06

20 4 0
                                    

"Along! Nanti dah habis borak tu masuk dalam ya. Ada benda nak dibincangkan." Teriak Puan Rashidah dari pintu memanggil nama anaknya.

Majlis kenduri tahlil arwah dan doa selamat buat Lais sudah pun selesai. Kini yang tinggal hanyalah saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

"Baik my!." Lais yang sedang berborak sakan bersama rakan-rakannya di halaman rumah membalas semula teriakan mummynya.

"Weh Izz, kita orang balik dululah eh. Tu Mummy kau dah panggil. Heh, adalah tu dia." Faris iaitu salah seorang rakan daripada fakulti yang sama dengan Lais berkata.

"Nanti ada masa lagi kau orang datanglah sini ya." Lais membalas sambil tangan ligat mengalami satu-persatu rakan-rakannya.

"Tak ada hal. Kau kahwin pun kita orang tak sabar nak datang nanti!." Emir berkata mengundang tawa yang lain.

"Kau ni Emir. Sengaja je kan." Lais menjeling tajam ke arah rakannya itu.

"HAHAHA dahlah Izz. Cau dulu! Assalamualaikum!."

"Waalaikumussalam." Lais melambaikan tangan ke arah rakan-rakannya. Ada yang menaiki motorsikal, ada juga yang memandu kereta masing-masing.

***

"Ya mummy?" Lais berkata sambil menundukkan kepala ke arah wanita yang duduk di sebelah mummynya.
Kemudian tangan dihulur ke arah seorang lelaki yang turut berada di situ.

"Haa Yam..inilah anak sulung Ida, yang Ida cakap tu." Puan Rashidah memperkenalkan diri Lais kepada wanita sebayanya itu. Senyuman manis dan penuh makna juga turut diberikan.

"Apa namanya tadi Ida?" Soal Puan Maryam atau yang digelar sebagai Yam oleh Puan Rashidah.

"Lais. Muhammad Izz Lais." Balas Puan Rashidah sambil memandang ke wajah bersih anaknya itu.

"Sedap nama. Sesuai Lais dan Lutfiyah."

"Kan. Haa abang, macam mana?" Soal Puan Rashidah kepada suaminya yang duduk di hadapan bersama suami Puan Maryam iaitu Encik Bahri.

"Tanya dulu pada Lais. Kebahagiaan anak-anak itu kan yang lebih penting." Balas Encik Adam.

"Betul lah tu Idah. Saya tak kisah pun. Cuma saya sebagai ayah mestilah mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Lagipun Lutfiyah masih muda. Mampu ke Lais jaga dia?" Soalan dibalas soalan.

Puan Rashidah mengusap perlahan kekura tangan Puan Maryam bersama senyuman.

"Lais...rancangan mama sebelum ni tu..Lais setuju ke nak..? Dah fikir masak-masak?" Soal Puan Rashidah lembut.

"Satu je yang Lais nak tanya." Setelah hampir 1 minit lelaki itu mendiamkan diri daripada menjawab pertanyaan mummynya itu, akhirnya dia mula bersuara.

Semua mata memandang ke arah Lais.

"Kenapa tiba-tiba sahaja nak kahwinkan Lais dengan dia? Lais tak pernah kenal atau jumpa pun anak aunty Maryam tu. Dan apa yang Lais dengar tadi, uncle kata yang dia masih muda?" Wajah Lais berubah serius.

"Lais baru je habis belajar dan baru nak memulakan pekerjaan. Insyaallah Lais mampu untuk jaga kebajikan dia dengan kerjaya yang Lais ada sekarang ini. Tapi, Lais takut Lais akan sakitkan dia." Tambah Lais lagi.

"Jumpa dia pun belum. Kenal pun tidak. Macam mana Lais nak tahu isi hati dia? Dan adakah dia bersetuju dengan semua ini? Hati perempuan lemah dan tidak boleh dipaksa sesuka hati. Kalau bukan dia yang sakit nanti, Lais pula yang akan sakit."

"Lais, nama anak aunty Lutfiyah Dalila. Ya betul apa yang Lais dengar uncle cakap tadi tu. Fiyah baru sahaja 19 tahun. Fiyah baru sahaja masuk universiti dan sedang ambil kos perakaunan."

Lais fokus mendengar apa yang disampaikan oleh Puan Maryam. Sesekali kepada menunduk-nunduk seolah-olah sedang mencatat maklumat di kepala.

"Sebenarnya Fiyah memang tak bersetuju dengan semua ni. Ada sebab kenapa aunty dan uncle nak kahwinkan Fiyah awal. Abang Fiyah pun dah bersetuju. Fiyah ni perangai jenis degil sedikit. Jadi kami hanya takut apa-apa terjadi pada dia. Dia kan perempuan. Sebab tulah kami rancang untuk kahwinkan cepat-cepat." sambung lagi Puan Maryam.

"Paksaan tanpa kerelaan dia?" Soal Lais.

"Lais..." Puan Rashidah cuba menenangkan anaknya. Dia sudah lali dengan sikap anak sulungnya ini. Sangat prihatin dan tegas orangnya.

"Lutfiyah kan masih muda. Normallah kalau macam tu. Takkanlah dia terus perlu hidup dalam keadaan dikongkong.? Sometimes, kita perlukan juga masa untuk bebas." Lais berkata dengan perlahan.

"Lutfiyah lain daripada gadis kat luar sana Lais. Kami yang orang tua dia ni pun tak mampu dah nak kawal perangai dia. Dia tak pernahlah lagi buat benda tak elok, cuma sikap dia tu. Niat kami baik, bukan untuk membebankan kamu. Cuba minta tolong sedikit sahaja. Mana tahu Lais boleh bimbing dia." Encik Bahri pula berkata.

"Lais...setuju ya nak...?" Puan Rashidah bertanya semula.

Terdengar satu keluhan yang terbit dari bibir lelaki itu. Sungguh fikirannya bercelaru sekarang ini.

"Baiklah. Lais cuba. Tapi ada syaratnya."

Puan Rashidah dan Puan Maryam sudah tersenyum suka tetapi sebaik sahaja mendengar kata terakhir daripada lelaki itu, terus mati senyuman mereka dan digantikan dengan fokus.

"Andai kata Lais bukan yang terbaik buat dia dan Lais juga tidak mampu lagi untuk pertahankan perkahwinan ni, Lais sendiri yang akan lepaskan dia dan kembalikan pada aunty dan uncle. Lais taknak jadi lelaki dayus. Lais tidak dilahirkan untuk menyakiti orang lain."

"Aunty setuju. Terima kasih Lais." Balas Puan Maryam bersama senyuman manis.

"Jadi, sebenarnya urusan perkahwinan kamu berdua dah selesai. Tinggal fitting baju sahaja nanti. Yang lain semua daddy dan uncle Bahri dah siapkan."

"Oh. Laju mummy buat kerja."

"Iya. Mestilah. Dan paling laju, kamu berdua akan kahwin lagi 2 minggu!" Tambah Puan Maryam dengan nada puas hati.

"Apa?!!"

LAIS'S LAWSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang