Bab 14

17 3 0
                                    


Menerusi jendela dari bilik tidurnya di Astria, Daniella masih boleh mengintai ke arah taman rumah agam. Dia baru sahaja selesai menjamah makanan tengah hari bersama Lufian. Matanya dihala ke arah pokok mangga. Seakan terlihat kelibat Adam dan seseorang yang tergantung di sana.

"Luf! Luff!!!!" Laung Daniella tanpa mengalihkan pandangan dari cermin tingkap. Lufian yang tadinya sedang mencuci tangan dan muka bergegas mendapatkan Daniella.

"Ada apa? Buat terkejut je." Lufian menjawab sebelum turut sama memandang ke arah yang ditunjukkan Daniella.

"Apa tu? Siapa tu? Marco ke?"

Daniella menyangka yang itu adalah hukuman Marco. Walhal realitinya, Marco sudahpun selesai menjalani proses mendebukan diri. Erti kata lain, Lufian sudah puas menyeksanya sehinggalah roh Marco berpisah dari jasadnya. Saat ini, mungkin jasadnya sudah selesai dikremasi. Tapi, perkara ini disembunyikan sahaja daripada pengetahuan Daniella.

"Bukanlah. Tu Cassian. Mama yang hukum dia."

Spontan kepala Daniella berpaling ke arah Lufian. Dia menunggu Lufian mengukir sengihan ataupun senyuman. Tapi malangnya wajah Lufian kekal dingin dan serius. Seperti riak wajah biasanya. Itu menandakan yang Lufian memang tidak bergurau dan memang betul Cassian sedang menjalankan hukuman yang pelik itu!

"Sejak bila lagi?"

Lufian mengangkat bahu. Tapi Daniella lekas-lekas memuncungkan bibir. Dia yakin Lufian tahu! Mustahil Lufian tidak berjumpa dengan Athena terlebih dahulu tadi sebelum menjatuhkan hukuman buat Marco.

"Luf..." Daniella sekali lagi cuba memujuk Lufian agar memberitahu apa sahaja maklumat mengenai hukuman yang dijalani Cassian saat itu.

"Pedulikanlah dia tu. Buat apa sayang nak kisahkan dia? Dia sendiri yang cari masalah!" Lufian membalas dengan nada geram. Dari jauh dia melemparkan jelingan sebelum terus berlalu dari situ.

Dia baru sahaja hendak berbaring di atas katil Daniella. Namun secara tiba-tiba Daniella melompat tepat di hadapannya. Lufian mengangkat kening. Dia merenung jauh ke anak mata Daniella. Sepasang mata yang unik dan cantik.

"Luf..." Daniella menekup kedua pipi Lufian dengan pantas. Memandangkan suaminya sangat tinggi, terpaksa dia menjengketkan kaki hingga memaksa Lufian menundukkan sedikit paras kepalanya.

"Apa lagi? Kalau pasal Cass, aku tak nak toleransi. Dia yang cari pasal dulu." Lufian masih dengan keputusannya. Enggan membuka mulut mahupun mengambil kisah akan Cassian.

Daniella sudah agak yang Lufian akan tetap berdegil. Oleh sebab itu, dia sudah menyediakan satu rancangan khas untuk meruntuhkan tembok kedegilan suaminya. Kali ini, dia menarik rapat wajah Lufian dengan wajahnya.

Daniella merenung tepat ke arah mata kiri, kemudian beralih ke mata kanan, dan akhirnya jatuh kepada bibir Lufian. Sesudah itu, tiga kucupan diberi. Satu di dahi dan dua lagi masing-masing pada pipi kanan dan kiri Lufian. Teknik yang pernah dilihatnya di TikTok sebelum ini. Triangle eye trick.

Tepat seperti jangkaannya, wajah tegang Lufian berubah kendur. Tidak ada lagi kedutan di tengah dahi suaminya. Malah diganti dengan riak seakan kebingungan dan agak tidak keruan.

"Now, tell me apa yang mama dah buat dekat Cassian."

Lufian akhirnya mengeluh. Tangan Daniella di pipi disentuh kemudian dibawa ke dada. Dia seboleh-bolehnya ingin menyembunyikan wajahnya yang sudah merona merah. Dia rasa berbahang kerana malu dan segan dengan usikkan Daniella sebentar tadi.

"Adam!!"

Akhirnya individu yang dinantikan tiba juga. Daniella kelihatan berlari anak menuju ke arah Adam yang hanya santai di bawah pokok dan Cassian yang tergantung di dahan. Lufian ada di belakang. Berjalan sambil menyeluk kedua tangan pada poket seluar. Berdasarkan riak wajah Lufian, Adam yakin yang Daniella baru sahaja memaksa Lufian untuk membawanya ke sini sekaligus menyelamatkan Cassian.

Lufian, His RedamancyWhere stories live. Discover now