SEJAK apa yang dikatakan oleh Lais tempoh hari, kini sudah masuk hampir tiga hari mereka tidak telefon. Hanya berbalas mesej sahaja. Itupun hanya Lutfiyah yang memberitahu samada sudah habis kelas atau pun tidak.
Lais pula hanya akan membalas dengan emoji tanda okay sahaja.
Lutfiyah dapat rasakan bahawa hubungan mereka sedikit renggang. Tiada lagi usikan Lais padanya seperti selalu walaupun melalui telefon.
"Hello! Assalamualaikum Lais!." Ceria suara Lutfiyah memberi salam di corong telefon.
"Hmm waalaikumussalam." Lais menjawab salam.
"Err...Fiyah kacau Lais ke?. Lais sibuk eh?." Teragak-agak mahu bertanya. Terasa sedikit janggal setelah lama tidak berbual.
"Tak. Aku baru lepas makan tengahari."
"Oh. Lais, Fiyah kan dah habis exam kan. Lusa ni dah mula cuti semester. Kalau Fiyah nak balik boleh?." Tanya Fiyah perlahan.
"Kenapa kena tanya boleh ke tak boleh pula?."
"Yalah mana tahu orang sana tu dah tak lalu nak tengok muka cantik orang sini." Sengaja Lutfiyah mengusik.
"Orang sini dah separuh mati rindu orang sana. Tapi orang sana yang jual mahal sangat tak nak telefon semua." Selamba Lais membalas.
"Alah, orang sana tu yang merajuk macam budak kecik. Pandai cakap orang sini budak kecik. Tapi orang sana yang tak nak telefon dan mesej kita." Tambah Lutfiyah tidak mahu kalah.
"Orang sana kan tak sayang orang sini. Orang sini merajuk lah."
"Orang sini sayanglah!." Tanpa sedar Lutfiyah terlepas cakap.
"Oh ya? Baik. Lusa ni orang sini datang ambil orang sana ya?. Jumpa nanti orang sana!." Lais terus mematikan panggilan dengan senyuman. Tak jadi nak berpura-pura merajuk!.
***
"Lais!!!" Tubuh tegap Lais dipeluk erat Lutfiyah.
"Hmmm." Balas Lais. Pelukan Lutfiyah dilepaskan. Beg dan barang-barang yang dibawa Lutfiyah diambil dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.
"Eh Izz!." Baru sahaja bonet ditutup. Alisa sudah tegak berdiri di situ.
Lais mengeluh perlahan. Ada bala pula datang.
"Eh cik Lutfiyah kan?. Wau seronoknya balik ada boyfriend ambil. Siap peluk-peluk lagi ya?. Ni kalau student lain nampak, mesti malukan?." Alisa berkata dengan senyuman mengejek.
"Maaf saya ada urusan." Lais terus menarik tangan Lutfiyah untuk masuk ke dalam kereta. Setelah Lutfiyah masuk, tali pinggang keledar dipakaikan buat Lutfiyah. Setelah itu Lais juga memboloskan diri ke dalam kereta.
"Eeuww, sombong. Kau tunggu aku Izz Lais. Aku akan cari sampai lubang cacing siapa Lutfiyah Dalila tu dalam hidup kau." Kata Alisa bersama tangan yang disilangkan di dada.
***
"Awak baru balik dari office ke tadi masa ambil Fiyah?." Tanya Lutfiyah. Wajah Lais tegang sahaja.
"Hmm."
"Lais dah makan?."
"Hmm."
Lutfiyah menunduk dan bermain dengan jari sendiri. Lais macam tak nak bercakap sahaja dengan Lutfiyah.
Setelah hampir 40 minit daripada universiti, akhirnya mereka sampai di rumah.
Lais tanpa menunggu Lutfiyah terus keluar dahulu dan membuka bonet kereta. Barang-barang Lutfiyah dibawa keluar.
"Lais..."
"Hmm." Daripada itu sahaja yang dibalas Lais jika ditanya Lutfiyah.
"Awak ni dari tadi hmm je. Fiyah pun tak tahu Lais nak cakap apa. Lais kena bengkak gusi ke? Tak boleh bercakap?." Lutfiyah bercekak pinggang.
"Hmm." Lais masih jawab lagi dengan deheman. Senyuman kecil ditahan. Nak gelak ke tidak?.
"Izz Lais..!"
"Hmmmm." Kali ini Lais berpaling arah kepada Lutfiyah dan dijawabnya lebih panjang.
"Okay dah! Fiyah taknak cakap dengan
Lais lagi. Betul gamaknya kena bengkak gusi. Atau..." Bentak Lutfiyah sambil berura-ura ingin masuk ke dalam rumah terlebih dahulu. Tetapi, langkahnya tiba-tiba berhenti. Badan dipusingkan semula."Lidah Lais kena potong ke?!." Wajah Lutfiyah tiba-tiba berubah cemas. Langkah diambil mendekati Lais. Selamba pipi Lais dicengkam.
"Aaaa buka mulut biar Fiyah tengok. Buka slow-slow ya Lais."
Belum sempat Lais membuka mulut, gelak yang ditahan terlebih dahulu disemburkan. Bukan main kuat Lais ketawa.
"Lais! Asal ketawa?!" Marah Lutfiyah. Geram betul dengan Lais.
"Aduh penatlah nak gelak. Kelakar betul lah budak kecik ni!." Lais masih tak berhenti ketawa.
Lutfiyah menahan geram sahaja. Jelingan paling tajam diberikan buat Lais.
Idea nakal terbit di bibir Lutfiyah.
***
"Fiyah, aku minta maaf. Bukalah pintu ni." Lais tidak mengalah. Jam sudah pukul satu pagi tapi dia masih lagi di luar rumah. Hampir tiga jam sudah.
Lutfiyah yang elok duduk di ruang tamu sambil menyilangkan tangan di dada hanya diam tidak beremosi. Tengah marah tu.
"Fiyah....aku penatlah. Aku ni mandi pun belum tau. Balik dari office terus ambil kau."
"Aku minta maaf ya?. Aku janji nanti aku belikan gula kapas dengan..." Belum sempat Lais menghabiskan ayat pintu rumah sudah terbuka luas. Tercegat tubuh Lutfiyah di pintu masuk.
"Masuk." Sepatah sahaja yang dikata tapi cukup membuatkan bulu roma Lais meremang. Garang pula lahai budak kecik ni!
"Ba...baik..." Lais terus mengangkat kaki masuk ke rumah dan terus memboloskan diri ke dalam bilik.
Lutfiyah hanya melirik langkah laju Lais dengan ekor mata tajam sebelum kembali duduk di sofa. Televisyen dibuka dan drama korea disambung semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...