Sejak daripada hari Lutfiyah dibawa keluar daripada tempat seksaan Alisa, kini sudah masuk 2 minggu dia masih tidak sedarkan diri.
Doktor mengesahkan Lutfiyah koma. Tempurung kepalanya sedikit retak. Ada pendarahan di dalam kepala. Bibirnya pecah. Hidung dan kawasan mukanya penuh dengan luka dan koyakan.
Yang paling mengerikan kaki kanannya. Terdapat luka yang dalam di urat bahagian kaki. Kesan daripada luka itu menyebabkan kaki kanan Lutfiyah sukar untuk digerakkan.
"Budak kecik, bangunlah...aku rindu kau."
Selama 2 minggu Lutfiyah terlentang di atas katil wad hospital ini, selama itu jugalah Lais setia menunggu di tepi tubuh kecil itu. Semua kerjanya tertangguh. Dia ingin menunggu Lutfiyah sedar.
Mengikut kata doktor, keadaan Lutfiyah berada dalam fasa kritikal. Kesan pukulan itu sangat serius. Doa tidak pernah berhenti meniti di bibir Lais. Dia mahukan Lutfiyah kembali semula seperti dulu. Jika ditarik keupayaannya sekalipun, Lais akan terima dengan ikhlas asalkan gadis kesayangannya itu kembali.
"Aku sayang kau."
"Aku cintakan kau."
"Kau cakap kau sayang aku...tapi kau sayang sikit je. Aku tengah tunggu sayang yang selebihnya tu." Teresak-esak lelaki itu menangis.
"Kalau kau bangun sekejap je pun aku dah bersyukur. Aku nak dengar kau cakap sayang pada aku."
Setiap hari Lais akan berkata sebegitu kepada Lutfiyah meskipun dia tahu Lutfiyah tidak akan bangun. Tetapi dia sangat harapkan Lutfiyah boleh dengar setiap yang dia tuturkan.
Hening.
Suara tangisan Lais sahaja yang memenuhi bilik itu."Aku dah cakap dengan Umi dan Abi kau, tapi dia orang tak nak ambil tahu pun pasal kau." Lais mengusap lembut kepala Lutfiyah. Tangannya berlari di atas pipi Lutfiyah menyentuh kesan jahitan luka di pipi itu. Kalau dulu dia suka membelai pipi gadis ini. Kepala Lutfiyah juga suka diusapnya.
Sudah menjadi salah satu habitnya untuk melakukan semua itu.
Pintu wad itu dikuak dari luar. Puan Rashidah dan Encik Adam menjenguk kepala ke dalam..
"Along." Lembut suara wanita itu memanggil anak sulungnya.
"Mummy?" Lais berpusing badan kebelakang tatkala nama panggilannya diseru. Puan Rashidah senyum dan berjalan ke arahnya. Belakang badan Lais diusap Puan Rashidah.
"Sabar ya nak? Mummy tahu Fiyah kuat. Insyaallah Fiyah baik-baik je."
"Along kena kuat semangat juga. Kalau Along kuat, Fiyah pun mesti kuat. Dia dengar tau apa yang Along cakap cuma dia tak boleh bangun saja." Encik Adam pula bersuara cuba memujuk anak sulungnya itu. Lais sudah tidak terurus. Makan dan minum usah dikata. Mahu dipaksa berkali-kali barulah dia ingin menjamah. Itu pun dua atau tiga suap sahaja sebagai alas perut. Selebihnya, dia hanya ingin luangkan masa bersama tubuh kecil yang tidak sedarkan diri ini.
"Mummy tengoklah keadaan isteri Along ni." Lais menuding jari telunjuknya ke arah tubuh Lutfiyah kepada Puan Rashidah.
Puan Rashidah pun hanya mengikut sahaja. Dia merenung wajah bersih Lutfiyah.
"Sampai hati Alisa, dia lukakan pipi kesayangan aku. Pipi budak kecik ni aku je yang boleh sentuh." Lais mengadu sambil menangis.
Encik Adam senyum sambil menunduk ke lantai. Puan Rashidah pula sudah berjurai dengan air mata.
"Kepala budak kecik ni pun aku je yang boleh usap. Kau pandai-pandai je Alisa nak pukul kepala dia. Apa kau ingat kepala budak kecik bola golf ke?" Tambah lagi Lais.
"Mesti sakitkan budak kecik? Kalau aku jumpa Alisa tu, memang aku pukul balik kepala dia." Setiap yang Lais katakan seperti seorang kanak-kanak kecil mengadu.
"Adik! Adik!"
"Angah? Angah ke tu?" Pandangan samar-samar. Tapi suara itu. Aku kenal suara itu dan suara inilah yang aku rindukan.
"Adik! Adik Angah!" Aku terkedu seketika. Tubuhku dipeluk oleh dia.
"Ini Angah lah! Adik tak rindu Angah ke?"
Air mata mula bertakung di tubir mataku. Ya. Ini Angah.
"Angah?! Adik rindu angah!" Aku peluk kembali tubuh lelaki dihadapanku ini.
"Angah bukan dah tak ada ke?"
"Ya Adik. Angah dah tak ada. Angah lama tunggu Adik datang jenguk Angah. Tapi adik tak datang-datang pun."
Aku terdiam. Sungguh aku tidak sangka dengan semua ini. Aku cuba untuk bangun tapi tidak boleh. Aku cuba gerakkan kaki aku tapi tetap sama.
Aku tidak tahu aku di mana. Semua keadaan bertukar putih dan terang. Tetapi aku terdengar lagi satu suara lain. Dan suara ini lah yang paling aku tunggu dia hadir untuk bawa aku keluar daripada sini.
"Adik! Adik dengar ke suara tu?"
"Adik dengar. Itu suara...suami Adik. Lais. Itu suara Lais!" Empangan air mataku terus pecah.
"Adik nak bangun. Adik nak jawab apa yang Lais cakap, tapi kenapa tak boleh Angah? Kenapa adik dekat sini? Kenapa adik boleh jumpa angah sedangkan angah dah meninggal? Adik pun dah meninggal ke angah? Adik nak bangun! Adik nak jumpa suami adik!"
"Adik hidup lagi."
"Adik nak jumpa Lais..." Aku menangis lagi.
"Boleh, adik pergilah jumpa suami adik. Angah tunggu adik." Aku tergamam. Macam mana aku nak bangun? Aku cuba untuk buka mata.
Kali pertama, tidak boleh.
Kali kedua, masih sama. Pemandangan putih sahaja yang dapat aku lihat.
"Ya Allah, aku ingin bangun Ya Allah. Sekejap je. Fiyah nak jumpa suami Fiyah. Fiyah sayang suami Fiyah." Aku seolah-olah berkata dalam hati dengan diri sendiri.
Kali ketiga, aku cuba lagi membuka mataku perlahan.
"Lutfiyah?"
Aku dapat dengar suara itu. Suara Lais. Ibu jariku ditarik-tarik oleh dia.
"Fiyah dah bangun?"
Akhirnya aku dapat membuka mata. Cahaya yang sangat terang dapat aku lihat. Pemandangan pertama yang aku dapat lihat ialah siling wad hospital ini yang berwarna sedikit kelabu. Tiada lagi pemandangan putih itu.
Kepalaku sakit. Terasa denyutan. Telinga juga berdensing kuat. Aku menggelengkan kepalaku berulangkali.
"Panggil doktor mummy!" Lais menjerit kuat tatkala melihat aku yang sudah sedar.
Aku masih bingung. Aku separa sedar.

ANDA SEDANG MEMBACA
LAIS'S LAWS
Romansa"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...