08

14 3 0
                                    

Orang lain semua bahagia pada hari pertama perkahwinan tetapi Lais dan Lutfiyah masih seperti anjing dan kucing.

"Eh,asal pulak!" Lutfiyah marah dengan nada tidak puas hati.

"Sebab ini tilam aku!" Lais pula tidak mahu kalah.

"Mana boleh kira macam tulah Lais!"

"Boleh!." Lais tetap Lais. Semua benda dia nak menang.

"Ish awak ni tak belajar kira-kira ke masa kat sekolah dulu!"

"Banyak cakaplah budak kecik ni! Dengar jelah!"

2.30 pagi.

Dikala yang lain sedang nyenyak tidur, dua ekor burung hantu ini masih lagi bergaduh sejak dari pukul 1 pagi tadi. Punca pergaduhan? Tidak mahu berkongsi katil.

"Lais..." Meleret suara Lutfiyah meminta belas kasihan daripada Lais. Lais pula hanya tutup telinga dan sambung tidur di atas katil itu. Lutfiyah tegak berdiri di sebelah katil.

"Tak apalah." Lutfiyah terus mengambil sebiji bantal dan diletakkan di atas lantai. Tanpa berkata apa-apa lagi tubuh kecil itu terus baring di atas lantai.

Lais yang perasan akan tingkah laku Lutfiyah itu menarik nafas dalam-dalam. Belum sampai sehari perkahwinan mereka sudah cukup memenatkan Lais untuk melayan karenah gadis itu. Mungkin ada betulnya apa yang ibu dan ayah mertuanya katakan sebelum ini tentang perangai anak kedua mereka itu.

"Fiyah...bangun. Tidur kat atas." Lais bangun dan duduk bertinggung di sebelah Lutfiyah yang sudah menutupi wajahnya dengan bantal.

"Taknak." Lutfiyah menggelengkan kepala.

"Haih. Dengarlah cakap Fiyah. Aku penat ni." Lais mendengus perlahan.

"Orang tengah merajuk lah!"

"Lepastu? Nak suruh aku buat apa?." Dahinya diurut perlahan melayan perangai tak semengah Lutfiyah pagi-pagi buta ini.

"Pujuklah! Itu pun tak pandai!" Balas Lutfiyah geram.

"Yelah sayang. Bangunlah tidur atas. Abang penat ni. Tak apa abang tidur bawah ya.? Sayang tidur atas." Dalam satu nafas Lais menghamburkan kata-kata manis itu. Panggilan 'aku' 'kau' juga bertukar kepada yang lebih manis.

Lutfiyah yang mendengar itu terus berubah menjadi bunga-bunga.
Bantal yang menutupi mukanya diturunkan sedikit. Senyuman paling manis diberikan buat Lais.

"Tak apa lah Lais. Kita tidur jelah sama-sama kat atas okay?"

Tanpa menunggu jawapan daripada Lais, Lutfiyah terus menarik tangan kekar lelaki itu ke atas katil.

"Tapi ada satu syarat tau!"

"Hmm." Balas Lais malas.

"Jangan dekat-dekat atau ambil kesempatan ya." Jelingan amaran paling tajam diberikan kepada Lais.

"Baiklah. " Acuh tak acuh sahaja Lais membalas sebelum dia membaringkan tubuhnya.

Lutfiyah turut sama. Bantal peluk diletakkan di bahagian tengah katil sebagai benteng pertahanan mereka.

"Lais..."

Lais yang sudah memejam mata terus tersentap apabila namanya dipanggil. Mata cuba dibuka sedikit.

"Ya."

"Orang belum kenal lagi awak." Sambung Lutfiyah.

"Nak kenal apa lagi pula. Dah tahu kan nama aku?" Soal semula Lais dengan mata yang semakin memberat.

"Nama awak semua orang pun tahu. Yang orang nak tahu sekarang ni, pasal diri awak. Peribadi awak. Awak kerja apa pun orang tak tahu."

"Aku peguam." balas Lais ringkas.

"Peguam yang dekat mahkamah tu?"

"Hmm."

"Lagi-lagi apa lagi yang saya tak tahu pasal awak. Ceritalah Lais."

"Aku suka makan budak." Lais menambah.

"Seriuslah Lais.?! Sedap ke daging budak?" Soal Lutfiyah penuh rasa ingin tahu.

"Belum pernah try. Tapi kalau nak try boleh je. Daging sebelah ni macam sedap je."

Lutfiyah yang baru sahaja tersedar dengan kata-kata Lais sudah berasa panas.

"Lais!!!" Dijerit kuat nama Lais.

"Eh shhhh. Janganlah jerit kuat-kuat. Orang lain dah tidur." Lembut Lais berkata. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan cair dengan sifat lemah lembut lelaki ini.

"Lais ni!"

"Jangan panggil Lais." Tiba-tiba Lais berkata. Mata elok terpejam. Hanya mulut yang masih berbicara.

"Ha? Abistu nak panggil apa.? Pokok? Tiang? Sebab awak kan tinggi macam pokok pisang." Sempat lagi Lutfiyah mengenakan Lais.

"Fiyah, cubalah matang sikit. Panggillah yang elok sikit. Baby ke ayang ke. Abang pun boleh." Lais menegur dengan lembut.

"Eeuww cringe nya. Taknak taknak."

"Kalau bro ke okay lagi."

"Amboi bro ya?" Tanya Lais dengan mata yang dibesarkan seolah-olah sedang marah.

"Aku tak kata boleh membantah. Jadi nak tak nak kau kena fikirkan jugak nak panggil aku apa. No more Lais. Kalau kau panggil juga Lais, bersiap sedialah."

"Ish tak sukalah ugut-ugut orang ni. Dahlah orang nak tidur. Dah nak pukul 3 dah. Kalau taknak tidur lebih baik bangun buat tahajud dengan taubat. Dahlah sibuk suruh orang panggil itu ini, tapi dia yang bahasakan diri kau aku!" Bidas Lutfiyah sebelum tubuh bergerak mengiring ke arah yang bertentangan dengan Lais.

Lais tidak membalas. Penat sudah mahu bertekak dengan Lutfiyah. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang