"Perhatian perhatian kepada semua anak, cucu, cicit, menantu, jiran, sahabat, dan sekalian makhluk bumi! HAHAHA maaf saya hanya bergurau sahaja. Pada pagi yang cerah lagikan bahagia ini kita akan mulakan dengan aktiviti pertama kita." Kuat pembesar suara itu berbunyi. Semua aturcara aktiviti untuk hari keluarga ini akan dikendalikan oleh Syafiq iaitu anak sulung paklong Aris dan maklong Zaleha. Syafiq merupakan abang sulung kepada Qisteena merangkap cucu sulung bagi keluarga besar Haji Aziz.
"Aktiviti apakah itu? Sudah tentu aktiviti yang boleh tahan lasak, hebat dan memerlukan jiwa yang kental. Jadi aktiviti pertama kita adalah...!" Bukan main drama Syafiq tapi masih belum umum lagi aktivitinya.
"Daripada tadi bang kau bercakap tapi tak cakap-cakap pun lagi aktiviti apa." Luqman yang sedang elok duduk bersila di atas rumput kering itu menayang muka bosan. Adik Lais ini memang begitu perangainya. Lebih suka menyendiri dan duduk di rumah sahaja untuk belajar atau bermain permainan video berbanding aktiviti luar seperti ini.
"Eh sabar...bawa bertenang. Kamu ni Luqman, jangan begitu."
"Jadi aktiviti pertama kita pada hari ini ialah aktiviti sarungkan tudung!" Bergema suara Syafiq dengan sorakan ahli keluarga yang lain. Tapi selepas itu semua tercengang. Sarungkan tudung je? Aktiviti lasak? Perlukan jiwa yang kental?
"Ha cepat-cepat jangan lambat-lambat. Sepuluh minit je tau." Pesan Syafiq sambil berjalan umpama warden sedang memantau di hadapan setiap pintu bilik masing-masing.
Semua pasangan suami isteri yang akan bermain permainan ini. Yang single pun boleh juga untuk sertai cuma takde partner jelah!.
Si suami perlu memakaikan si isteri tudung mengikut fesyen dan gaya yang telah ditetapkan oleh Syafiq. Masing-masing telah mencabut nombor dan telah mendapat tugasan untuk menggayakan tudung dengan fesyen apa mengikut hasil cabutan.
Paling penting, semuanya harus dilakukan oleh suami. Isteri hanya perlu duduk dan tunggu disiapkan sahaja.
"Ishh Lais ni! Yang pergi cucuk halkum orang dah kenapa!" Bentak Lutfiyah yang duduk menghadap ke arah cermin di hadapannya. Daripada tadi Lais terkial-kial ingin memasang kerongsang. Mengikut cabutan nombor tadi, Lais mendapat nombor yang ketiga dan tugasannya ialah memakaikan Lutfiyah tudung bawal dengan gaya mak-mak.
"Perempuan mana ada halkum lah. Ini anak tekak! Siapa suruh anak tekak besar sangat." Marah Lais semula.
"Sama jelah."
"Haa siap pun." Melebar senyuman Lais dengan hasilnya. Terasa bangga walaupun hanya baru dapat memasangkan kerongsang sahaja.
"Mana ada siap. Kalau macam ni Fiyah pun boleh buat. Dah cepat-cepat!" Lutfiyah menjeling tajam Lais. Boleh senyum pula dia.
"Sekarang ni macam mana? Manalah aku tahu." Lais mula sudah keliru. Kepala tidak gatal digaru.
"Style mak-mak kan? Mummy selalu pakai macam mana?"
"Mummy mana ada pakai bawal lah apa lagi cencaru lah. Mummy pakai yang dah siap punya tu je. Tahu-tahu sarung je." Lais berpeluk tubuh sambil merenung Lutfiyah.
"Haishh jadi Lais fikir jelah. Nanti kita kalah macam mana! Fiyah taknak jadi kuli untuk barbeku malam ni!." Syafiq telah membuat kata putus sebelum aktiviti ini diteruskan tadi bahawa siapa yang kalah akan diberi kerja untuk kemas dan cuci segala peralatan memasak selepas barbeku yang akan diadakan pada malam nanti.
"Kalau kalah pun buat jelah. Apa susah. Setakat kemas je pun."
"Tak suka Lais. Semua dia je betul." Lutfiyah terus memuncung.
"Okay." Malas Lais hendak melayan karenah Lutfiyah. Tangan ligat merapikan semula awning tudung bawal berwarna biru muda itu yang sudah tidak berterabur. Kemudian dikemas-kemaskan bahagian bawah dan disimpulkan hujung tudung itu. Peniti diambil dan dipasang pada hujung bahu kiri dan kanan supaya tudung terletak elok.
"Siap. Simple tapi cantik. Selalu makcik-makcik kat luar tu pakai macam ni je."
Lutfiyah melihat pantulan wajahnya melalui cermin. Kemas simpulan yang dibuat Lais. Cantik.
"Cantik. Fiyah suka!" Balas Lutfiyah.
Lais berdiri di belakang Lutfiyah yang sedang duduk di meja solek itu. Terpantul wajah mereka berdua di hadapan cermin itu.
"Cantik betul budak kecik ni kan?" Lais mengusap perlahan kepala Lutfiyah. Lutfiyah menyimpan senyum. Mata mereka berdua bersambung melalui cermin itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
LAIS'S LAWS
Roman d'amour"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...