Lutfiyah hanya mencebik daripada tadi. Puas sudah Lais memujuk tapi tetap sama.
"Budak cantik, aku kerja sehari je. Nanti cepat-cepat habis aku ikutlah sama." Lembut Lais berkata. Mereka sekarang berada di dalam kereta di hadapan villa yang disewa maklong. Lebih daripada 10 biji buah kereta sudah parkir dan masing-masing sudah pun berkumpul di hadapan villa. Semua ahli keluarga Lais sedang menunggu Lais dan Lutfiyah untuk turun.
"Kalau ada orang kacau Fiyah macam mana?" Tanya Lutfiyah sambil menggoncangkan tangan Lais.
"Terus telefon aku. Nanti aku terus datang dan belasah siapa yang berani kacau budak kecik ni." Lais berkata siap dengan aksinya.
Mengekek Lutfiyah ketawa.
"Baiklah tuan. Jangan lupa tau nanti belikan Lutfiyah banyak-banyak gula-gula kapas. Ingat tau Lais!" Sempat Lutfiyah pesan bersama mata dikenyitkan.
"Baiklah si cantik budak kecik kesayangan Lais." Panjang betul nama gelaran yang diberikan Lais.
Lutfiyah tersenyum suka.
"Dah jom keluar. Tengok tu semua dari tadi duk pandang-pandang sini. Siap ambil gambar lagi. Macam stalker!" Lais sempat mengumpat.
"Diaorang ambil gambar kereta Lais lah. Awaklah ni punya pasal, elok-elok selalu bawa Audi harini sibuk bawa BMW ni buat apa?." Marah Lutfiyah.
"Benda baru beli kan budak kecik. Pakailah. Yang putih dekat rumah tu nanti kau nak pakai pun boleh. Ada lesen kan?. Sayang ada lesen, tapi tak nak drive."
"Awak ni mana dapat duit eh boleh beli kereta banyak-banyak?." Lutfiyah bertanya sambil tangan naik mengusap dagu seolah-olah sedang berfikir.
"Bulanan aku dapat juga hasil syarikat daddy sebab kadang-kadang ada juga aku tolong daddy uruskan." Tenang Lais menerangkan.
"Ooo begitu. Nanti bolehlah awak beli kilang gula-gula kapas! Oh my Lais!." Teruja Lutfiyah. Tangan ditepuk berkali-kali.
"Boleh."
"Boleh blah." Lais sambung.
"Blah ya? Baiklah. Fiyah keluar dulu ya. Beg tolong angkatkan." Lutfiyah terus keluar daripada perut kereta. Pintu kereta dihempas kuat. Biar sakit hati Lais.
Terkejut Lais apabila pintu keretanya dihempas kuat. Baru pakai sehari. Aduh!
"Assalamualaikum maklong, paklong." Lais tunduk menyalam paklong Aris dan maklong Zaleha. Lutfiyah turut melakukan yang sama.
"Waalaikumussalam." Jawab maklong dan paklong.
"Eh abang Izz!" Tiba-tiba ada satu suara gedik yang menyapa. Tangan dilambai-lambai ke Lais.
"Abang Izz... Hai Abang Izz!" Meleret suara gadis itu apabila sudah berada di sisi Izz.
"Hmm." Itu sahaja yang dibalas Lais. Mata sedikit pun tidak berminat untuk menatap wanita itu. Qisteena. Sepupu Lais iaitu anak perempuan bongsu maklong dan paklong.
"Eh Qis, amboi kemain ya kamu dengan Lais. Ni tegur lah Lutfiyah ni." Tegur Paklong Aris apabila melihat anaknya sibuk menggedik dengan Lais. Memang semua ahli keluarga tahu bawa Qisteena pernah menaruh harapan dengan Lais. Perkara ini boleh terjadi kerana Qisteena pernah dijaga oleh Puan Rashidah ketika berusia 6 tahun hingga 11 tahun. Pada masa itu Paklong Aris dan Maklong Zaleha tiada di Malaysia kerana menguruskan kerja di Singapura.
"Apa tadi mama? Lut...Lutfiyah?" Tanya Qisteena dengan nada gediknya. Tangan naik mengipas muka sendiri kerana cuaca yang panas. Acah puteri lilin kan.
"Yalah. Ini Lutfiyah. Isteri abang Izz." Tambah Maklong pula apabila melihat anaknya seperti terpinga-pinga.
"Ooo isteri abang Izz. Eh! Apa?! Isteri ?! Abang Izz dah kahwin?!" Tiba-tiba Qisteena menggelabah.
"Ya. Masa Izz kahwin haritu kamu kan tak ada kat Malaysia. Dekat 3 minggu pergi bercuti dari Korea ke Jepun lah lepastu ke mana? Thailand pulalah." Terang maklong satu persatu.
"Ishh tak sukalah! Abang Izz! Kenapa abang boleh kahwin pula ni?" Selamba Qisteena menarik lengan Lais.
"Opss. Haram." Lais pun apalagi. Selamba sahaja dia menarik semula lengannya dan berundur setapak ke belakang.
"Dah jodoh. Nak buat macam mana. Perkenalkan isteri Izz, Lutfiyah Dalila." Lais terus memperkenalkan Lutfiyah di sebelahnya. Kepala Lutfiyah diusap perlahan.
Qisteena hanya memandang Lutfiyah dari atas ke bawah dengan riak tidak puas hati. Selepas itu terus pergi meninggalkan semua yang berada di situ.
Maklong dan paklong yang masih disitu sudah tidak tentu arah. Boleh pula anak daranya yang seorang ini buat perangai. Habis rosak nanti hari keluarga yang telah dirancang.
"Maaf ya Izz. Lutfiyah juga. Maaf ya sebab sikap anak maklong tu." lembut tutur kata maklong Zaleha meminta maaf.
"Tak apa maklong." Balas Lais dengan senyuman. Risau jika menggores hati orang tua itu.
Setelah sudah sesi saling menyapa dan bersalam-salaman, kini semua diberi waktu untuk berehat di bilik masing-masing. Ada juga ahli keluarga lain yang mengambil peluang ini untuk bersiar-siar di sekitar resort dan villa ini.
"Aku anji, kalau kerja aku sempat siap petang ni sekalipun, malam aku terus datang sini ya?." Lembut Lais berkata.
"Lepastu beli gula-gula kapas sekali tau!" Lutfiyah daripada tadi tak berhenti memuncung. Merajuk benar kerana Lais akan mengikuti hari keluarga ini lambat.
"Ya budak kecik." Pipi Lutfiyah dicubit Lais geram.
"Sakitlah!" Marah Lutfiyah. Tangan naik mengusap pipi yang merah kerana akibat cubitan Lais.
"Maaf." Gemersik suara Lais berkata seraya mencium lembut pipi Lutfiyah yang merah itu.
"Tak sakit dah kan?" Tanya Lais semula dengan senyuman. Terbentuk lesung pipitnya.
"Tak...."
Lais senyum sahaja. Kemudian tangan dihulurkan kepada Lutfiyah.
"Dah salam."
Lutfiyah menyambut huluran tangan lelaki itu. Lama kepala menunduk cium.
"Hati-hati tau." Pesan Lutfiyah sebaik sahaja selesai menyalam.
"Baik cantik."
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romansa"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...