02

8 1 0
                                    

SELESAI mengambil wudhuk, Lutfiyah terus membentangkan tikar sejadah. Solat zuhur terus dilaksanakan.

Sebaik sahaja doa dihabiskan Lutfiyah terus menunduk perlahan di tikar sejadah dengan tangan yang elok memegang perutnya.

"Ya Allah, aku lapar sangat Ya Allah. Perut aku sakit. Aku masih bertahan dengan minum air paip tadi." Mengalir air mata Lutfiyah. Sungguh dia lapar sangat.

Al-Qur'an yang sedia ada dia letak dia atas katil bersebelahannya sebelum solat tadi terus diambil.

"Ya Allah, andai setiap kalimat yang aku baca di dalam kitab suci ini mampu menjadi makanan buat rohani ku, maka kau tunjukkanlah. Mudah-mudahan apa yang aku baca pada hari ini, boleh menjadi santapan dan alas perut yang lapar. Bukan sekadar makanan buat rohani. Aku masih kuat kerana aku yakin dengan setiap amalan yang aku buat pasti akan mendapat ganjaran." Al-Qur'an dibuka. Muka surat terakhir yang dibacanya sebelum ini terus diselak ke muka yang baru.

Surah An-Naba'. Surah yang terletak di juzuk ke 30. Surah yang ke 78. Diturunkan di Mekah dan terdapat 40 ayat.

Dengan lafaz bismillah, Lutfiyah memulakan bacaannya.

"Bismillahirrahmanirrahim."

"Amma yatasaaalun." Ayat pertama dibaca. Lutfiyah berhenti seketika. Nafas ditarik perlahan. Tangan kanan memegang Al-Quran. Tangan kiri masih setia memegang perut yang sakit.

"Anin nabail azim." Mengalir air mata Lutfiyah. Bacaan diteruskan sehingga ke ayat yang terakhir.

"Sadaqallahulazim." Al-Qur'an ditutup dan dibawa ke dada. Tangan diangkat separas dada untuk berdoa.

"Ya Allah Ya Tuhanku, kau permudahkan segala urusan aku di dunia ini Ya Allah. Ya Allah semoga juga apa yang aku baca pada hari ini akan mengalir pahalanya ke dalam tubuhku seraya menjadi kekuatan untuk aku terus gah berdiri di bumi ini Ya Allah. Aku bukan seorang yang kuat, tetapi kerana ibadahmu yang aku lakukan tanpa ketinggalan itulah yang menjadi punca aku masih teguh berdiri. Mudah-mudahan juga aku sempat khatam sekali lagi pada tahun ini Ya Allah." Memang inilah doa yang selalu diamalkan Lutfiyah setiap kali habis mengaji. Dia hanya percaya pada Allah Ta'ala sahaja kerana apabila difikirkan balik, walaupun dia tidak mengisi apa-apa makanan, dia masih lagi boleh bangun dan sihat.

Lutfiyah terus membaringkan diri ke atas sejadah sambil Al-Qur'an masih tetap di di dalam dakapannya. Sejuk sahaja badan dia tatkala menyentuh sejadah. Rasa tenang.

Mata dipejam rapat. Air mata mengalir. Kalau boleh dia teringin untuk mati di dalam sujudnya. Mati dalam keadaan dia sedang melakukan ibadah. Mati dalam keadaan Husnul Khatimah.

Dia lebih rela mati daripada diseksa hidup-hidup.

Akhirnya Lutfiyah tertidur di atas tikar sejadah dengan telekung yang masih elok di tubuh.

Harith yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik Lutfiyah sedari tadi mendengar segala yang berlaku di dalam. Daripada kalimah pertama surah An Naba' dibaca oleh Lutfiyah sehinggalah ke akhir tangisan Lufiyah di atas sejadah. Kini adiknya telah diam. Harith tahu yang adiknya pasti sudah tertidur di atas sejadah.

Orang lain balik sekolah pasti akan mandi, solat dan makan terlebih dahulu. Tetapi bukan untuk Lutfiyah Dalila.

Dia hanya mampu mengadu nasibnya kepada Allah SWT pada setiap hari kemudian pasti akan terlajak tidur.

"Suatu hari nanti kau akan bahagia adik. Tapi angah tak akan lagi bersama adik. Lelaki lain yang bertanggungjawab akan jaga adik." Harith berkata dengan sangat perlahan. Hanya dia yang mampu mendengar.

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang