12

13 2 0
                                    

"Semua barang dah ada kan Fiyah?" Soal Lais lembut.

Hari ini merupakan hari terakhir cuti buat Lutfiyah. Selepas ini Lutfiyah akan balik semula ke universiti. Memandangkan Lutfiyah duduk di asrama jadi terpaksalah berpisah dengan Lais.

"Sudah." Balas Lutfiyah perlahan. Pandangan fokus ke arah Lais yang duduk di kerusi pemandu. Mereka telah tiba di universiti Lutfiyah.

"Lais."

"Ya?"

"Betul ke awak benarkan Fiyah duduk sini? Kalau awak taknak, Fiyah boleh je mohon untuk balik hari." Kata Lutfiyah.

"Ada exam kan lagi 2 minggu? Tak apa. Duduk jelah sini dulu. Kalau ada masa free, aku datang jenguk kau. Fokus dulu pada exam tu." Lembut Lais membalas. Sisi kepala Lutfiyah diusap perlahan.

"Lais tak rindu orang ke nanti?"

"Hmm kau rindu aku ke?"

"Rindu sikit lah." Balasan Lutfiyah mengundang tawa halus Lais.

"Jangan risau ya budak kecik. Nanti hari-hari tiap malam aku buat sleepcall."

"Alah, jangan-jangan nanti awak yang rindu orang dulu!"

"Mana ada."

"Terima kasih Lais sebab hantar Fiyah. Jaga diri Lais tau. Jangan rindu Fiyah!" Pesan Lutfiyah seraya menarik tangan Lais untuk disalam. Kucupan hangat singgah di kekura tangan lelaki itu.

"Memang tanggungjawab aku. Esok pun aku dah masuk kerja tau. Banyak kes dekat office yang dah tertangguh. Kalau soal rindu tu, kita battle lah tengok siapa rindu siapa ya?" Lais ketawa kuat.

"Okay deal!"

"Baiklah. Jaga diri juga. Jangan nakal-nakal. Makan jangan tak makan. Tak cukup duit atau nak pakai duit bagitahu je aku, nanti aku masukkan ya. Dan lagi satu."

"Apa...?"

Lais merenung dalam anak mata Lutfiyah. Tubuh dibawa dekat ke arah Lutfiyah lalu kucupan hangat dilabuhkan di atas dahi bersih itu.

"Aku...aku sayang dan cintakan isteri aku ni dunia akhirat." Bisik Lais perlahan. Terkedu Lutfiyah mendengar pengakuan sayang dan cinta daripada Lais.

Lutfiyah tidak membalas, hanya senyum sahaja.

"Weh Fiyah! Apa cerita sekarang?." Sapa Munirah iaitu rakan sebilik Lutfiyah.

"Cerita apa?" Tanya Lutfiyah balik malas. Lutfiyah sedang elok duduk di birai katil sambil mata ke arah luar tingkap. Saja mengambil angin malam.

"Yalah, kau kan dah kahwin." Munirah juga merupakan salah seorang kawan-kawan Lutfiyah yang dijemput semasa majlis perkahwinan itu. Lutfiyah hanya menjemput rakan-rakan terdekat sahaja memandangkan dia masih mahu merahsiakan perkara ini.

"Jadi?"

"Bahagia tak?"

"Biasa je."

"Haih aku tengok kau ni macam tak okay je harini. Asal? Rindu cik abang kat rumah ke?"

"Ish mana adalah Moon. Dahlah aku nak tidur! Tolong tutupkan tingkap tu ya." Lutfiyah terus baring dan menarik selimut menyelubungi seluruh badannya.

"Uishh makin garang sekarang ek! Haa yalah! Aku nak keluar sat pi bilik Wardah, ada makan-makan." Munirah terus keluar meninggalkan Lutfiyah keseorangan di dalam bilik.

Lutfiyah yang di dalam selimut itu sebenarnya tidak tidur pun.

"Fiyah rindu Lais." Tak sampai sehari pun berpisah sudah rindu. Esakan kecil terbit di hujung bibir. Menahan rindu.

"Morning budak kecik!" Ceria sahaja suara Lais di dalam telefon itu. Mereka sedang membuat panggilan telefon video di Whatsapp.

"Morning tinggi!" Balas Lutfiyah sambil tangan ligat sedang membelit tudung.

"Harini kelas mula pukul berapa?" Tanya Lais. Senyuman tidak lekang dari bibir melihat si isteri.

"Pukul 9. Sekarang Fiyah nak pergi cari sarapan dulu lepastu nak pergi perpustakaan."

"Oh...okay."

"Lais dah sarapan belum?"

"Belum. Hari ini aku kena pergi mahkamah."

"Patutlah segak bergaya pakai suit." Puji Lutfiyah.

"Budak kecik aku ni pun cantik harini. Buat apa pergi kelas cantik-cantik. Nanti ramai student angau."

"HAHAHAH tak adalah!"

"Lais...nanti kalau kelas habis awal, Fiyah telefon Lais lagi ya?"

"Okay budak. Jaga diri. Belajar rajin-rajin."

"Baiklah tuan. Lais pun. Fiyah doakan urusan Lais pada hari ini dipermudahkan. Assalamualaikum!" Lutfiyah melambai tangan kepada Lais.

"Aamiin. Bye Fiyah. Waalaikumussalam."

Panggilan dimatikan.

Sejurus itu terus mengalir hebat air mata Lutfiyah. Cengeng betul.

"Fiyah rindu..." Katanya dalam hati.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now