"Lutfiyah, bangun subuh." Tubuh kecil Lutfiyah digoncang perlahan oleh Lais.
"Hmmmmm 5 minutes." balas Lutfiyah. Mata masih terpejam rapat.
"Banyaklah 5 minutes kau. Dah nak pukul 6.30 dah ni. Cepat bangun!." Selimut yang menutupi tubuh Lutfiyah direntap kasar oleh Lais.
"Ishhh! Lais ni kan! Kedekut lah. 5 minit pun nak berkira dengan orang!." Lutfiyah terus duduk tegak sambil memberontak.
"Tak ada kira kedekut ke apa. Ini kan perintah Allah. Boleh ke cakap dekat Allah minta diskaun 5 minit.? Tak boleh kan." Bidas Lais dalam satu nafas.
"Yelah yelah. Orang nak bangun lah ni." Lutfiyah terus nekad bangun dari katil dan ingin menuju ke bilik air.
"Basuh muka, gosok gigi dan ambil air wudhuk. Aku tunggu. Jangan lambat sangat." Pesan Lais lembut.
"Aamiin." Selesai Lais membaca doa dan sekaligus menjadi imam kali yang pertama buat Lutfiyah.
Tubuh Lais dipusingkan ke belakang melihat Lutfiyah yang sudah tertunduk-tunduk menahan mata yang memberat.
"Fiyah.." lembut suara Lais memanggil seraya tangan kekarnya naik mengusap perlahan kepala Lutfiyah yang dibaluti telekung.
Tak semena-mena Lutfiyah mengangkat kepalanya. Tangan Lais dihulurkan kepada Lutfiyah.
"Nak apa?" Soal Lutfiyah kebingungan.
"Nak salam lah. Dah siap solat kan?" Soalan dibalas soalan. Sejujurnya Lais juga sedikit gentar dengan setiap tindakannya. Tetapi entah mengapa hatinya menjadi lembut sahaja apabila menatap wajah Lutfiyah. Tidak ada pun tercalit rasa lain seperti yang dikatakan ahli keluarga Lutfiyah.
"Oh. Kena ke?" Lutfiyah selamba bertanya.
"Kena ke? Lupa pula nak pesan. Yang malam tadi tu, undang-undang aku yang pertama. Yang itu pun kau tak ikut. Boleh kena denda tau. Yang ini pula undang-undang yang kedua. Mesti salam selepas solat. Tak ikut juga...double denda." Panjang lebar Lais menerangkan.
"Tahu lah awak tu peguam. Tak payah lah nak tetapkan banyak sangat peraturan dan undang-undang!" Marah Lutfiyah tetapi tangan menyambut juga salam Lais.
Tersenyum Lais melihat tingkah laku sang isteri.
"Banyak betul mulut budak kecik ni kan? Tak padan dengan kecik." Perli Lais sambil tangan sedang melipat sejadah miliknya dan Lutfiyah.
"Amboi amboi amboi cik abang oi. Suka hati je panggil orang budak kecik. Orang dah 19 tau! Dia yang dah tua. Cemburu lah tu!" Omel Lutfiyah.
Tersengih Lais apabila Lutfiyah menggunakan gelaran cik abang.
"Baru 24 tahun. Datang mana tuanya."
"Dahlah Lais, penat lah layan awak ni."
"I have a few questions to ask you, Lutfiyah Dalila." Tiba-tiba suara Lais bertukar tegas. Nama penuh Lutfiyah disebut.
Lutfiyah yang baru berangan-angan ingin membuka telekung terus terbatal niat. Duduk semula di lantai berhadapan dengan Lais.
"Apa?" Tanya Lutfiyah malas.
"Fiyah pun terpaksa ke dengan perkahwinan ini?" Soal Lais berhati-hati.
"Ya. Terpaksa dan dipaksa. Orang taknak pun kahwin. Tapi umi tak habis cakap bukan-bukan tentang Fiyah. Suka sangat aturkan kehidupan orang."
"Cakap bukan-bukan? What do you mean hmm?"
"Lais nak tahu ke?" Tanya Lutfiyah perlahan. Keluhan berat dilepaskan.

YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romantizm"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...