27

25 1 0
                                    

Lais mendesah perlahan. Kepala sekejap berpusing ke kiri. Kemudian ke kanan pula. Tidak lena tidurnya. Suara itu. Suara yang sangat dikenalinya. Kenapa suara itu memanggilnya?

"Awak! Cepatlah datang amik Fiyah!"

"Lais! Cepatlah bila awak nak sampai ni?!"

"Fiyah!" Lais terjaga dari tidurnya. Mimpi. Dia mimpi Lutfiyah.

"Allah... Allahuakbar." Lais meraup wajahnya berkali-kali. Mulut tidak berhenti menyebut kalimah 'Allah'.

Dia bermimpi Lutfiyah. Lutfiyah panggil Lais. Lutfiyah sedang menunggunya.

"Weh Izz? Kau kenapa?" Emir menerjah masuk ke dalam bilik Lais setelah mendengar jeritan kuat Lais. Emir telah menawarkan dirinya untuk menemani Lais semalaman memandangkan perkara yang sudah terjadi ini. Risau juga jika perkara yang sama berlaku kepada Lais pula.

Kes kehilangan Lutfiyah juga telah dimaklumkan kepada keluarga Lutfiyah  dan Lais melalui panggilan telefon tadi. Encik Bahri jelas sedikit terkejut dan risau. Namun Puan Maryam dan Laila hanya beriak biasa. Apa yang mereka komenkan hanyalah menambah sakit di hati Lais sahaja.

Boleh pula Puan Maryam berkata bahawa Lutfiyah itu hanya mengada-ngada dan sedang menunjukkan protesnya sehingga sengaja lari membawa diri.

Puan Rashidah dan Encik Adam pula sudah berjanji untuk ke rumah Lais pada esok paginya membincangkan hal ini.

"Aku...aku mimpi Fiyah." Lais tunduk seketika sebelum mengangkat semula kepalanya memandang Emir yang sudah mengambil tempat di kerusi meja solek berhadapan dengan katil.

"Kau mimpi apa?" Emir juga ingin tahu. Siapa tahu mungkin mimpi Lais membawa alamat di mana keberadaan Lutfiyah. Firasat dan naluri seorang suami juga kadangkala boleh dipercayai.

"Aku dengar suara dia. Suara dia panggil aku. Dia tanya aku dekat mana. Dia suruh aku ambil dia." Gugur air mata jantan Lais.

"Fiyah mir...Fiyah. Dia mesti tengah perlukan aku sekarang." Lais menangis.

"Sabar Izz. Aku tak ada bini, tapi aku ada adik perempuan. Aku faham perasaan kau. Kalau adik aku hilang pun aku mesti orang kedua paling risau." Emir mendekati Lais. Bahu Lais ditepuk perlahan menyalurkan kekuatan. Dia sangat kenal seorang Izz Lais. Lais bukan seorang yang mudah mengalirkan air mata. Dia seorang yang sangat tinggi adabnya dengan semua orang di sekeliling tetapi kalau bab sayang dan cintanya hanya untuk orang yang layak sahaja. Dia menangis kerana Lutfiyah tanda dia benar-benar sayangkan gadis itu.

Lais berhenti menangis seketika apabila mendengar ayat hujung yang diperkatakan Emir tadi.

"Kenapa kau jadi orang kedua pula?"

"Sebab orang pertama yang risau mestilah mak dengan abah aku. Aku selalu turn on do not disturb mode dekat telefon. Jadi aku mungkin orang kedua yang baru dapat tahu adik aku hilang dan masa tu aku jugalah  jadi orang kedua yang akan risau." Panjang lebar Emir menerangkan dengan mendapat anggukan faham daripada Lais.

"Eh bengong! Kau ni aku tengah sedih lah! Kau buat lawak bodoh pula!" Lais tersedar dengan apa penerangan Emir. Ditepuk kuat semula bahu Emir.

"Eh apa benda?! Aku cakap benda betul lah ni. Aku practice awal-awal nanti tak kalut kalau adik aku hilang macam Fiyah!." Emir tegak berdiri cuba mengelak pukulan Lais.

"Banyaklah kau punya practice. Apa kau ingat kes bini aku ni boleh masuk buku teks sejarah?!" Lais membaling segala bantal yang berada di atas katil ke arah Emir. Emir pula pandai mengelak dan melarikan diri sehingga ke pintu bilik bersedia untuk keluar.

"Ish dahlah Izz! Daripada kau membebel lebih baik kau buat solat hajat untuk bini kau."

Lais berhenti menyerang Emir. Dia diam tidak berkutik seketika. Perasaan sedih tadi datang semula.

"Aduh mula balik dah drama air mata kau!" Emir mendengus.

"Tak apalah kau layanlah dulu perasaan kau tu. Aku nak sambung makan. Sebenarnya tadi aku masak maggie kat bawah. Sorry lah tak minta izin. Aku ambil sebungkus je maggie tomyam kat dapur tu. Terima kasih Izz!" Tanpa banyak kata lagi Emir terus meninggalkan Lais. Takut nanti mi segera itu kembang!

Lais masih diam.

"Aku rindu budak kecik." Perlahan suara Lais kemudian tangan naik menekup muka. Menangis.

Vote pastu comment pastu share lah pastu...
Ok thanks

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now