Suasana malam itu tenang sahaja. Lutfiyah mengambil tempat di tepi kolam vila itu menghirup udara segar kawasan itu. Lutfiyah dan ahli keluarga lain baru sahaja selesai makan malam dan solat isyak. Hari ini semuanya akan melakukan aktiviti bebas kerana mulai esok pagi baru aktiviti yang telah dirancang akan dimulakan.
Tangan Lutfiyah setia menggenggam telefon pintarnya menanti panggilan daripada Lais. Kata Lais jika kerjanya habis cepat maka malam itu juga dia akan datang ke vila itu.
"Aku tertanya-tanya lah kan macam mana perempuan macam kau ni boleh kahwin dengan abang Izz aku? Dengar cerita lah yang kau ni belajar lagi. Maksud aku muda lagi." Lutfiyah yang sedang elok duduk di tepi kolam itu terkejut seketika tatkala Qisteena elok berdiri di sebelahnya sambil tangan disilangkan ke dada.
"Kau mesti banyak susahkan abang Izz kan? Atau lebih tepat...kikis duit abang Izz. Yelah, kau kan masih belajar jadi mesti pakai banyak duit. Kesian abang Izz tu kena bela budak macam kau ni. Mesti dia terbeban." Tambah Qisteena sengaja menaik api amarah Lutfiyah. Lutfiyah hanya kekal menunduk. Dalam hati sudah tercarik-carik seribu satu luka.
"Haa aku tahu! Atau jangan-jangan kau sebenarnya....goda abang Izz sampai dia terlanjur dengan kau?!" Sengaja Qisteena berkata kuat begitu sambil riak wajah terkejut.
"Eh perempuan! Mulut tu jaga sikit ya!" Lutfiyah terus tegak berdiri dan menolak kuat bahu Qisteena.
"Wau! Depan abang Izz bukan main acah alim kau. Sampai sini baru cakap sikit dah main naik tangan ya?!" Qisteena membela diri tidak mahu kalah.
"Aku tak cakap yang aku baik. Tapi kalau tak ada api yang nyalakan unggunnya dulu, maka tak rentung lah lagi! " Tegas Lutfiyah berkata.
"Eh perempuan! Kau tu sepatutnya kena sedar diri! Kau tu dahlah menyusahkan hidup abang Izz! Kau tak layak lah hidup dalam keluarga ni! Abang Izz tu jauh lagi baik dari kau yang kosong ni!" Kuat suara Qisteena menjerkah Lutfiyah.
Berkolam tubir mata Lutfiyah apabila mendengar kata-kata itu.
"Mummy!" Lais dari jauh sudah menegur mummynya sambil tangan dilambai-lambai.
"Eh along!" Puan Rashidah juga turut gembira melihat anak lelaki sulungnya itu.
"Mummy, Fiyah mana?" Soal Lais sejurus tiba di hadapan Puan Rashidah yang duduk di balkoni vila itu bersama maklong Zaleha.
"Fiyah tadi lepas makan malam katanya nak ambil angin. Rasa mummy ada je tu kat kolam belakang ni."
"Ya lah Izz. Adalah tu. Nanti kamu pergilah jenguk Lutfiyah. Amboi kamu sekarang Izz, sayang benar dengan bini ya. Habis kerja terus datang. Suami mithali betullah!" Sempat maklong Zaleha mengusik.
"Tak adalah maklong. Izz dah janji memang dengan Fiyah yang lepas habis je kerja Izz datang sini terus. Kesian dia seorang." Lambat-lambat Lais membalas dengan sengihan.
"Yalah Izz. Bagus lah macam tu. Maklong tumpang bahagia bila tengok kamu berdua." Maklong Zaleha senyum manis.
"Hehe alhamdulillah. Oklah, Izz pergi cari Fiyah dulu ya mummy, maklong." Lais meminta izin pergi.
"Haa pergi cepat lepas tu nanti keluar makan ya nak." Kata Puan Rashidah.
"Kalau aku tak layak dalam hidup Lais sekalipun, tak ada urusan dengan kau! Yang kau sibuk nak marah apa pasal!" Lutfiyah menggenggam erat tangannya.
"Sebab kau rampas abang Izz dari aku! Sebab tu lah aku marah!" Seraya jerkahan itu, Qisteena terus menolak kuat badan Lutfiyah. Lutfiyah hilang keseimbangan dan jatuh terduduk kebelakang.
"Auch..." Lutfiyah mendesis perlahan. Telapak tangan ditenung. Habis terkoyak dan luka tapak tangannya. Darah juga turut mengalir.
"Haa padan muka kau! Tangan kotor kau tu tak layak bersentuhan dengan abang Izz aku! Dasar perempuan kotor! kosong pulak tu! Membebankan hidup orang je kerja kau!" Telapak tangan Lutfiyah dipijak-pijak Qisteena dengan selipar yang tersarung di kakinya itu. Tak cukup daripada itu, dahi Lutfiyah pula kini ditunjal-tunjal Qisteena.
"Bodoh!" Lutfiyah geram. Dia terus bangkit dan menolak kuat badan Qisteena hingga kepala wanita itu jatuh tersembunyi ke lantai yang sedikit berpasir di tepi kolam itu.
Habis darah memenuhi dahi licin Qisteena. Air mata Qisteena laju mengalir menahan kesakitan.
"Lutfiyah Dalila!"
"Qisteena!."
Kedua-dua wanita itu terus berpaling arah ke arah dua suara itu.
Lais yang berdiri tidak jauh daripada situ merenung tajam wajah bersih isterinya. Lais yang menjerit kuat nama Lutfiyah.
Qisteena pula memandang tepat ke anak mata ayahnya. Ayahnya sudah membulatkan mata garangnya kepada anak daranya yang seorang ini. Dia bediri sudah lama di situ dan sudah mendengar setiap yang dipertuturkan anaknya dan semua tindakan yang dilakukan oleh Qisteena.
"Abang Izz!" Qisteena terus mula dengan lakonannya. Tangan cuba meraih lengan Izz yang tegak berdiri di sebelah mereka berdua ketika ini.
"Tengok ni Abang! Lutfiyah ni! Dia tolak Qis!" Qisteena memberontak sambil menangis.
"Masuk bilik sekarang Fiyah." Tegas satu demi satu ayat yang dikatakan Lais. Mata memandang ke arah lain. Tidak mampu memandang ke dalam anak mata yang sudah berair itu.
"Lais...Fiyah..." Belum sempat Lutfiyah menghabiskan kata-katanya Lais terlebih dahulu menjerkah kuat.
"Aku kata apa?!"
Tergamam Lutfiyah. Air matanya mengalir.
"Okay, Fiyah masuk bilik." Bergetar suara Lutfiyah membalas. Kaki diangkat dan terus meninggalkan Lais dan Qisteena. Paklong Aris yang berada di situ hanya melihat pergerakan Lutfiyah yang sudah berjalan pulang itu.
"Abang Izz!" Qisteena mula memanggil nama Lais dengan nada gediknya.
"Paklong tolonglah anak paklong ni. Izz nak tengok Fiyah.", Lais berkata kepada paklong Aris sambil mata menikam tepat kepada Qisteena yang masih duduk bersimpuh di bawah.
Lutfiyah mengambil tempat di atas katil. Kepala tunduk sambil melihat telapak tangannya yang sudah luka berdarah itu. Fikirannya kosong. Raut wajahnya juga sama. Sudah hampir lima minit dia hanya duduk di atas katil sambil menatap telapak tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
LAIS'S LAWS
Romantizm"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...