07

11 3 0
                                    

Kini hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Hari pernikahan Izz Lais dan Lutfiyah Dalila. Hari ini juga merupakan hari dimana mereka akan bertemu. Ya, sebelum ini semua urusan dilakukan berasingan termasuk semasa menguruskan baju perkahwinan mereka. Jadi inilah kali pertama Lais untuk melihat wajah Lutfiyah yang bakal menjadi isterinya.

"Semua dah ada ke?" Soal tok kadi. Ruang tamu besar rumah Encik Adam dijadikan sebagai tempat pernikahan mereka.

"Sabar. Pengantin perempuan belum turun." Balas seorang lelaki iaitu merupakan ayah saudara Lutfiyah mengundang tawa tetamu lain.

"Haa! Dah turun sudah!"

Suasana yang sedikit riuh rendah tadi terus bertukar sunyi tatkala pengantin perempuan turun bersama baju kurung songket berwarna putih. Tudung bawal putih juga turut terletak di atas kepala. Baju ini dipilih oleh Lutfiyah sendiri. Cantik dan sangat simple.

Pada ketika itu juga, Lais hanya menundukkan kepalanya. Tidak sedikit pun mengangkat untuk melihat bakal isterinya. Perasaan gentar dan bersalah menguasai diri. Bersalah kerana terpaksa menikahi wanita itu. Lais juga pernah merasai zaman mudanya dan Lais amat memahami apa yang dirasai oleh Lutfiyah. Sesungguhnya Lais masih belum bersedia berjabat tangan tok kadi di hadapannya ini dan melafazkan kalimat akad nikah itu.

"Pengantin lelaki pula tunduk-tunduk. Macam-macam perangai lah ya pengantin kita harini." Sempat tok kadi berseloroh. Lais terus mengangkat kepalanya dan senyum sedikit.

"Jadi semua dah sedia ya?"

"Sedia tok!!" Balas para lelaki yang berada di belakang Lais dengan penuh sorakan. Antaranya bala- bala yang digelar Lais. Siapa lagi kalau bukan Emir dan rakan-rakannya yang lain.

"Baiklah."
"Bismillahirrahmanirrahim."

"Muhammad Izz Lais bin Mohd Adam."

"Saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Lutfiyah Dalila binti Bahri berwalikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya RM1000 ringgit tunai."

Lais menarik nafas perlahan.

"Aku terima nikahnya Lutfiyah Dalila binti Bahri dengan mas kahwinnya RM1000 ringgit tunai."

"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"

"Alhamdulillah!"

Dengan sekali lafaz, Lutfiyah Dalila sah menjadi isteri Izz Lais. Dan pada ketika itu juga air mata yang terkumpul mengalir jatuh ke pipi dari tubir mata milik Lutfiyah. Tangannya menggigil hebat menahan rasa. Rasa dipaksa. Puan Maryam yang turut duduk di atas pelamin sebelahnya sudah memberikan jelingan tajam buat Lutfiyah agar mengawal perasaannya itu. Sempat juga sebelum turun tadi Puan Maryam berpesan agar Lutfiyah berlakon gembira sahaja memandangkan ramai tetamu yang akan menghadiri majlis ini.

"Fiyah..suami tu." Lutfiyah yang dari tadi menunduk sahaja kini mengangkat kepalanya apabila ditegur Puan Maryam. Tidak sedar sama sekali bahawa Lais sudah berada si sebelahnya bersedia untuk menyarungkan cincin.

Kepala diangkat dan pada ketika itulah pandangan Lais dan Lutfiyah bersatu. Cantik. Tenang. Itulah kata-kata yang terlintas dalam hati Lais tatkala melihat wajah polos wanita yang sudah bergelar isterinya itu.

"Assalamualaikum." Bisik Lais perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang boleh dengar.

"Wa.. waalaikumussalam." Balas Lutfiyah takut-takut. Tangan masih lagi bergetar sebelum perlahan-lahan dihulurkan kearah sang suami.

Lais tersenyum melihat gelagat Lutfiyah yang sedikit canggung itu.
Tangan lembut wanita itu ditarik sebelum disarungkan sebentuk cincin yang dipilih oleh mummynya.

Selepas itu, Lutfiyah terus menarik kekura kasar lelaki itu dan disalam penuh kelembutan. Lais juga turut mengusap perlahan kepala Lutfiyah.

Semua jurukamera pun ligat menjalankan kerja mereka. Satu babak sahaja pasti sudah terkandung lebih 10 keping gambar.

Ahli-ahli keluarga yang melihat pula mula menyakat pasangan pengantin baru ini. Tidak lupa juga ahli kelab bala yang ditubuhkan Emir itu. Daripada tadi terus-menerus bersorak kegirangan dan sesekali mengambil banyak gambar Lais. Katanya ingin buat stok stiker Whatsapp.

Majlis persandingan yang diadakan pada belah petangnya juga telah selesai. Hari lusanya pula nanti akan diadakan kenduri kesyukuran. Para tetamu dan ahli keluarga yang menetap tidak jauh dari rumah Lais sudah mula berangkat pulang. Tinggal beberapa buah keluarga yang datang dari jauh sahaja akan bermalam lagi di sini sehingga habis majlis kesyukuran nanti.

"Lais,pergilah rehat nak. Bawa sekali Lutfiyah tu. Kesian mummy tengok daripada tadi duduk termenung dekat buaian tu. Mesti penat dia. Lagipun sejuk dah ni." Tegur Puan Rashidah kepada anak lelakinya yang elok sedang bantu para saudara-mara lelaki menyimpan khemah dan meja.

Puan Rashidah juga hanya mampu menahan ketawa melihat gelagat pengantin baru ini. Yang seorang tidak tahu penat, sudah seharian menjadi raja juga masih ringan tulang ingin membantu. Yang lagi seorang melayan perasaan. Hampir satu jam duduk di buaian yang menghala ke arah air kolam itu. Almaklumlah ahli keluarga Lutfiyah sudah pun meminta diri untuk pulang. Maka tinggallah Lutfiyah di sini. Ikut suami kan?.

Pandangan Lais terus dihalakan ke arah Lutfiyah.

"Baiklah mummy. Lais masuk rehat dulu ya." Lais meminta diri. Langkah dibawa ke arah Lutfiyah yang berada tidak jauh dari kawasan halaman itu.

"Ehem." Lais berdehem. Tidak terlalu kuat tidak terlalu perlahan. Lutfiyah terus mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah wajah sang suami.

"Masuk jom. Dah malam." Lais berkata.

"Nak duduk sini tak boleh ke?" Lutfiyah selamba bertanya.

"Boleh. Tapi kat sini mummy cerita yang dia selalu nampak ada orang lain berenang dalam kolam ni bila dah tengah malam." Balas Lais.

"Ish orang lain? Maksudnya ada orang panjat tembok rumah ni lepastu mandi dalam kolam ni?" Soal Lutfiyah semula. Apa Lutfiyah ingat dia tidak tahu bahawa lelaki itu hanya mereka cerita ingin menakutkannya.

"Haih. Ingatkan takut." Balas Lais.

"Tapi kesian lah dekat orang tu."

"Aik. Nak kesian buat apa pulak?" Lais sudah berkerut dahi. Kesian pula?

"Yelah. Mesti rumah dia tak ada kolam. Dia teringin nak mandi kolam, jadi dia tumpang lah mandi dekat kolam awak ni. Nasiblah mummy awak bagi je dan tak halau orang tu. Besar pahala mummy. Rezeki kan elok dikongsi bersama." Lutfiyah elok menjawab dengan wajah seakan simpati.

Lais yang mendengar sudah tercongak. Allah! Budak ni betul ke tak betul otak dia.

"Banyak betul ya drama kau ni. Dah masuk cepat. Nanti selesema." Tanpa menunggu persetujuan daripada Lutfiyah, selamba sahaja pergelangan tangan wanita itu ditarik perlahan agar bangun. Kemudian dibawa agar Lutfiyah mengikutinya sehingga ke bilik mereka.

"Eh kejap-kejap. Ini bilik siapa?" Soal Lutfiyah tatkala mereka berdua sudah berada di hadapan pintu bilik Lais.

"Bilik akulah." Balas Lais.

"Oh ini bilik awak. Habistu, bilik saya mana?"

"Banyak bunyilah budak kecik ni. Bilik kau bilik aku juga. Dah masuk-masuk." Tubuh kecil Lutfiyah terus ditarik Lais agar segera masuk ke dalam bilik mereka.

"Sukahati je panggil orang budak kecik. Ingat dia tu besar sangat ke." Lutfiyah mendengus perlahan bersama omelan dimulut.

"Memang budak kecik pun." Balas Lais. Tangan sedang ligat membuka jam tangan yang kemas tersarung di pergelangan tangan.

"Ish dengar pulak." Lutfiyah menjeling tajam ke arah Lais yang sedang berdiri membelakanginya.

"Ish dengar pulak." Lais mengulang semula apa yang dikatakan Lutfiyah.

"Hei, jangan sibuklah!"

"Hei, jangan sibuklah..." sekali lagi Lais sengaja mengulang.

"Orang gila."

"Haih budak kecik ni." Balas Lais bersama senyuman manisnya.

"Dah aku nak mandi dulu." Lais terus masuk ke dalam bilik air meninggalkan Lutfiyah yang sedang ralit membuka satu persatu butang dan pin di tudungnya.

LAIS'S LAWSWhere stories live. Discover now