16

10 1 0
                                    

"Lais!"

"Lais!"

"Awak!" Lais yang sedang menyediakan sarapan pagi di dapur tersentak apabila namanya dijerit dari tingkat atas.

"Ya?" Laju langkah Lais bergerak ke ruang tamu dan menjawab panggilan Lutfiyah.

"Lais..."

"Ya nak apa? Pagi-pagi buta kau dah memekak lah. Aku tengah masak ni." Balas Lais perlahan.

"Oh tak ada apa cuma nak cakap selamat pagi je." Lutfiyah membalas dengan senyuman.

"Hmm penatlah layan karenah kau ni. Dah cepat turun budak, aku nak sediakan dulu makanan." Lais terus meninggalkan ruang itu dan berlalu semula ke dapur.

"Sedap tak?" Soal Lais lembut.

Lutfiyah mengangguk kepala berkali-kali kerana mulut masih penuh.

"Harini aku cuti. Nak keluar mana-mana ke?"

"Nak! Nak pergi jalan-jalan. Bosan duduk rumah!"

"Boleh. Lepas makan siap terus."

"Lais...Fiyah belum habis cakap lagi dengan Lais. Awak ni sebenarnya kenapa semalam?" Tanya Lutfiyah.

"Tak ada apa. Saja je nak kenakan budak tak matang macam kau." Selamba balasan Lais.

"Oh saja je. Lain kali cakap awal-awal. Boleh Fiyah pun bersiap sedia kenakan Lais."

"Heh. Aku dah insaf dah. Taknak buat lagi. Takut lepas ni kena tidur luar pagar pula." Perli Lais.

"HAHAHA itulah balasannya! Lais jangan main-main dengan Fiyah tau!"

"Kau cuti sebulan kan budak kecik?" Lais bertanya kepada Lutfiyah. Mereka berdua kini sedang berjalan-jalan di mall.

"Ya. Kenapa?."

"Pagi tadi mummy telefon. Maklong dan Paklong aku ajak buat hari keluarga minggu depan." Terang Lais.

"Tapi awak kerja kan?." Tanya Lutfiyah semula sambil menyuap gula-gula kapas di dalam mulut. Sempat lagi tadi Lais berhenti di salah satu vendor semata-mata membelikan Lutfiyah gula-gula kapas tanda permohonan maaf malam tadi.

"Memang kerja. Minggu depan lagi sibuk. Banyak kes nak kena siapkan." Keluh Lais perlahan.

"Kalau macam tu tak payah pergi. Senang." Selamba Lutfiyah memberikan pandangan.

"Tapi Maklong tu dah tempah siap-siap bilik untuk kita berdua. Katanya dah siap bayar semua, tinggal check in saja. Mummy dan daddy pun ikutkan saja. Cuma adik jelah tak tahu dia ikut atau tidak." Izz Luqman iaitu adik Lais yang berada di Maktab Rendah Sains Mara itu jarang-jarang balik walaupun ada cuti. Selalunya dia dan rakan-rakannya akan bercadang untuk habiskan masa cuti mereka dengan mengulangkaji atau mengikuti mana-mana kelas tambahan yang diadakan.

"Kalau Lais tak pergi, Fiyah tak nak pergi. Segan."

"Kenapa nak segan. Mummy dan daddy kan ada?" Tanya Lais semula.

"Nanti ada sedara mara awak yang lain."

"Nantilah kita fikir pasal benda ni ya? Sekarang nak ke mana budak?" Lais menggamit tangan Lutfiyah sambil menghayunkannya berkali-kali.

"Karaoke!" Lutfiyah terjerit kecil tanda setuju dengan cadangannya.

"Bila kita mencintai yang lain
Mungkin kah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If you love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Disini surga kita"

Terpegun Lutfiyah seketika apabila Lais menyanyikan lagu 'My heart' itu. Mata Lais tepat sahaja memandang ke dalam anak mata Lutfiyah semasa bernyanyi seolah-olah lagu ini ditujukan khas buat dirinya.

"Sambung cantik." Lais menghulurkan sebuah lagi mikrofon kepada Lutfiyah menyuruh gadis itu nyanyi juga.

Lutfiyah menyambut huluran itu dan teragak-agak untuk menyambung.

"Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang"

Lutfiyah senyum kepada Lais sebelum mereka berdua sambung nyanyi bersama.

"Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang

If you love somebody
Could we be this strong
I will fight to win
Our love will conquer all
Wouldn't risk my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart my heart
My heart"

Berdegup kencang dada Lutfiyah apabila melihat tatapan Lais padanya. Seminit. Dua minit. Dan akhirnya Lais memutuskan pandangan itu. Kepala serta merta menunduk. Lama.

Terbit rasa serba salah dalam hati Lutfiyah. Sungguh lelaki di hadapannya ini sayang dan cinta kepadanya. Tetapi kenapa hatinya masih kekal seperti batu. Ataupun ianya hanya ego semata-mata.

"Lais..." Lembut suara Lutfiyah memanggil nama Lais. Dagu Lais diangkat perlahan agar dapat melihat anak mata lelaki itu.

Dang!

Anak mata hitam itu penuh dengan tangisan.

Lais menangis.
Menangis kerana Lutfiyah Dalila.

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang