KINI sudah tiba musim peperiksaan SPM. Sudah hampir 2 minggu juga dia berlapar dan berdahaga. Hanya air paip sahaja yang diteguk setiap hari bagi menghilangkan dahaga. Itupun dengan cara senyap-senyap.
"Umi, Fiyah dah nak pergi ni. Err...harini paper pertama, bahasa Melayu. Umi tolong doakan Fiyah ya?." Tersekat-sekat suara Lutfiyah ingin meminta restu sang ibu.
Tangan cuba menarik kekura halus itu ingin disalam namun hancur. Sedikit pun tidak dipandang wajah suci gadis itu. Sakit. Sakit jiwa dan zahir Lutfiyah tatkala dilayan sebegitu oleh sang ibu.
Pandangan dilarikan pula ke arah Abi. Abi yang elok duduk di meja makan sambil membaca surat khabar. Secawan kopi terhidang di depan mata bersama sepinggan mee hoon goreng.
"Abi..Fiyah nak periksa hari ini. Doakan Fiyah ya abi?." Lembut Lutfiyah memanggil walaupun lelaki tua itu masih tidak mengangkat kepalanya.
"Hmm." Acuh tidak acuh sahaja balasan Abi. Tetapi Lutfiyah tetap senyum. Sekurang-kurangnya ada juga respon daripada seorang ayah walaupun Lutfiyah sendiri tidak tahu balasan itu ikhlas ataupun tidak.
Kadangkala Lutfiyah rasa serba salah untuk menduduki SPM pada hari ini. Lutfiyah takut jika dia tidak dapat menjawab dengan tenang dek kerana tidak ada restu daripada kedua ibubapanya. Tetapi bila difikirkan balik, dia yang teraniaya. Bukan dia yang bersikap sebegini tetapi layanan yang diberikan oleh ibubapanya itu yang merubah segalanya.
Dia takut. Takut jika keputusan nanti tidak cemerlang ataupun dia gagal untuk menjawab soalan dengan baik.
Pelbagai suara-suara halus bermain di fikirannya tetapi seorang Lutfiyah Dalila masih tetap berlagak tenang. Dia berpegang teguh pada dirinya. Sehinggakan dia berdoa bahawa dia di antara kalangan orang yang teraniaya.
"Umi, bagilah adik makan sikit. Adik kan nak ambil exam besar hari ini. Kalau pengsan ke apa dalam dewan peperiksaan nanti dah susah." Lembut suara lelaki itu memujuk Umi.
Harith Iskandar. Anak kedua Puan Maryam dan Encik Bahri. Abang Lutfiyah. Di antara Laila dan Harith, Harith yang selalu menjadi pelindungnya. Dikala Lutfiyah teruk dihentam oleh Umi, Abi dan Laila, Harith yang hadir dahulu merangkulnya ke dalam pelukan hangat lelaki itu. Harith rela badannya tercalar dengan luka. Adakalanya juga, Harith lebih berani mengaku kesalahan yang dibuat Lutfiyah ke atas dirinya. Dia sedih. Sedih melihat perjalanan hidup adiknya yang sering diseksa oleh semua orang.
Harith selalu berpesan pada Lutfiyah agar lari jauh bila umurnya meningkat dewasa. Harith tidak mahu melihat adiknya jatuh tersembam ke bumi tanpa belas kasihan.
"Kamu ni terlebih bodoh ke Angah?!." Terpekik kuat suara Puan Maryam. Marah benar dengan permintaan anak keduanya itu.
"Kamu tak payah nak bela sangat lah budak tak guna ini! Kalau dia betul nak mati sekalipun biarkan aje! Sekurang-kurangnya nanti cikgu dia tinggal hantar mayat dia depan pintu rumah ni!" Air mata bergenang di tubir mata Lutfiyah. Jari jemarinya sengaja memintal-mintal hujung tudung cuba ingin menahan perasaan.
"Kalau dia mati pun, aku tak hadap lah nak uruskan mayat dia! Aku bakar je nanti senang. Sekarang nak mati pun banyak pakai duit kau tahu? Daripada aku habiskan duit aku kat dia lebih baik aku simpan!."
"Umi! Sampai hati umi kata macam tu! Umi tak kesian ke kat adik?." Harith sudah berdiri tegak daripada duduknya.
"T-tak apa angah. Adik okay. Adik tak lapar pun lah. Lagipun, adik dah biasa tak makan. Dekat sekolah masa rehat pun adik tak makan juga." Bergetar suara Lutfiyah. Dia sedaya upaya cuba untuk menenangkan keadaan. Jangan disebabkan dia, Harith pula terkena tempias.
Kalau boleh Lutfiyah mahu menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang sahaja tetapi apakan daya. Setiap hari jiwa dia meronta kesakitan. Dia sudah lali dan biasa dengan perkara ini.
Bohong jika kata dia tidak lapar. Dia mahu juga menjamah mee hoon goreng itu sebelum pergi. Sudah dua minggu dia tidak menjamah apa-apa makanan. Nak makan di sekolah pun tidak boleh. Dia mana ada duit. Duit simpanannya semua sudah habis diambil Laila.
"Angah, adik pergi dululah ya. Dah lambat ni. Doakan adik ya. Assalamualaikum." Lutfiyah terus menyalam tangan Harith. Sempat Harith mengusap perlahan kepala Lutfiyah.
"Goodluck adik." Perlahan suara Harith berkata. Lutfiyah mengangguk dan senyum. Sempat juga Lutfiyah mengerling ke arah Abi. Abi memandangnya kemudian terus berpaling semula ke surat khabar di tangan.
Lutfiyah hanya pamer senyum. Langkah dibawa keluar rumah. Kasut hitam disarung seraya diikat talinya dengan kemas. Seawal jam 6.50 minit pagi lagi Lutfiyah telah mula keluar ke sekolah dengan cara berjalan kaki. Memang itulah rutin harian seorang Lutfiyah Dalila. Pergi dan balik sekolah hanya dengan berjalan kaki. Walaupun jarak daripada rumah ke sekolah mengambil masa hampir 15 minit tetapi dia tidak boleh lakukan apa-apa. Memang Puan Maryam dan Encik Bahri tidak pernah memberikan apa-apa kelebihan kepadanya. Dapat pergi ke sekolah pun dia sudah bersyukur.

ANDA SEDANG MEMBACA
LAIS'S LAWS
Romansa"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...