22 4 0
                                    

Aura, Luna, Xandra, Claude, dan Leon masing-masing memeluk erat tubuh Aylin di atas katil. Agak jenuh juga Aylin memujuk mereka supaya berhenti menangis. Selepas Daniella selesai memarahi dan mengucapkan terima kasih tadi, adik-adiknya terus sahaja mengambil alih tempatnya.

"Ni kali pertama kakak rasa disayangi oleh kau orang semua macam ni. Kakak bermimpi ke? Atau... kakak dah mati sebenarnya ni?"

"Kak!!!! Kenapa cakap pasal mati pula ni?! Kita orang risaukan kau, tahu tak?!" Marah Aura. Pelik dengan kakaknya. Kepala kakaknya terhantuk kuat ke? Tapi, dia sendiri sudah melihat keputusan CT-Scan dan juga MRI. Kakaknya tidak punya sebarang kecederaan pada kepala dan juga organ dalaman. Hanya lebam dan luka di luaran sahaja.

Aylin tersengih.

"Auchh..." Aylin mengaduh kesakitan bila cuba mengukir senyum. Hampir lupa dia yang tepi bibirnya terluka. Pelukan adik-adiknya terlepas serta-merta diganti dengan tingkah panik.

"Kenapa?!" soal Aura sekali lagi.

"Takde. Bibir kak sakit ni kan. Nak senyum pun tak boleh. Kak okeylah..." Agak meleret suara Aylin. Rasanya hampir kebas bibirnya menyebut perkataan okey hari ini.

"Lain kali janganlah buat benda bahaya dan bodoh macam tu! Kau ingat kau tu mama ke? Mama tu dah terang-terang terlatih, tahu tak? Kau tu tahu apa je?! Kau tu buat jelah kerja kau macam biasa. Jadi pengganti papa! Kau janganlah cuba nak ceburkan diri dalam bidang bahaya tu!" Aura sambung membebel.

"Betul apa adik kau cakap tu! Aku geram dengan kau, tahu tak?! Aku bersyukur kau sanggup buat sejauh ni untuk lepaskan aku dari Danishall. Tapi, aku tak sukalah kau bahayakan diri macam ni! Aku tak sukalah orang bahayakan diri demi aku. Kau, Lufian, dengan pembantu aku dekat rumah agam tu sama je perangai! Suka buat benda sesuka hati."

Bila namanya turut terpalit, Lufian membuat muka lalu menunding ke wajah sendiri. Mulutnya hampir terlopong bila Daniella hanya menjeling.

"Ingat sayang lupa ke pasal Lana? Huh!!" Daniella melepaskan pegangan suaminya sebelum bergegas kembali ke sisi Aylin.

"Alaaa... kenapa kau nak ingat benda tu lagi? Ni yang aku nak merajuk ni. Aku tahulah apa yang aku buat tu salah, sayang. Tolonglah maafkan aku. Kau tahu kan aku tak ada pilihan lain masa tu?"

"Saya memang dah lama maafkan. Tapi nak lupa tu lama lagilah..." spontan Daniella menjawab.

Aylin dan yang lain-lain menggeleng. Kasihan pun ada dengan Lufian. Tapi tidak mengapalah. Kali ini, biar dia tolong jejaka itu.

"Aku tak korbankan muka cantik aku dan rambut panjang aku yang aku dah bela sejak kecil untuk tengok kau berdua bergaduh dan berpisah tau? Gaduh dan merajuk tu boleh. Tapi, jangan sampai saling berpisah. Okey? Kalau tak, dua-dua aku cari lepas tu aku tuntut dekat mahkamah."

Aura terkedu. Apa yang kakaknya merepek ni?

"Mahkamah apa nak handle kes kau ni?"

"Mahkamah Lunar Palace. Kendalian Claude Ian Mocha dan Chris Alexander Noah." Selamba badak sahaja Aylin memetik nama papa serta Papa Lexnya.

Kali ini hilang terus rasa sebal Daniella. Tawa mula bergema dalam bilik Aylin.

"Kau ni memang pernah nak serius kan? Haih... sayang kau. Aku syukur dapat kenal kau dan semua orang dekat sini." Daniella merebahkan diri sebelum berbaring dalam pelukan Aylin di atas katil itu. Aylin hanya tersenyum.

"Aku dah anggap kau tak ubah macam adik sendiri. Lufian, kau dengar sini. Daniella dah jadi anggota keluarga kami, tau. Apa-apa jadi lepas ni, kau kena hadap kami sekeluarga. Yang ni aku tak gurau. Aku serius. Aku takkan tahan mama tau kalau dia datang dekat kau bawa samurai dia."

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now