04

8 1 0
                                    

HARI berganti hari, kini merupakan hari terakhir Lutfiyah akan menduduki peperiksaan SPM. Walaupun dalam masa lebih kurang sebulan ini banyak dugaan dan rintangan yang dihadapinya, dia tetap teguh dan cuba menghadapinya dengan tenang.

"Angah!." Lutfiyah yang baru sahaja balik daripada sekolah itu terus menyapa Harith yang berada di halaman rumah membasuh motosikalnya.

"Eh adik, awalnya balik." Terkejut Harith apabila disergah oleh Lutfiyah dari arah belakang. Nasib sahaja air itu tidak dipancutkan ke arah Lutfiyah.

"Angah baru ingat nak ambil adik lepas habis cuci motor ni." Harith berbisik-bisik takut didengari oleh Puan Maryam dan Encik Bahri.

"Hehe. Kalau ikutkan memang nak lepak-lepak dengan kawan-kawan sebelum balik tadi. Yelah, hari ni kan hari terakhir sekolah. Tapi tak jadi sebab adik takut hari hujan. Nanti basah kalau adik balik." Lutfiyah mengadu dengan Harith. Kawan-kawannya yang lain memang sudah merancang untuk pergi makan-makan selepas habis peperiksaan nanti tetapi hanya Lutfiyah sahaja yang tidak dapat mengikuti.

"Lah, kenapa tak pinjam telefon cikgu tadi telefon angah. Kan boleh pesan awal-awal dekat angah. Nanti angah pergi jelah ambil adik kalau dah habis."

"Hmm tak apalah angah. Benda dah lepas dah pun."

"Ni kereta siapa tu parking dekat luar?. Bukan main bising saja rumah." Lutfiyah memuncungkan bibirnya ke arah kereta Alphard putih yang elok berada di depan pagar rumahnya.

"Kawan Umi dan Abi. Adik pergilah tengok sana. Salam dulu makcik tu sebelum masuk bilik." Harith membalas dengan nada perlahan. Kalau boleh semua benda mahu dibisik biar dia dan Lutfiyah sahaja yang tahu.

"Baiklah encik. Saya masuk dulu ya encik. Tumpang lalu." Lutfiyah terus melangkah di hadapan Harith. Sempat juga dia melawak kepada Harith. Dengan siapa lagi dia boleh bermesra sebegitu di dalam rumah ini. Hanya Harith sahaja yang selalu melayan karenah nya. Hanya Harith sahaja yang menyayanginya.

"Eh adik, dengar je tau cakap Umi. Jangan bantah. Ada tetamu tu. Nanti Umi naik angin adik juga yang kena marah. Angah tak nak adik kena tengking depan tetamu. Adik kan perempuan, perempuan kena jaga maruah dia elok-elok tau." Pesan Harith kepada Lutfiyah.

Lutfiyah senyum. Inilah Harith. Sangat memahami.

"Baik angah. Adik ingat pesan angah selalu." Lutfiyah senyum sekali lagi dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"FIYAH taknak Umi!." Pertama kali Lutfiyah berani menentang apa yang dicakap oleh Puan Maryam.

"Amboi berani ya kau sekarang tinggikan suara dengan aku?! Berani ya kau! Biadap! Kau ni memang anak tak guna!." Tangan Lutfiyah ditarik kuat sehingga gadis itu jatuh ke lantai. Penyangkut baju diambil kemudian dilibas kuat di belakang badan Lutfiyah.

"Umi sakit Umi...!." Meraung-raung Lutfiyah apabila badannya dipukul berkali-kali tanpa belas kasihan.

"Kau ni memang dasar anak tak kenang budi! Eh kau ingat kau boleh berjaya dan cemerlang ke belajar kau kalau tak ikut cakap aku?! Hah?! Memang aku akan doakan hidup kau tak pernah senang lah lepas ni!." Tak cukup di badan habis kaki pula dilibas kuat oleh Puan Maryam. Laila pula sibuk merakam menggunakan telefon bimbit situasi ini. Untuk apa? Untuk dijadikan tatapan pada hari kemudian.

"Umi!." Harith yang baru sahaja selesai solat fardhu Asar daripada biliknya terhenti apabila mendengar suara kuat Lutfiyah daripada dalam bilik adiknya itu.

Terbeliak matanya apabila melihat Lutfiyah yang sudah terbaring di lantai. Puan Maryam pula sedang memijak-mijak kepala Lutfiyah.

"Adik!. Umi berhenti Umi!." Harith cuba untuk menarik Puan Maryam daripada terus memijak Lutfiyah tetapi Laila lebih cekap. Ditarik lengan Harith dengan kuat sehingga Harith juga terjatuh ke lantai sama bersebelahan dengan Lutfiyah.

"Eh angah kau jangan nak menyibuk ya! Kau kalau nak rasa juga padahnya kau masuklah campur memang kau mati dulu!." Kuat Laila memberi amaran. Telefon yang sedang merakam di tangan masih setia.

"Apa ni Yam bising-bising?" Encik Bahri turut masuk ke dalam bilik Lutfiyah melihat pergaduhan anak-beranak itu.

"Ni anak abang ni kan?! Ni dua ekor ni memang aku nak hantar mereka masuk neraka cepat-cepat! Dasar anak tak kenang budi!. Eh memang patutlah keputusan yang aku buat untuk kahwinkan engkau cepat-cepat! Sebab apa?! Sebab aku taknak tengok lagi mula buruk dan hodoh kau tu jejak dalam rumah aku!." Ditunjal-tunjal kepala Lutfiyah.

"Umi! Yang Umi kata buruk tu anak Umi tau! Buruk macam mana pun rupa adik, dia tetap anak Umi! Umi yang lahirkan dia!." Tegas Harith bersuara cuba untuk membela nasib Lutfiyah.

"Oh jadi kau pun sama-sama lah dah jadi biadap macam adik kau?! Dasar bodoh! Aku laknat lah kehadiran korang berdua dalam hidup aku!."

"Astaghfirullah Umi! Bawa mengucap Umi!." Kuat Harith menengking Puan Maryam. Tidak disangka sebegitu sekali kata-kata yang dilontarkan oleh Puan Maryam sebagai seorang ibu.

"Harith Iskandar! Kamu tengking Umi kamu? Depan Abi kamu tengking Umi kamu?!." Kuat tempikan Encik Bahri seraya tangan naik dan terus menampar pipi Harith. Sangat kuat tamparan itu.

"Angah!." Lutfiyah mengengsot perlahan badannya yang sudah lemah ke arah Harith. Harith terus menarik Lutfiyah ke dalam pelukannya.

"Kau berdua memang patut mati sejak lahir lagi lah! Aku menyesal lahirkan anak macam kau!."

Puan Maryam sekali lagi memukul Lutfiyah sekaligus Harith tanpa berhenti. Menangis kuat Lutfiyah di dalam pelukan Harith.

Puan Maryam hilang kawalan. Gunting kertas yang berada di atas meja belajar Lutfiyah dicapai. Encik Bahri pun tergamam seketika melihat tindakan isterinya. Laila juga turut terpaku.

"Pergi mampus anak tak guna!." Kuat jerkahan Puan Maryam dan terus menusuk mata tajam gunting itu ke badan anaknya.

"Umi!." Gunting yang sepatutnya ditikam ke arah belakang badan Lutfiyah telah dihalang oleh Harith. Harith yang terkena tusukan itu.

"Mati kau! Mati kau!." Tusukan itu berkali-kali. Kalau dikira sebanyak 7 kali.

"Umi! Berhenti Umi! Berhenti!." Lutfiyah menjerit berkali-kali. Tangan uminya ditarik daripada terus menerus menikam Harith. Air mata usah dikata. Habis basah mukanya.

"Yam sudah Yam! Cukup Yam!." Encik Bahri terus nenarik Puan Maryam ke belakang. Gunting yang berada di tangan isterinya diambil dan dibaling jauh.

Laila pula terus mematikan rakaman dan terus menjatuhkan telefon ke lantai. Badan dibawa mendekati Puan Maryam.

"Umi..umi macam mana ni Umi?!." Laila menjerit kuat seraya kuat menepuk lengan Puan Maryam. Puan Maryam kaku terduduk dengan kedua belah tangan yang diselaputi dengan darah pekat milik Harith. Badannya tersandar di suaminya.

"Sabar Laila, sabar." Encik Bahri cuba menenangkan keadaan yang haru biru sekarang ini.

"Angahh!!!!." Lutfiyah sudah meraung kuat sambil menggoncang tubuh Harith yang berada di pangkuannya. Harith sedang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sahaja.

"A-adik jaga diri adik. Angah sayang adik. Adik akan bahagia nanti. Percayalah pada angah." Tangan Harith naik mengusap pipi Lutfiyah.

"Laila... telefon." Itu kata terakhir yang disebut Harith. Walaupun terlalu perlahan dan samar-samar tetapi masih mampu didengari dan difahami Lutfiyah. Selepas itu, Harith terus menutup mata.

"Angahhhh!!! Jangan tinggalkan adik!." Lutfiyah menangis teresak-esak.

"Umiiii!!! Umi bunuh angah!!." Lutfiyah tajam menikam anak mata Puan Maryam.

Puan Maryam masih kaku dan terkejut dengan semua yang terjadi. Dia umpama dirasuki oleh sesuatu. Bukan kehendak dia sehingga ingin membunuh anak sendiri.

Dia terus menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Bukan! Bukan aku!." Puan Maryam menutup kedua belah telinganya menggunakan tangan. Mata dipejam rapat. Dia trauma dan takut. Takut dengan dosa serta perlakuan dia sendiri.

Perbuatannya memakan diri dia sendiri.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now