Bab 11

67 2 0
                                        

Sun Annex (Bangunan Utama, Pusat Pemimpin Lodovico)

Latihan khas bersama Orland dan Athena sudahpun selesai. Maka bermulalah tanggungjawab Daniella sebagai Pengurus Rasmi bagi rumah agam keluarga Lodovico. Bidang kerja Daniella hanya meliputi hal ehwal dalam dan luaran rumah agam seperti kebajikan pekerja, penyelenggaraan fasiliti di dalam rumah agam, keselamatan rumah agam, dan juga aliran kewangan dalam rumah agam.

Bidang kuasanya hanyalah pada rumah agam. Selain daripada itu, ia dipegang oleh Athena dan Dearil. Pada bulan pertama, dia masih lagi dibantu oleh Orland. Namun pada bulan seterusnya, dia sudah mula bergerak sendiri.

Dia juga sudah punya pejabat sendiri. Hiasan dalaman pejabatnya dibuat lain daripada yang lain. Kalau pejabat yang lain berasaskan warna gelap, Daniella pula lebih memilih warna putih krim. Hiasan dalaman pula berasaskan bunga hidup dan juga bunga plastik premium. Pokoknya, memang kontra dengan keperibadian pemimpin Lodovico yang lain.

Genap tiga bulan Daniella menggalas tanggungjawab sebagai pengurus rumah agam keluarga Lodovico, dia diuji dengan satu situasi yang agak mencabar. Kes serangan seksual dalam kalangan staf rumah agam. Pengadu adalah dari pembantu Starla Annex manakala pelakunya pula adalah salah seorang ahli kumpulan Lodovico.

Daniella duduk di hadapan meja kerjanya sambil menongkat dagu. Adam setia berdiri di belakangnya. Menerusi paparan di komputer ribanya, Daniella dengan pantas meneliti maklumat peribadi ahli Lodovico yang baru diperolehi dalam sistem.

"Marco. 34 tahun. Menurut sistem, awak baru sertai kumpulan ni kira-kira... dua bulan yang lepas. Betul?"

Bunyi dengusan kedengaran dari Marco. Dia memandang Daniella dengan angkuh sambil memandang Daniella dari atas hingga ke bawah.

"So, what?" Jawab Marco. Pasu bunga di tepi meja dijentik perlahan hingga ianya hampir-hampir terjatuh dari meja.

"Biar saya cakap terus terang je. Marco, saya sama sekali takkan toleransi dalam kes macam ni. Saya... bencikan pelaku sexual assault. Tapi, saya akan berlembut dengan awak memandangkan awak adalah ahli baru. Saya bagi awak dua pilihan. Kalau awak mengaku yang awak memang bersalah, saya hanya akan kenakan perintah berkurung dalam bilik isolasi selama seminggu dan gantung keahlian selama dua bulan. Tapi, kalau awak tak nak mengaku, it's okay. Saya akan periksa rakaman kamera litar tertutup untuk buktikan dakwaan Aryana. Sepanjang tempoh siasatan, awak takkan boleh menjejakkan kaki keluar dari rumah agam ni. Saya akan maklumkan kepada unit sekuriti untuk tahan awak dalam rumah ni."

Daniella berkata sambil bangkit dari kerusinya perlahan-lahan. Dia kecil sahaja orangnya. Tidaklah terlalu tinggi. Tapi punggungnya masih boleh duduk dengan selesa di tepi meja.

"Tapi, kalau saya terpaksa guna pilihan kedua... saya nak bagitahu awal-awal. Pilihan tu akan melibatkan Athena ataupun Dearil. Mereka sendiri yang akan berikan hukuman tu. So, it's your choice. My punishment or the others."

Semua orang menyangka yang Marco akan mula mengambil serius akan setiap yang dikatakan oleh Daniella. Namun lain pula reaksi yang dipamerkannya. Marco mula ketawa terbahak-bahak.

Daniella mengerutkan dahi. Dia dan Adam sempat berbalas pandangan buat seketika sebelum Aryana yang tadinya ada di sisi Marco diarahkan untuk bersembunyi di belakang meja oleh Adam.

"This is so damn funny!" ujar Marco sambil mengesat air mata. Puas dia ketawa.

"Kau fikir, lepas Lodovico ambil kau dalam keluarga ni... kau dah jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni ke? Apa bezanya aku dengan Lufian? Ya! Aku mengaku aku ada cuba nak sentuh perempuan ni! Sekarang apa kau nak buat? Hah?"

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now