Bab 8

25 3 0
                                    

"Ugh... what now, woman?"

Lufian mengeluh berat bila terlihat kelibat Lana di luar pintu utamanya. Dia baru hendak bergerak pulang. Dia pulang ke rumahnya pun untuk mengambil dokumen syarikat yang tersimpan di bilik bacaannya. Menyesal pula dia meminta Hakimi untuk pulang terlebih dahulu tadi. Kalau tidak, bolehlah dia meminta Hakimi untuk menghalang perempuan ini daripada mendekatinya.

"Luf! Tak adil you buat I macam ni! Sebelum ni you okey je dengan I walaupun you dah kahwin dengan wife you!" Bentak Lana sambil terus mengekori langkah Lufian kembali ke dalam rumah.

Lufian semakin kesal kerana Lana nampaknya masih bertekad untuk mengekorinya. Menyesalnya dia dengan sikap jijiknya dahulu!

"Lana, you faham tak maksud... insaf? Taubat? Cuci tangan? I dah tak buat benda tu semua. Sekarang ni, dalam hidup I hanya ada isteri I. So, please. Step away and don't ever appear in front of my face again. You are so disgusting!"

Lufian menepis tangan Lana daripada terus memegang lengannya. Rasa tidak selesa bila ada wanita lain menyentuhnya seperti itu. Kedengaran hipokrit bila seorang Lufian berkata sedemikian. Namun itulah hakikatnya.

"Please. One last time. Lepas ni, I janji takkan cari you lagi dah. Lagipun ni semua salah you! You tinggalkan I macam tu je malam tu! I dah on tapi you tiba-tiba tinggalkan I! Please! Just this once. Sleep with me for the last time. For our old fling sake."

Lana menyentuh rahang Lufian. Disebalik renungan tajam dan dingin Lufian, Lana tahu yang jejaka itu bakal menolak. Sebab itulah dia sudah mengatur siap-siap rancangannya.

"Don't touch me like that, bitch. Get your hands of me!" Lufian menepis kasar tangan Lana yang menari-nari di wajahnya.

"If you agree... I will stop my dad from attacking the mansion tonight. 7 pm. Clock is ticking. I already make sure that the main target is... your wife." Bisik Lana. Mata Lufian membulat. Lana ditarik jauh dari tubuhnya kemudian dia menentang tajam pandangan mata gadis itu.

'Sial! Aku lupa Lana ni anak perempuan kepada ketua Serpent! Lana tak bergurau.'

Sedang Lufian asyik berperang dengan diri, dia tiba-tiba mendapat notifikasi daripada Hakimi. Hakimi memberikan makluman yang rumah agam mereka kini dikelilingi dengan kereta-kereta dari Serpent. Seluruh rumah agam dalam keadaan berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan serangan.

"Dengar sini. Ini kali terakhir aku buat benda ni dengan kau. Kalau aku setuju, kau kena batalkan serangan tu sekarang juga."

Lana tersenyum gembira. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mula mendail nombor telefon papanya.

"Papa. Abort mission."

Sebaik sahaja Lufian terdengar Lana memberikan arahan tersebut, hati Lufian hancur. Sekali lagi dia terpaksa mengkhianati cintanya terhadap Daniella. Sekali lagi dia terpaksa mengkhianati wanita yang tulus mencintainya. Dengan kasar Lufian menarik tengkuk Lana menghampirinya.

"Remember your own words. This is our last. Isteri aku kena selamat dari serangan tu. Aku takkan biarkan dia terluka gara-gara aku. Kalau kau mungkir janji, aku sendiri akan cari dan bunuh kau!" Lufian langsung mengucup kasar bibir Lana lalu membawanya naik ke bilik tidur di tingkat atas. Dia mahu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Biar semuanya selesai dengan pantas.

Daniella keluar dari perut kereta sebaik sahaja Hakimi selesai meletak kereta. Adam berdiri tepat di sisinya bersama senjata sebagai langkah berjaga-jaga.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now