"Company abang kau yang buat mall ni kan?" Kata Aylin sebaik sahaja mereka memasuki ruangan parkir bawah tanah salah satu pusat membeli-belah terkenal di tempat itu. Mata Aylin yang tadinya meliar mengamati struktur bangunan terus teralih ke arah Cassian.
Dia ralit memerhati cara Cassian mengendalikan stereng kereta. Dengan lengan baju yang disinsing hingga ke paras siku, Cassian nampak sangat seksi! Aylin tidak mahu sia-siakan kesempatan ini. Dia bergegas mengeluarkan telefonnya kemudian menangkap gambar mereka berdua dan juga Cassian seorang sebanyak mungkin.
"Senyumlah sikit. Aku jarang betul nampak kau senyum dekat aku. Kau memang dari kecil tak boleh senyum ke?" Pujuk Aylin sambil mengarahkan kamera ke arah Cassian dari sisi.
"In your dreams..." Cassian menjawab sambil mengeluarkan tangan seketika untuk menarik tiket parkir dari mesin. Tiket tersebut kemudiannya dihulur kepada Aylin di sisi sebelum Aylin sendiri menyelitkannya pada tempat khas di dashboard kereta Cassian.
"Sombong..." Komen Aylin sebelum menyimpan telefonnya dan kembali memandang keluar tingkap. Tapi dia tidak sedar, sebaik sahaja dia berpaling, Cassian terus mengukir senyum.
'Cute.' Cassian berkata di dalam hati.
Cassian memarkir kereta di kawasan yang tidak terlalu terpencil dan boleh dilihat menerusi kamera litar tertutup. Sudah menjadi kebiasaan Cassian, dia mesti membawa senjata tidak kira di mana pun mereka pergi. Kali ini, dia hanya membawa sebilah pisau lipat. Rasanya memadailah sementara menanti bantuan jika terjadi apa-apa.
Cassian terlebih dahulu melangkah keluar selepas menutup enjin kereta. Aylin menjeling. Sangkanya Cassian hendak meninggalkannya di sini. Tapi sangkaanya meleset bila Cassian muncul di sebelahnya sambil membukakan pintu dan menghulurkan tangan.
"Thanks!" Ucap Aylin sebelum senyumannya melebar. Hilang terus rasa kecewanya sebentar tadi. Tangan Cassian dicapai lalu dia pun melangkah keluar dengan cermat. Segala pergerakannya dijaga oleh Cassian. Kepalanya sebentar tadi dilindungi dengan tangannya agar tidak terkena badan kereta saat melangkah keluar.
"Hmm? This is not like you? Bukan kau tak suka aku sentuh kau ke?"
"Can you just shut up and enjoy my love and care for you?" Cassian memandangnya dengan ekspresi wajah dinginnya sambil mengangkat sebelah kening.
"Oppss. Okey!" Aylin lekas-lekas mengetap bibir. Bagi mengelakkan Cassian bertambah marah, lebih baik dia diam.
Tiba di dalam pusat membeli-belah, Aylin terus meliarkan pandangan. Dia tersenyum bila menyedari ada ramai orang di tempat itu. Di tengah bangunan pula ada satu replika hutan mini. Aylin menjadi kagum dengan hasil Lufian. Memang padanlah syarikat pembinaan Lufian terkenal hingga ke pesada antarabangsa.
"Next project Lunar Palace, aku nak papa sign deal dengan company Luf. I love his work!" Puji Aylin.
Cassian membuat muka. Bengang kerana asyik-asyik hasil kerja abangnya dipuji oleh Aylin. Dia mengeratkan genggaman tangan mereka kemudian membawa Aylin jauh dari replika tersebut.
"Kita ni tengah dating. Bukannya buat lawatan sambil belajar." Sindir Cassian. Seperti biasa, Aylin hanya tersengih bila ditegur Cassian.
"Kau nak beli baju dulu ke atau nak jalan-jalan dulu?" Cassian menyoal dengan suara yang tenang. Wajah Aylin dikerling sekilas sebelum dia kembali memandang ke hadapan.
"Nak jalan-jalan dulu. I need your time more than the clothes." Aylin menjawab. Tanpa sedar dia membiarkan emosi gelapnya menguasai diri selama beberapa saat.
![](https://img.wattpad.com/cover/343022592-288-k469546.jpg)
YOU ARE READING
Lufian, His Redamancy
Romance"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Danie...