Bunyi besi diseret dari arah yang jauh kuat menggegar gegendang telinga Lutfiyah. Mata dibuka perlahan. Gelap. Hanya lubang-lubang kecil di sebalik dinding sahaja yang menjadi punca cahaya.
Tangannya diikat. Kakinya juga turut sama. Lutfiyah cuba untuk menggerakkan badan sedikit kebelakang namun pergerakkannya terhenti.
"Allah..." Dia meraung sedikit. Lutut belah kirinya tidak boleh digerakkan. Darah penuh bertompok di seluarnya. Lututnya dalam keadaan luka berdarah. Namun dia masih gagah dan cuba untuk bergerak. Bibir diketap kuat.
"Nak pergi mana hmm?" Sekali lagi terbantut pergerakan Lutfiyah. Suara itu. Suara seorang wanita yang dikenali Lutfiyah. Tetapi tidak tahu dari arah mana. Keadaan yang sangat gelap menyukarkan pemandangannya.
Kepala Lutfiyah bergerak ke kiri dan kanan mencari punca bunyi besi yang semakin dekat.
"Uish kau cari siapa?!" Kuat tempikan itu. Tidak semena-mena bahu kanan Lutfiyah disepak kuat.
"Aduh!" Lutfiyah jatuh terbaring beriringan. Mata dipejam rapat. Sakit disepak sebegitu. Dia tidak sempat untuk mengelak kerana badannya telah sepenuhnya diikat.
"Siapa kau...?" Lemah suara Lutfiyah pada ketika ini.
Wanita itu ketawa dengan sekuat-kuatnya apabila terdengar suara halus Lutfiyah. Dan saat itu jugalah lampu dibuka terang benderang memenuhi ruang itu. Satu persatu lampu dibuka. Cahaya menerobos masuk ke dalam. Lutfiyah menutup kembali mata kerana silau. Setelah keadaan kembali diam mata dibuka perlahan-lahan mengelilingi seluruh kawasan.
Kini dia berada di sebuah tempat besar. Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan. Apa yang dilihat di depan mata, di depan Lutfiyah kini terdapat sebuah kolam renang besar. Terlalu besar umpama tempat perlawanan sukan renang.
Tempat ini usang namun di setiap penjuru dinding terdapat banyak kotak dan besi. Lutfiyah kini terbaring di tengah-tengah dan jaraknya dengan kolam sangatlah dekat.
"Dah puas tengok hmm? Puas dah ke?" Kini Lutfiyah benar-benar sedar dan kenal dengan suara itu.
Alisa.
"Cik Alisa?" Perlahan suara Lutfiyah meneka. Jadi apa yang dipertuturkan oleh Alisa petang tadi semuanya betul.
Sungguh dia tidak sedar dengan apa yang berlaku sehingga dia berada di sini.Kejadian semasa di perpustakaan petang tadi di mana rak buku terjatuh di belakang badan Lutfiyah. Selepas itu, Alisa datang dekat padanya dan berkata
"I ada game lah nak ajak you main nanti. Kalau I rasa dah ready, I ajak you okay Lutfiyah?"
Jadi Lutfiyah sudah mengerti dengan apa yang dijanjikan oleh Alisa petang tadi. Adakah ini yang dinamakan game itu?
Perkara terakhir yang masih Lutfiyah ingat ialah dia baru keluar daripada bilik air selepas mencuci muka dan ingin tidur kemudian pintu bilik dikuak daripada luar dan serta merta dia ditarik kasar dari arah belakang. Dia juga bergelut dengan orang itu untuk cuba melepaskan diri sehingga belakang kepalanya dipukul beberapa kali. Selepas itu dia terus tidak sedarkan diri.
"Welcome to my hell game Lutfiyah Dalila." Alisa senyum bangga tidak lari seperti seorang psiko.
"Lepaskan saya!" Lutfiyah meronta-ronta minta dilepaskan daripada ikatan. Tangan dan kakinya bukan diikat menggunakan sebarang tali malah diikat menggunakan dawai besi. Sungguh menyeksakan.
Alisa ketawa kuat. Lama.
"Kenapa awak ketawa?!" Perasaan takut mula menyelubungi diri Lutfiyah. Wajah bengis Alisa serta merta bertukar gembira pula sekarang diikuti dengan gelak sakannya.
"Memang aku ketawa sebab aku suka kau ada dekat sini." Senyuman langsung tidak lekang daripada bibir Alisa.
"Senang je kerja aku nak dapatkan kau ni." Kepala Lutfiyah yang berbalut dengan hoodie diusap.
"Kau tengok aku ni, walaupun aku ni freehair tapi aku masih lagi tolong pakaikan kau dengan hoodie aku ni. Yelah sebab rambut kau ni kan mahal. Kesian nanti Izz kena tanggung dosa kau dekat akhirat."
Alisa menolak badan Lutfiyah untuk duduk bersandarkan meja kayu. Kemudian Alisa mengambil tempat di hadapan Lutfiyah dan terus duduk
bersila."Jadi kita nak main game mana satu hmm? Kalau main tepuk amai-amai pun seronok juga kan?"
Lutfiyah hanya kekal diam.
"Kenapa diam ni Fiyah? Kenapa kau nak main game lain ke?"
"Kalau main masak-masak pun seronok juga kan? Tapi yang itu plan aku untuk esok. Malam ni kita main tepuk amai-amai je ya?"
"Okay biar aku mula dulu." Tangan kanan Alisa sempat meliar di lantai dan mengambil satu kayu panjang.
Lutfiyah sudah menelan liur.
"Alisa...kata nak main tepuk amai-amai. Kenapa ambil kayu tu?" Tersekat-sekat suara Lutfiyah bertanya.
Alisa tidak membalas sebaliknya hanya mengangguk dan senyum sahaja.
"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk kepala Lutfiyah biar hilang ingatan." Alisa mula menyanyi sambil tersenyum. Selepas baris kedua habis dinyanyikan, dia berhenti seketika. Lutfiyah sudah menggelengkan kepala. Alisa senyum kembali kemudian dihayunkan kayu itu ke kepala Lutfiyah.
Bukk!
"Arghhh Allah!." Menjerit kuat Lutfiyah. Terteleng kepalanya ke kanan. Pening. Gelap. Namun Lutfiyah masih mampu mengangkat kepalanya. Berlumuran darah mengalir di seluruh kepalanya.
"Opss sorry Fiyah. Tak apa kita sambung nyanyi lagi ya?" Alisa menegakkan semula badan Lutfiyah.
"Alisa...apa yang awak nak sebenarnya ni? Kenapa awak culik saya?" Lemah suara Lutfiyah.
"Ermm mana ada aku culik kau? Kan memang kita berdua dah janji petang tadi nak main sama-sama? Lupa eh?"
"Sudah janganlah menangis. Kita sambung nyanyi ya? Kita happy-happy je."
"Alisa tolong lepaskan saya...saya nak balik." Merayu-rayu Lutfiyah dengan air mata. Sungguh dia tidak tahu dengan apa nasibnya selepas ini pula.
"Bila Fiyah hilang ingatan, Izz pun tinggalkan. Izz jadi milik Alisa, dia dah tak lagi keseorangan."
Alisa masih sambung menyanyi sambil mata dipejamkan seolah-olah sedang menghayati setiap lirik yang dinyanyikan.
"Izz sayang Alisa, Alisa pun sayang Izz. Fiyah pergi mana? Fiyah pergi mati!." Tanpa amaran, kali kedua kepala Lutfiyah dipukul kuat dengan kayu yang sama. Tapi kini belah kanan pula yang dipukul.
Sakit. Dapat Lutfiyah rasakan gegaran yang sangat kuat di rangka kepalanya. Jika dibuat ujian x-ray sekarang, pasti doktor mengesahkan tempurung kepalanya sudah pecah.
"Hahahaha. Fiyah mati?! Hahahhaha." Pecah tawa Alisa.
Lutfiyah sudah terbaring. Dia lemah. Sudah tidak berdaya lagi mahu bangun. Sakit sangat. Dia perlukan Lais. Dia mahu pulang. Air mata mengalir deras.
Hujung matanya menjeling wajah Alisa yang sedang berdiri sambil ketawa tidak berhenti.
Gila.
Itulah yang boleh ditafsirkan buat Alisa. Dia seorang yang gila. Gilakan Lais. Disebabkan dia masih menyimpan perasaan dengan Lais, dia berubat ke arah ini dan kini gila dia untuk menyeksa Lutfiyah.
Tapi boleh jadi juga dia seorang psiko. Mungkin tertekan dengan masalah kehidupan.
Dalam hati Lutfiyah tidak berhenti berdoa dan berzikir.
"Ya Allah, kau gerakkanlah hati suamiku, Muhammad Izz Lais untuk mencari aku Ya Allah. Aku ingin pulang. Aku takut. Kau lindungilah aku Ya Allah. Seandainya nyawa aku akan terhenti di sini, di tangan Alisa, maka kau pertemukanlah mayatku kepada Lais supaya dia boleh menjadi imam bagi solat jenazahku. Tetapi jika nyawaku bukan terhenti disini, maka kau kuatkanlah aku untuk lari daripada seksaan syaitan ini."
"Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad."
"Allahuakbar."
Dan selepas itu,gelap.
Mata Lutfiyah terpejam rapat.
![](https://img.wattpad.com/cover/361056067-288-k60875.jpg)
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...