SETELAH habis sahaja kelas, Lutfiyah dan rakan-rakannya memboloskan diri ke kafeteria. Lapar kerana sudah hampir separuh hari belum mengisi perut.
"Mana Fiyah weh?" Soal Hana kepada Munirah yang sudah mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Tu hah." Wardah yang berada di sebelah menjuihkan bibir ke arah Lutfiyah yang sedang menatang dulang berisi nasi ayam penyet ke meja.
Belum sempat dulang tersebut mendarat di atas meja, BUKK!
Jatuh segala isi makanan itu di atas lantai.
"Ya Allah!" Terjerit kecil Lutfiyah melihat makanannya terjatuh. Habis rosak dan tumpah semuanya. Sudahlah mahal harga sepinggan nasi ayam penyet ini.
"Eh you ni kan girl, lain kali jalan tu pandang lah kiri kanan! Nasib tak tumpah kena baju I tau!." Perempuan yang sedikit tinggi dengan heels itu menunjal-nunjal hujung baju Lutfiyah.
"Eh awak yang langgar saya! Saya dan elok baru nak letak atas meja kan!." Bentak Lutfiyah tidak puas hati.
"Eh dia yang salah then nak cari salah kita pulak! Takde akal!." Selepas berkata sebegitu, perempuan itu terus berlalu meninggalkan kafeteria itu.
Nasi yang jatuh dipandang. Air mata mengalir. Lutfiyah pandang ke hadapan kawan-kawannya.
"Salah aku ke...?" Bergetar suara Lutfiyah bertanya.
"Eh tak..minah tu yang langgar." Jawab Hana.
"Dia tu bukan minah sebarang minah tau! Dia tu pembantu perpustakaan yang baru. Muda lagi tu." Sampuk Munirah.
"Oh tapi pagi tadi aku tak nampak pun." kata Lutfiyah pula.
"Datang lambat kot pagi tadi."
"Eh dahlah jom tolong Fiyah kemas benda ni." Wardah terus duduk bertinggung membantu Lutfiyah mengutip makanan yang sudah jatuh itu.
"Fiyah kau makan dengan kita orang jelah. Banyak ni aku pesan. Mi sup ada. Keropok lekor pun ada. Meh duduk." Hana mahu menarik tangan Lutfiyah untuk duduk tetapi Lutfiyah terlebih dahulu menahan.
"Tak apa, korang makanlah. Aku nak naik bilik." Lutfiyah berkata seraya terus mengambil beg silang dan bukunya di atas meja kemudian meninggalkan kawan-kawannya di situ.
"Biarlah dia tenang dulu. Nanti aku orderkan dia makanan dan bawa balik bilik." Kata Munirah ingin menyedapkan hati.
"Haa okaylah kalau macam tu. Cepat makan."
***
"Assalamualaikum Lais.." Lutfiyah yang baru siap menukar pakaian duduk di meja belajarnya sambil menelefon Lais.
"Waalaikumussalam. Dah habis kelas?." Soal Lais.
"Sudah. Satu jam yang lepas. Sekarang orang kat bilik."
"Ooo dah makan belum ni?. Aku tengah drive. On the way balik office. Alhamdulillah kes dekat mahkamah tadi settle sekejap je." Kata Lais dengan senyuman senang.
"Baguslah macam tu. Good job Lais."
"Alhamdulillah. Berkat doa kau lah ni kan budak kecik?"
"Hmm mungkin?"
"Fiyah nak cerita boleh?"
"Cerita apa? Cakap jelah aku dengar je."
"Tadi kan Fiyah pergi kafeteria lepas kelas. Fiyah pesan nasi ayam penyet dengan air sirap bandung. Lepastu dah nak sampai dekat atas meja. Nasi Fiyah jatuh..." Teresak-esak Lutfiyah bercerita.
"Ada seorang perempuan ni langgar. Lepas tu dia tak cakap maaf pun. Dia marah Fiyah lagi adalah. Siap tolak-tolak bahu Fiya." Sambung lagi Lutfiyah dengan tangisan. Manja sungguh.
"Lailahaillallah..habis tu kau dah makan belum ni?" Tanya Lais dengan nada kerisauan.
"Belum. Fiyah terus naik bilik. Penat dah." Air mata diseka.
"Kenapalah jadi macam ni. Okay tunggu kejap."
"Haa tunggu apa?" Belum sempat Fiyah menghabiskan ayat Lais terlebih dahulu mematikan panggilan.
Lais yang sedang memandu pulang ke pejabat terus berpatah balik. Audi RS7 yang dipandu meluncur laju di atas jalan raya.
***
"Fiyah, aku kat lobi ni. Turun sekejap." Panggilan dibuat kepada Fiyah sebelum dimatikan begitu sahaja.
"Eh dah kenapa pula awak datang?." Soal Lutfiyah kepada diri sendiri.
Tanpa melengahkan masa, tudung sarung hitam dipakai dan Lutfiyah terus keluar daripada bilik menuju ke aras bawah.
Terlihat tubuh tinggi dan tegap Lais masih elok berpakaian suit lengkap yang sedang berdiri membelakanginya.
"Lais..." Nama Lais diseru perlahan.
"Budak kecik..." Balas Lais dengan senyuman.
"Nah untuk si cantik." Lais menghulurkan sebuah bungkusan makanan, gula-gula kapas dan satu beg hadiah.
"Untuk orang ke?" Tanya Lutfiyah ragu-ragu.
"Yelah budak kecik." Hidung kecil gadis itu dicuit perlahan.
"Tu dalam tu ada dua bungkus nasi ayam penyet, ada juga kek coklat dan ni gula-gula kapas kau." Lais menerangkan satu persatu apa yang dibawanya.
"Awak, kenapa belikan Fiyah makanan banyak-banyak?" Tanya Lutfiyah dengan mata yang berair. Terharu sebenarnya dengan tindakan Lais yang sangat prihatin.
"Tak apalah. Boleh makan puas-puas. Kalau rasa tak habis, kau makan satu je dulu. Lagi satu boleh simpan untuk malam. Kalau tak nak pun, boleh bagi roommate kau." Balas Lais sambil mengusap kepala Lutfiyah. Ini memang dah menjadi salah satu habit Lais iaitu suka mengusap kepala Lutfiyah.
"Terima kasih Lais! Yang ni apa pula dalam beg ni?" Lutfiyah bertanya sambil mengangkat tinggi beg hadiah yang dihulur Lais.
"Yang tu ada sikit lah aku bagi. Tu nanti bukak kat bilik." Kata Lais.
"Gula-gula kapas ni jangan lupa makan ya cantik. Tak payah dah nak masam-masam. Jadi manis je lepas makan ni nanti." Usik Lais. Walaupun Lais kadangkala terlihat sedikit tegas dan berperwatakan dingin, tetapi Lais tetap cuba menjadi yang terbaik buat Lutfiyah. Baginya, Lutfiyah sudah cukup besar untuk terus dimarah dan Lutfiyah juga layak dimanjakan.
"Okay Lais!" Kata Fiyah teruja.
Lais tersenyum sahaja melihat keceriaan yang terbit semula di wajah polos Lutfiyah.
"Eh Izz kan?" Tiba-tiba ada suara lunak perempuan yang menyapa.
Lais dan Lutfiyah berpaling arah ke perempuan itu.
"Eh you budak?!" Soal perempuan tinggi itu dengan nada tidak puas hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/361056067-288-k60875.jpg)
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...