Bab 19

20 3 0
                                    

Sejak tiba di bilik yang telah ditempahkan Aylin buat Lufian, Daniella kekal berdiam diri dan membatu di ruang tamu. Televisyen dipasang untuk menghilangkan rasa sunyi dan kekok. Daniella kekal bungkam seperti itu, tidak mengendahkan Lufian yang mula menyusun barang-barang yang telah dibelinya hari ini di tengah ruangan itu.

Bilik yang ditempah Aylin adalah Royal Suite Gold, bilik yang termahal sekali di dalam hotel ini. Sebelum masuk ke bilik ini, Ian terlebih dahulu memberikan makluman kepada Lufian. Pintu masuk bilik ini dikawal rapi dengan kamera litar tertutup. Semua cermin tingkap juga adalah kalis peluru. Jadi, aspek keselamatan tidak akan menjadi satu masalah buat mereka.

"Sa... sayang? Kau okey ke? Kenapa kau senyap je dekat situ?" Lufian bersuara dari sisi. Hanya memerhati raut wajah Daniella dengan rasa gelisah.

"Honeybunny..." kali ini Lufian langsung berlutut tepat di hadapan Daniella. Kaki Daniella dipeluk rapat sebelum dia menyembamkan wajahnya pada paha isterinya. Dengan wajah yang monyok, Lufian menongkat dagu pada paha Daniella sebelum memandang wajah isterinya.

"Apa pegang-pegang ni?" Daniella akhirnya mengeluarkan suara.

"I'm sorry. Please? Aku cintakan kau seorang je. I will never cheat on you again. Never in this life time or next life. Kalau aku mungkir janji, Aunty Diezel sendiri yang akan kejar aku lepas tu penggal kepala aku. Bukan aunty tu je, mama? Kau lupa mama? Tu, kawan baik baru kau tu. Aylin. Aku rasa sebelum aunty dan mama sempat tangkap aku, dia lebih dulu kerjakan aku nanti tau?" Bebel Lufian tanpa beralih walau sedikitpun dari posisinya saat itu. Kecil besar saja pandangan Daniella terhadapnya saat itu.

"Sukalah tu jadi tumpuan perempuan dekat tempat awam! Hmmph! Tak sukalah! Perempuan zaman sekarang ni memang tak tahu malu ke? Dah orang tak nak, dah beristeri, masih nak menggatal!"

"Eh?" Pegangan Lufian terlepas juga. Kini dia hanya memandang Daniella dengan pandangan pelik. Pelik dan hairan kerana Daniella tiba-tiba membuka mulut mengenai peristiwa di lobi tadi. Tapi, kalau diingat berdasarkan bait bicara Daniella...

"Kau... kau cemburu ke, honeybunny?"

PAKKK!!! PAKKKK!!!!

Dua tamparan yang agak kuat hinggap pada bahu dan lengan kekar Lufian. Oleh kerana masih bingung, Lufian langsung tidak memberikan reaksi. Dia sebaliknya hanya fokus memandang raut wajah Daniella. Seperti biasa, kulit putihnya berubah kepada merah jambu kerana menahan rasa geram dan marah.

"Isteri mana yang tak cemburu?! Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya tengok awak dengan perempuan lain macam tu?! Saya... saya cuba untuk faham situasi awak. Awak ni orang yang terkenal, kacak. Bak kata Aylin, pakej semua lengkap. Perempuan mana je yang takkan jatuh hati pada awak?!"

"Kenapa kau nak cemburu, honeybunny? Sedangkan kau sendiri pun aku masih tak berjaya miliki sepenuhnya, kau fikir aku nak buang masa ke nak layan perempuan lain? Kau tak rasa ke yang... lebih baik aku menggatal dengan isteri aku sendiri berbanding perempuan lain yang entah apa asal-usulnya di luar sana tu?" Suara Lufian berubah nada. Suara garau dah kerasnya bergema saat dia perlahan-lahan bangkit dan merapatkan wajah dengan Daniella.

Kini Daniella sudah tersandar pada sofa. Lufian berlutut sebelah kaki di sisi Daniella sebelum menguncikan tubuhnya menggunakan kedua tangan. Posisi mereka saat itu menyebabkan Daniella dapat merasa dengan jelas setiap hembusan nafas Lufian.

Perasaan aneh yang pernah dirasakan Daniella tempoh hari muncul kembali. Dia tahu yang Lufian sedang cuba untuk menggodanya. Apa yang perlu dia lakukan sekarang? Mengelak seperti biasa? Tapi, sampai bila dia mahu mengelak? Sampai bila dia mahu mengecewakan Lufian?

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now